Mungkin ada sesetengah netizen yang tidak familiar dengan pelawak Fad Bocey sehinggakan mereka menyangka isteri pelakon tersebut adalah adik beradik. Mungkin kerana wajah mereka nampak seiras.
Biasa orang cakap muka pasangan nampak seakan-akan sama jodoh panjang kan. Walaupun mungkin tidak seratus peratus sama, mungkin seorang kulitnya gelap dan satu lagi cerah, bentuk mukanya yang satu lonjong, yang satu bulat, tetapi namun nampak mirip.
Memang sekali pandang, ada persamaan antara fad Bocey dan isterinya. Selain Fad, ada lagi beberapa artis lain yang wajah mereka hampir sama dengan pasangan. Antaranya Irma Hasmie dan Jehan Miskin.
Menurut seorang ahli psikologi dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, Robert Zanjonc, dalam kajiannya telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaru. Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain.
Malah, menurutnya, semakin bahagia rumah tangga pasangan terbabit, semakin sama wajah mereka. Menarik, bukan? Tetapi, bagaimana agaknya benda seperti ini boleh berlaku?
1. Berkongsi Pengalaman yang Sama
Ads
Antara sebab utama mengapa wajah kita seakan-akan wajah isteri atau suami kita adalah kerana kita berkongsi pengalaman yang sama sepanjang menjalani rumah tangga berdua. Termasuklah perkara sedih, gembira, menarik, membosankan, dan pelbagai lagi aspek kehidupan lain – kita melakukan dan menempuhinya bersama dengan pasangan kita.
Secara tidak langsung, perasaan yang kita alami bersama sepanjang tempoh perkahwinan kita itu telah membentuk personaliti, bahasa tubuh, dan keadaan fizikal yang agak serupa.
Malah, pengalaman yang sama kita tempuhi itu juga telah membentuk garis-garis kedutan pada wajah yang serupa seperti pasangan kita – bentuk, panjang, dan di tempat yang sama!
2. Kita Meniru Eksperi Muka Pasangan Tanpa Sedar
Kadangkala, kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan fenomena ini atau tidak faham mengapa ia berlaku. Antara sebab kenapa pasangan berkahwin mempunyai paras rupa yang semakin sama adalah kerana kita terdorong untuk meniru ekspresi muka pasangan kita tanpa disedari.
Ads
Menurut kajian yang dilakukan oleh Robert Zajonc, semakin lama kita menghabiskan masa dengan pasangan kita – setelah bertahun-tahun – semakin cenderung untuk kita meniru ekspresi atau mimik wajah mereka.
Ini kemudiannya mengubah rupa paras kita sedikit demi sedikit sehingga menjadi kelihatan seiras dengan suami atau isteri kita!
3. Pengaruh Komunikasi atau Hubungan Sosial yang Lama
Melalui penemuan ini juga, boleh dirumuskan bahawa rupa paras yang serupa bukan sahaja bergantung kepada genetik atau pewarisan biologi keluarga, malah kepada komunikasi sosial yang berpanjangan.
Untuk mudah faham, kita perasan tak apabila kita melihat bangsa lain, bagi kita, rupa mereka semuanya sama.
Ads
Apabila kita melihat mat saleh, kita rasa wanita atau lelaki mereka kelihatan sama sahaja di mata kita. Atau, apabila kita melihat susuk tubuh atau wajah pak arab atau mak arab, sukar untuk kita membezakan antara satu dengan yang lain – mereka kelihatan seiras!
Begitu jugalah dengan fenomena wajah suami dan isteri! Ia adalah akibat hubungan sosial antara suami dan isteri setelah bertahun-tahun bersama.
Memang masuk akal juga jika difikirkan lagi.
Jika ada yang berkata-kata tentang wajah anda yang serupa dengan pasangan, mungkin anda boleh memberikan penerangan di atas kepada mereka.
Sumber: TheAseanParent Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sakit sendi dan gout antara sebahagian sakit yang sering dialami oleh suami kita. Isteri mana yang tak susah hati bila tengok suami mengadu sakit sendi setiap kali selepas makan. Hati pasti rasa tak sampai hati setiap kali suami menahan sakit.
Selain pengambilan ubat yang dibekalkan, ada baiknya anda mencuba jus ini untuk encik suami. Selain memulihkan gout, masalah sakit sendi terutama sakit lutut juga akan dapat diatasi. Bonus berganda untuk suami anda. Anda sendiri pun boleh amalkan jus ini untuk kesihatan. Jadi kena cuba!
Bahan-bahan:
1 biji nenas
1 batang lobak putih
3 biji buah keras
Air secukupnya
1. Basuh kesemua buah ini bersih terlebih dahulu. Pastikan nenas dibuang putiknya hingga bersih.
2. Kemudian kisarkan bersama air secukupnya.
3. Tapiskan dan minum airnya setiap hari.
Amalkan jus ini setiap hari selama tiga bulan dan lihatlah hasilnya dalam tempoh itu. Jika keadaan makin berkurangan, amalkanlah jus ini secara berterusan. Jangan takut untuk mencuba kerana semua bahan yang digunakan berkhasiat dan tidak mendatangkan kemudaratan.
Selamat mencuba!
Foto: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas lapan bulan berduka dengan pemergian arwah datuk, penyanyi dan pelakon Bella Astillah terpaksa menanggung kesedihan sekali lagi apabila neneknya pergi menghadap sang pencipta pada Khamis.
Berita duka itu dikongsi oleh Bella dalam satu hantaran di Instagram miliknya, dengan memaklumkan neneknya telah menghembuskan nafas terakhir dan merasakan hatinya seperti hancur dengan perkhabaran itu.
“Pada 30/6/2022, nenek saya telah kembali ke Rahmatullah semalam, jadi saya nak minta tolong jasa baik untuk sedekahkan Al-Fatihah buat nenek dan atuk saya.
“Nenek pergi meninggalkan kami lapan bulan selepas atuk.
“Saya tak sangka akan kehilangan mereka secepat ini. Sayang saya pada mereka hanya Allah swt yang tahu.
“Dulu selalu tidak sabar untuk pulang ke Sabah mahu jumpa mereka, tapi sekarang keduanya telah tiada.
Menerusi satu lagi hantaran terbaru, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu tidak dapat menahan air matanya setiap kali melihat foto dan video nenek kesayangannya itu.
“Setiap kali tengok nenek mesti akan menangis, tak tahu kenapa.
“Sebabnya mungkin saya terlalu takut seandainya kehilangan dia, tapi tidak disangka saya benar-benar kehilangannya kelmarin,” tulis Bella.
Menyimpan beras di dalam bekas tanpa ditutup atau terlalu lama boleh menyebabkan kutu beras ini membiak di dalamnya. Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.