“Ni Baru Jawapan KBAT Level Kanak-Kanak.” Ibu Terkejut Jawapan Anak, Makan Banyak Elak Jadi Mangsa Culik.
Lumrah bagi ibu ayah, bagi memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran, mereka akan memberi turut sama melihat ‘homework’ atau latihan yang disediakan oleh guru.
Pemantauan ibu ayah di rumah amat penting untuk memastikan anak-anak lebih memahami apa yang diajar di sekolah.
Namun siapa sangka, kejadian lucu yang dialami oleh seorang pengguna facebook, Netty Ah Hiyer apabilanya melihat jawapan latihan sekolah anaknya.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Puan Netty bersama anak-anaknya.
Dia berkongsi foto yang menunjukkan tulisan tangan anaknya yang menulis jawapan kepada persoalan jenayah penculikan banyak berlaku kepada kanak-kanak.
Malah anaknya yang dikenai sebagai Zarif tetap berbangga dengan jawapannya dengan yakin berkata kepada ibunya bahawa dia seorang yang bijak.
Begitulah kanak-kanak, apa yang terlintas di fikirannya itula yang akan tulis dengan telus dan ikhlas.
Perkongsian itu telah meraih perhatian ramai warganet yang terhibur dengan jawapan yang diberi.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Ads
“Astaga ini anak. Ibu tak tahu nak gelak ke, nak marah ke, nak rembat dengan hanger ke, nak pengsan pastu sedar balik pengsan balik ke. Sebab tu macam dilema je bila dia kata, “adik ni bijak mak!”
Ads
JAWAPAN KBAT YANG HEBAT!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur gaya penulisan anak wanita berkenaan. Antara komen adalah seperti berikut.
“Ni baru jawapan KBAT level kanak-kanak.”
“Haha serius lawak. Akal panjang ni.”
“Betul jawapan dia tu sebab kalau budak berat susah penculik nak angkot.”
Sungguh inspirasi perkongsian ibu ini yang sanggup melupakan perbelanjaan kemahuannya untuk memberi keperluan yang terbaik kepada anak. Melupakan beg, kasut dan baju baru demi menyediakan vaksin buat anak tersayang, perkongsian puan Noor Fadhila Bakri di laman facebooknya memang pilihan yang tepat. Pastinya kesihatan anak adalah keutamaan kita.
Survey Harga Vaksin
Alhamdulillah. Selesai 1dos vaksin Pneumococcal utk Iman Zahrawi. Lama jugala dila survey harga vaksin ni dan yg paling murah dila jumpa dkt Poliklinik UKM Kesihatan Bandar Baru Bangi. Untuk umur Iman, hanya 2 dos diperlukan.
Dila pilih vaksin Pneumococcal untuk perbelanjaan bulan ini drpd membeli beg, baju, kasut, restoran hipster yg memahal tu. Keperluan kesihatan anak kami sentiasa di barisan pertama. Tapi kalau pendapatan awak melambak boleh la beli semuanya. Dila pilih ‘ukur baju di badan sendiri’
Apa itu Vaksin Pneumococcal
Suntikan Vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia. Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.
Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan . Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.
Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaanya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Beza Batuk Biasa dan Pneumonia
Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.
Dan sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!
Dua Jenis Vaksin Pneumococcal
Vaksin Pnemococcal ni ada dua jenis, Synflorix (melindungi anak drpd 10 jenis bakteria) dan Prevenar (melindungi anak drpd 13 jenis bakteria).
Sila dapatkan nasihat daripada doktor untuk pilihan jenis vaksin. Untuk anak saya, kami suami isteri sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan ikut keadaan anak saya, jenis Synflorix sudah pun memadai.
Namun, kalau puan/tuan ada bajet lebih @ anak puan dinasihatkan untuk ambil vaksin jenis Prevenar, baiklah ikut nasihat doktor. Btw, harga Synflorix adalah lebih murah berbanding Prevenar.
Ini bukan paid review. Sy sekadar berkongsi manfaat vaksin ini dan di mana nak dptkn vaksin ni pada harga yg berpatutan. Terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila anak-anak sudah menamatkan pengajian, sudah pasti akan melangkah ke alam pekerjaan. Namun peluang untuk mendapat pekerjaan bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik tapi penampilann dan keyakinan diri.
Ramai yang terlepas pandang hal ini terutama aspek penampilan. Sebagaimana perkongsian ini boleh dijadikan panduan apabila mendapat tawaran temuduga pekerjaan.
Ikuti perkongsian ini.
TRAGEDI di SPA!!!
Pengajaran untuk SEMUA Pembaca
Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan (…) Sektor Kerajaan.
Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam Orang kampung Gitu. Hehe
Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M.
Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS!
“Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak”.
Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi!
Antara kesalahan yang saya REKODKAN!
LELAKI
1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi 2. Terlupa bawa Tie 3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee 4. Seluar Slack+Kasut Futsal 5. Rambut Tak Kemas 6. Tak Pakai Stokin 7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK 8. Susunan Sijil yang salah 9. Tali pinggang tak pakai 10. Jam Getah
PEREMPUAN
1. Kaca Mata Honeymoon 2. Tudung singkat 3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga 4. Tumit kasut tinggi sangat. hehe 5. Baju Kurung pergi kenduri 6. Mekap Tebal 7. Susunan sijil salah
Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah?
Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR? Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? “Mustahil” Adakah mereka buat tak endah semasa diuniversiti? Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?
Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon…
Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya “First Impression” anda sudah menang.
Saya ucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon TEMUDUGA
Manusia memang tidak lepas daripada dosa. Sehubugan itu, digalakkan melakukan sunat taubat dalam kehidupan kita.
Taubat ertinya menyesal seperti menyakiti teman kita, lalu kita menyesal atas perbuatan itu. Itu termasuk taubat.
Kerana itu orang yang dianggap bertaubat adalah bila mana dia menyesal dan tidak mengulangi perbuatannya.
Hadis Nabi SAW menyatakan: “Penyesalan itu adalah taubat.” Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban. Namun tentu saja tidak cukup dengan menyesal, kita juga mesti berazam tidak mengulangi kesalahan itu.
Solat Sunat Taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.
Waktu Sesuai Solat Taubat
Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa. Walaupunbagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu qiamulillai.
Cara Taubat
1. Gembiranya Allah menerima TAUBAT hambaNya melebihi kegembiraan seorang yang kehilangan unta dan bekalan makanan ketika berada padang pasir, hanya menunggu mati. Tiba-tiba unta dan bekalan makanan itu muncul semula setelah terjaga dari tidur. Kegembiraan dan harapan untuk hidup bersinar. Sabda Nabi saw ” Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah dan orang – orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa”
2. Berusaha melepaskan dari daripada berterusan melakukan perbuatan yang mendatang dosa. Jangan cepat terasa jika orang menegur sikap kita, kuatkan hati untuk ucapkan terima kasih kerana menurut Imam Al-Ghazali, dosa tu seperti penyakit kusta di wajah, hanya nampak bila lihat cermin atau orang lain yang menyampaikan.
3. Cari ubat untuk sembuhkan. Menurut imam Al-Ghazali lagi ubat terbaik ialah selalu ingatkan diri kita, setiap yang akan datang itu dekat. Mati itu dekat, sakit itu dekat, kesusahan itu dekat. Sebelum kita tidak mampu, tidak berdaya maka berusahalah.
4. Berusaha meninggalkan kenikmatan dunia kerana mencari kebahagiaan akhirat. Syaitan yang bisikan rasa nikmat bila kita dapat mengata orang, fitnah orang dan dapat menyusahkan hidup orang. Ingatlah sahabat.. Nikmat ini yang menarik kita ke neraka.
5. Jangan bertangguh, takut hilang kesempatan yang ada. Allah tidak bangkitkan kita hari ini untuk sambung dosa semalam.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.