Mi goreng antara menu kegemaran yang menjadi pilihan ketika bersarapan mahupun makan malam. Nak nak lagi kalau cara gorengannya ala basah, pasti menarik selera untuk menjamahnya.

Nak cuba resipi yang mudah tapi rasanya cukup power, makan pula dengan cili jeruk memang terbaik. Nah cuba resipi yang dikongsikan ini.

“Ni Bukan Beli Tau, Abang Masak. Mee Goreng Nostalgia.” Lelaki Ni Kongsi Resipi Mi Goreng Basah Mudah Tapi Power!

IKLAN

Ni abang bukan beli tau.. abang masak..mee goreng nostalgia…payah nak dapat rope mee goreng camni sekarang…rencah dia kita boh sawi, tauge,isi ayam,taqua,teloq..kita bungkuih siap dengan paper…baru datang kick dia…kita boh jugek cabai jeruk… dengan perahan limau nipih time kita makan….memang surrr baq hang… merengek mak andeh kita time makan…..jempot makan geng…
Ok geng ni resepi dia bagi mana yg nak coba..yang mudah je..

“Ni Bukan Beli Tau, Abang Masak. Mee Goreng Nostalgia.” Lelaki Ni Kongsi Resipi Mi Goreng Basah Mudah Tapi Power!

IKLAN

Resepi mee goreng basah:
Sepeket mee kuning(lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih
Bawang merah
(Tumbuk halus)
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
kicap lemak manis

“Ni Bukan Beli Tau, Abang Masak. Mee Goreng Nostalgia.” Lelaki Ni Kongsi Resipi Mi Goreng Basah Mudah Tapi Power!

IKLAN

Cara memasak:

  • Panaskan sedikit minyak..Gorengkan 2 biji Telor..hancurkan kasar..ketepikan..
  • Tambah sedikit mnyak pada kuali..tumiskan bawang..bior agak garing.
  • Kemudian masukkan cili kisar.. kacau rata.. tumis sampai cili masak.
  • Dah ok..masukan isi ayam..kacau rata.. biar seketika.
  • Masukkan sos tiram,sos cili..kacau rata.. terus masukkan air rebusan ayam.
  • Biar mereneh seketika…kepekatan kuah ikot sukatan memasing.
  • Letakkan kicap lemak manis..dan sedikit shj kicap masin.. biar mendidih.
  • Masukkan tauhu,telor…last masukkan Mee..kacau rata.. boh sawi dan tauge.
  • Kacau rata…kalau kaler kurang…curahkan kicap lemak manis lagi.
  • kacau rata..tutup api. 

“Ni Bukan Beli Tau, Abang Masak. Mee Goreng Nostalgia.” Lelaki Ni Kongsi Resipi Mi Goreng Basah Mudah Tapi Power!
#suamikakimasak
.
Kredit: Emee Sham via Siakap Keli Press

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI