Ni Buktinya, Tinggal Di Apartment Pun Boleh Menanam!

Share

Siapa kata orang tinggal di apartment tak boleh bercucuk tanam? Bila ada minat, walaupun ruang yang terhad dapat juga digayakan dengan pelbagai tumbuhan.

Ini dibuktikan sendiri oleh saudara Asyraf dan ikuti perkongsiannya.


Rumah bujang je. Lelaki semua satu rumah. Tapi hobi kami sama. Satu kepala. Seronok. Suka tanam pokok, berkebun, bela kucing, burung, ikan hiasan.

Bila sekali sekala mak datang dari kampung duduk di rumah kitaorang. Mak pulak yang minta benih pokok bawa balik.

Siapa cakap rumah apartment tak boleh tanam macam macam. Jangan bagi kotor sudah la. Siap management puji rumah kami bersih macam rumah anak dara.  Sekadar hobi je, balik kerja penat, stress pun hilang tengok semua ni. Tuhan Maha Kaya.

Arwah abah cakap jadi lelaki tak semestinya kena pergi merempit melepak baru anak jantan, banyak cara lain untuk jadi anak jantan. Islam jangan hanya pada nama, mesti jaga kebersihan dan belajar jaga hubungan dengan alam.

Dalam perancangan nak tambah lagi koleksi pokok. Strawberry, bunga ros dan orkid.

Dan ini antara tanaman yang sedia ada dikediaman apartmennya.  Melihat semua ini,  tentu dapat memberi inspirasi bagi kita semua untuk menghias kediaman dengan diserikan tanaman sepertinya ini.

sumber :Asyraf Khalib via KGTTS

IKLAN