Siapa kata orang tinggal di apartment tak boleh bercucuk tanam? Bila ada minat, walaupun ruang yang terhad dapat juga digayakan dengan pelbagai tumbuhan.
Ini dibuktikan sendiri oleh saudara Asyraf dan ikuti perkongsiannya.
Rumah bujang je. Lelaki semua satu rumah. Tapi hobi kami sama. Satu kepala. Seronok. Suka tanam pokok, berkebun, bela kucing, burung, ikan hiasan.
Bila sekali sekala mak datang dari kampung duduk di rumah kitaorang. Mak pulak yang minta benih pokok bawa balik.
Ads
Siapa cakap rumah apartment tak boleh tanam macam macam. Jangan bagi kotor sudah la. Siap management puji rumah kami bersih macam rumah anak dara. Sekadar hobi je, balik kerja penat, stress pun hilang tengok semua ni. Tuhan Maha Kaya.
Arwah abah cakap jadi lelaki tak semestinya kena pergi merempit melepak baru anak jantan, banyak cara lain untuk jadi anak jantan. Islam jangan hanya pada nama, mesti jaga kebersihan dan belajar jaga hubungan dengan alam.
Ads
Dalam perancangan nak tambah lagi koleksi pokok. Strawberry, bunga ros dan orkid.
Dan ini antara tanaman yang sedia ada dikediaman apartmennya. Melihat semua ini, tentu dapat memberi inspirasi bagi kita semua untuk menghias kediaman dengan diserikan tanaman sepertinya ini.
Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Semalam dikhabarkan lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut.
Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan.
Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini. Demikian yang dikongsikan oleh Dallah Deen Photographymenerusi laman facebooknya semalam.
Malah kematian semakin meningkat dan menurut pihak Bernama semalam, sebanyak 36 ekor mati manakala 10 ekor lagi sedang nazak.
“Seekor demi seekor kerbau tumbang. Kini telah 36 ekor mati dan masih ada 10 ekor lagi sedang nazak.”
Demikian luahan Khamis Jusoh, 64, iaitu bapa kepada Muhammad Syukur yang terkenal dengan jolokan ‘Kampong Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ berikutan tular kejadian sejumlah kerbau peliharaan mereka didapati mati sejak Rabu lepas dipercayai akibat hawar berdarah.
Khamis berkata sehingga kini kerugian yang dialami melebihi RM200,000 dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telahpun mengambil sampel untuk mendapatkan pengesahan punca kematian.
“Punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas dua minggu setelah sampel yang diambil dihantar untuk ujian makmal. JPV nasihatkan kami untuk mengasingkan kerbau yang sihat agar tidak terjangkit,” katanya ketika ditemui pemberita di kandang kerbau Kampung Kubang Bujuk, di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan perbuatan khianat dari mana-mana pihak, Khamis berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk siasatan polis.
Sementara itu, Muhammad Syukur, 15, berkata beliau dan keluarga tetap reda dengan ujian tersebut, malah mereka akan lebih berwaspada bagi memastikan kesihatan haiwan ternakan.
Dugaan besar buat kami sekeluarga… mungkin sekarang musim wabak…kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir… demikian perkongsian Syukor Khamis – Kampong Boymenerusi facebooknya semalam.
Remaja yang sering menjadi pilihan lensa kamera kerana mampu beraksi dengan haiwan itu berkata ia adalah kejadian pertama yang dialami mereka sekeluarga sejak mula menternak kerbau, 50 tahun lalu.
Muhammad Syukur berkata fokus mereka ketika ini ialah mahu menyelamatkan nyawa kerbau yang masih ada dan sekurang-kurangnya beliau masih mampu tersenyum kerana kerbau kesayangan yang diberi nama ‘Semek’ tidak dijangkiti sepertimana yang lain.
“Semuanya Allah punya, kami reda dengan ujian kematian 36 kerbau ini. Namun memang sedih kerana biasanya jumlah yang mati tidak begitu banyak secara serentak.
Antara simptom yang disedari berlaku pada kerbau yang sakit ialah hidung berair, tidak aktif dan najis berdarah.
“Sekarang pun ada beberapa ekor yang kita syaki sedang sakit, minta doa semua agar urusan keluarga kami dipermudahkan Allah.” katanya.
Muhammad Syukur mula terkenal apabila gambarnya bersama lebih 100 ekor kerbau menjadi tular di media sosial hingga menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam kehidupan Muslim, sikap redha adalah tahap terakhir setelah terlebih dahulu berusaha dengan segala kemampuan.
Namun adalah tidak wajar jika tiada langsung usaha yang dilakukan dengan hanya mengharap pertolongan orang lain.
Bagi pakar kewangan, saudara Azizul Azli Ahmad, kehendak yang berlebihan membuatkan ada antara kita berbelanja melebihi kemampuan.
Lantaran itu, tanpa segan- silu meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Sebagaimana tangkap layar yang dikongsinya menunjukan seorang individu menagih sempati bantuan kewangan tanpa sedar bahawa permintaannya itu adalah untuk kehendaknya. Malah sikap malas untuk berusaha menjadikan sistuasi menjadi teruk hingga menjejaskan ahli keluarga lain.
Ikuti peringatan pakar kewangan ini mengenai kehendak berlebihan yang berlaku tanpa kita sedar dengan membuat perbandingan ibu-ibu zaman dahulu.
Zaman mak ayah dulu tak ada pamper pakai buang, ada kain lampin atau napkins sahaja. Buang najis anak, spray air kuat kuat basuh sampai hilang warna najis itu.
Jika najis itu kuning kuat dan cair, lagilah lama kena sental napkin itu bagi kembali putih dan bersih.
Bilas, keringkan dan jemur satu satu diampaian. Lambat ambil hujan basah balik atau burung berak.
Napkin ini boleh disimpan, diwariskan buat adik adiknya nanti. Pin kepala besar kena ada agar kemas ikatan napkin ini agar tak berterabur dan bocor.
Hujung 80-an mula ada lampin pakai buang tapi masih dihitung mahal bagi rakyat marhain macam kita kita nie. Rak kat kedai diletak depan depan, ada pasaraya simpan dalam lemari kaca.
Mak zaman dulu masak air simpan dalam termos yang besar macam roket Elon Musk tu. Ada penutup gabus bila buka.
Tudungnya dari tembaga dan boleh jadi cawan juga. Jangan pernah jatuhkan, nanti termos dalamnya pecah.
Masak air siap siap sebelum tidur, tuang masuk simpan. Bila nak guna buka pelan pelan isikan dalam botol susu anak.
Jika terlebih akan kepanasan, menangis lagi kuat budak tu. Mak saya dulu akan tuang belakang tapak tangan susu dah bancuh nak tahu panas atau tidak. Comel sungguh!
Mak akan sentiasa pastikan pelas termos ini ada stok air panas.
Zaman itu tak ada penapis air ini semua kawan kawan.
Jika mampu, kaya silakan pakai sahaja buat keluarga kita sejahtera.
Tiada yang salah.
Tapi jika sampai meminta minta, hidup susah masih malas masak air simpan.
Sesungguhnya, malanglah siapa yang berjodohan dengan kita itu.
Semalam pelakon cantik jelita kacukan Melayu-Jerman, Maya Karin mendedahkan antara punca dirinya berhenti daripada menuntut ilmu di peringkat diploma adalah disebabkan penyarah kerap membatalkan kuliah.
Perkara itu dikongsikan olehnya dalam satu perkongsian di laman Twitter miliknya yang mengatakan dia sering menerima nota menyatakan kuliah dibatalkan atas sebab pensyarah tidak dapat hadir.
“Salah satu sebab saya berhenti selepas setahun belajar diploma. Asyik sampai kelas hanya untuk dapat nota memaklumkan kelas dibatalkan disebabkan pensyarah tidak dapat hadir,” dedahnya.
Oleh sebab itu, Maya Karin atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke membuat keputusan untuk berhenti diploma dibuat bagi mengelakkan berlakunya pembaziran wang ibu bapanya dan kemudiannya fokus untuk bekerja mencari sumber pendapatan dan pengalaman.
“Jadi, daripada terus membazir duit ibu bapa, saya berhenti dan buat kerja teater, melancong mengelilingi dunia dan kemudian masuk ke dunia industri hiburan,” tulisnya lagi.
One of the reasons I quit my diploma after a year. Asyik sampai class only to find a note saying “class is canceled because lecturer cannot make it”
So instead of wasting my parents money I quit and did some theatre work for a little cash, traveled the world with it and then I… https://t.co/bVxHexKcOB
Pendedahan ini dibuat rentetan daripada kes tiga pelajar Sabah berjaya memenangi kes saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka kerana didapati ponteng mengajar selama tujuh bulan pada tahun 2017.
Ketiga-tiga plaintif menamakan Mohd Jainal Jamran (guru Bahasa Inggeris di SMK Taun Gusi), mantan pengetua sekolah itu, Suid Hanapi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ke tujuh.
Dalam keputusan setebal 74 muka surat melalui dokumen yang diperoleh media hari ini, mahkamah memutuskan tuntutan semua plaintif dibenarkan.
Defendan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima telah melanggar kewajipan berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan gagal menyediakan ketiga-tiga plaintif untuk peperiksaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996;
Defendan kedua melanggar kewajipannya di bawah Peraturan 3C, 25, 26 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;
Lima defendan tersebut sudah melanggar hak perlembagaan ketiga-tiga plaintif untuk mendapat pendidikan yang dijamin kepada plaintif di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu katanya, mahkamah menganugerahkan RM50,000 kepada setiap tiga pelajar terbabit dan ia akan ditanggung secara bersama dan berasingan oleh semua defendan.
Defendan perlu membayar ganti rugi am berjumlah RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM20,000 kepada setiap plaintif.
Meninjau di ruangan komen perkongsian Maya Karin tadi, rata-rata turut berkongsi pengalaman yang sama di mana kelas sering dibatalkan oleh pensyarah. Malah, ada yang berpendapat daripada berhenti, beri ulasan buruk kepada pensyarah tersebut sebagai timbal balas.
Dalam pada itu, ada juga bersetuju tindakan yang dibuat oleh Maya Karin berhenti belajar kerana tanpa itu mereka tidak boleh lihat lakonannya.
Sumber: Twitter @maya_karin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.