Kehilangan orang tersayang dalam hidup kita memanglah akan menjadi peristiwa yang amat menyedihkan.
Apatah lagi andai orang itu pergi tanpa diduga, secara tiba-tiba.Pastinya sukar dan kita perlu mengambil masa untuk menerima hakikat bahawa si dia sudah tiada di dunia ini.
Rasa sayu ini diluahkan dari seorang anak, mengimbau kisah setahun lalu apabila ibunya ‘dijemput’ Ilahi tanpa dijangka. Hanya dengan pengsan diawalnya menjadi asbab ibunya telah kembali ke negeri abadi.
Lebih menyentuh hati, bila ibunya sempat menyediakan menu nasi lemak di awal paginya untuk dimakan oleh semua anak-anaknya yang bakal pulang.
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripada Encik Abdul Rahman ini.
Ads
Setahun sudah berlalu..kenangan bersama mak hidup dalam ingatan..
Pagi terakhir sebelum mak pergi menemui penciptanya..mak dah masak nasi lemak dengan sambal telur..
Dalam pkul 11 dpt panggilan yg mak dah x der..so aku pon balik lah ke bp dari kl..smpai bp dalam pkol 1 lebih gitu lah..time tu jenazah kat hospital bp..untuk di mandi dan di kapan kan..ptg dalam pkol 3 jenazah mak di bawak rumah untuk di lihat buat kali terakhir..time bukak ikatan kain kafan tu lepas tu aku nampak yg dalam bungkusan tu adalah mak aku..
Ads
Aku x dapat nak tahan air mata yg tersangat lah sedih…lepas tu sembayang kan kat surau dan di kebumi kan..setel semua sebelom magrib mcm tulah..
Kat rumah mak, rasa lapar pulak..bukak tudung saji ada nasi lemak ngan smbal telur..aku tahu ni masakan terakhir mak..aku cedok dah bahagi sorang sikit adik bradik.
Ads
Suapan pertama tu..ya allah..aku rasa lain sangat masakan tu..aku makan sambil nangis..tapi aku abis kan jugak nasi lemak tu..sbb tu masakan terakhir mak..dan aku x kan dapat rasanya lagi.
Setahun sudah berlalu..kenangan bersama mak hidup dalam ingatan..
Solat tahajjud merupakan solat sunat yang dikerjakan di waktu malam. Ada banyak keistemewaan bila seseorang melakukan solat tahajjud secara istiqomah dalam kehidupan sehari-hari.
Pun begitu untuk bangun tengah malam bagi mendirikan solat tahajjud walau hanya 2 rakaat, nyata bukanlah perkara mudah untuk dilakukan.
Untuk menyuntik semangat dan motivasi pada diri kita yang baru ingin membiasakan diri, apa kata kita baca perkongsian daripada wanita ini. Semoga bermanfaat.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
1. Pertama-tama sekali, saya mula bertahajjud setelah membaca:
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah hanya dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
Barangkali keadaan saya yang sangat memerlukan dan tempat tidur yang tidak begitu selesa ketika itu sangat memudahkan saya untuk bangkit di tengah malam….
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajjud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya sudah berusia 41 ketika itu.
Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk. Saya telah berdoa untuk perkara yang langsung tidak munasabah dengan keadaan saya ketika itu, iaitu untuk bersujud di hadapan Kaabah.
Sedangkan saya tidak punya wang dan pekerjaan. Bahkan sedang sangat susah masa tu…
3. Oleh kerana kesukaran hidup saya waktu itu, ianya sungguh menghimpit… Hinggakan saya telah meletakkan kebergantungan saya hanya kepada Allah. Tidak ada yang lain. Cinta kepada manusia telah banyak mengecewakan. Tapi tidak kepada Allah. Yakin itu….
Barangkali kekecewaan dan ujian yang datang berkali itulah yang membuatkan saya sangat bergantung hanya kepadaNya.
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab. Saya tahu sungguh berat. Tapi paksalah diri kita.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu. Orang yang benar-benar mahu pasti akan sanggup melakukan apa sahaja kerana sangat berkehendak.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajjud. Rasa bersalah jika terjaga dan tidur lagi….
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that new good habit in you (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajjud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Fikiran kita tidak “align” dengan hati kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. “Filter” itu bermaksud seperti penghalang kepada rezeki. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
Miracle of Tahajjud
Sekali minta, berkali Allah bawa.
Kisah adik ini tular sehingga dikenali sebagai kampung boy apabila gambarnya bersama-sama kerbaunya terpilih diperingkat dunia. Foto Muhammad Syukor Khamis bersama beberapa ekor kerbau memenangi 20 gambar terbaik dunia sekali gus juara peringkat Asia.
Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.
Terbaru salah seekor dari kerbau tersebut bakal dikorbankan untuk majlis menyambut menantu di dalam keluarga Syukor. Kerbau yang dinamakan Tongkol itu adalah kerbau kesayangan Muhammad Syukor Khamis, 14, akan disembelih sempena meraikan majlis sambut menantu dua abang remaja digelar ‘Mowgli Malaysia’ itu.
Kerbau jantan berusia lima tahun dan dijaga Syukor sejak kecil itu akan disembelih di rumah rakan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Tambak Baru, Wakaf Tapai, Marang pada 6 pagi.
Abang kepada Muhammad Syukor, Muhamad Alias Khamis, 29, berkata dia sudah memberitahu bapanya supaya tidak menyembelih kerbau berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain kerana mengenangkan hubungan rapat Tongkol dengan adiknya itu.
“Bagaimanapun kerana faktor umur Tongkol yang sudah mencapai tahap matang, ia tetap perlu disembelih.
“Bukan sahaja Syukor, tetapi kami sekeluarga memang sayangkan Tongkol kerana haiwan itu paling jinak, malah dijaga di rumah sejak kecil lagi.
“Tongkol sudah serasi bersama Syukor dan selama ini ia menjadi pengganti kepada kerbau bernama Awang yang sebelum ini gambarnya tular di media sosial dan memenangi anugerah,” katanya.
Menurutnya, kerbau kesayangan itu sengaja disembelih di rumah rakan bapa supaya dia dan keluarga tidak melihatnya.
“Seharian Syukor muram dan tidak bersemangat untuk menguruskan kerbau serta melayan tetamu yang datang menemuinya hari ini.
“Sepanjang musim cuti ini, ramai pengunjung dari luar termasuk Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor datang ke rumah untuk berjumpa Syukor.
“Sehingga hari ini pengunjung masih datang bertali arus untuk menemui Syukur, namun kerana Tongkol akan disembelih, layanan diberikan tidak seceria selalu,” katanya.
Menurut Muhamad Alias, majlis sambut menantu meraikan dia dan abangnya, Muhamad Kamil Khamis, 30, bersama isteri masing-masing, dijangka dihadiri lebih 3,000 tetamu.
“Lepas ini akan ada kerbau menggantikan Tongkol kerana sudah menjadi lumrah dan adat memelihara haiwan ternakan seperti itu.
“Sampai masa ia akan disembelih dan yang lain pula yang akan menjadi pengganti,” katanya.
Tular di media sosial mengenai Syukor menangis serta bermuram apabila terpaksa berpisah dengan kerbau kesayangannya itu.
“Assalamualaikum..mohon sahabat-sahabat semua mendoakan anak sulung saya Muhammad Fawwaz Adli yang kini sedang ditahan di wad Icu Hospital Seremban kerana dihempap peti ais besar kat rumah..tadi dr cakap ada pendarahan kat kepala dan ada tulang-tulang dalam kepala yang patah..semoga dengan doa sahabat-sahabat semua anak saya kembali sembuh seperti biasa..Amin2”
Malang tidak berbau, tentunya sesiapa pun yang terbaca status seperti ini di fb akan tumpang berasa simpati kepada keluarga ini. Apatah lagi, mangsa yang juga merupakan anak sulung keluarga ini masih kecil usianya. Seakan begitu sukar dibayangkan untuk sesiapa pun berdepan dengan situasi ini.
Kisah ini juga mendapat liputan akhbar Sinar Harian dan ini laporan penuh yang dipaparkan.
NILAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas dipercayai dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya di Taman Cempaka di sini malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari cedera pada bahagian kepala.
Bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, dia tidak pasti bagaimana kejadian sebenar berlaku.
“Jam 11 malam saya sedar peti sejuk di rumah dah tumbang dan tengok anak saya (Muhammad Fawwaz) di situ.
“Saya tak dapat nak cakap lagi kerana masih terkejut dan sedih. Lagipun ramai ahli keluarga di sini. Saya pun masih tunggu maklumat doktor berkenaan keadaan anak,” katanya.
Terdahulu, Mohd Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan menerusi catatan di laman Facebook miliknya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya itu.
Katanya, doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sehingga jam 3. 30 petang tadi, pihaknya masih belum menerima laporan daripada bapa mangsa mengenai kejadian berlaku.
Dan, perkembangan awal pagi tadi yang dikongsikan di akaun fb Mohd Bukhari Zainal Anuar, alhamdulillah menampakkan perkembangan positif.
Ini statusnya:
“Baru lepas tngok fawwaz..doktor dah start tutup ubat tido pukul 10 tadi..tangan dah mula gerak-gerak cuma mata ja belum buka lagi..pkul 2 nanti baru dr akan explain keadaan terkini fawwaZ.”
Didoakan agar adik Fawwaz terus kuat untuk kembali sihat seperti sedia kala. Amin…