Pelakon Wawa Zainal menggalakkan agar suaminya, aktor Aeril Zafrel membina sebuah masjid yang akan didirikan di kampung halaman Aeril terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.
Menurut Wawa, idea itu datang selepas mendengar ceramah ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.
“Kami telah membeli sebuah lot tanah dan Aeril berhasrat mahu membina sebuah rumah banglo.
“Namun begitu, saya memikirkan yang ada baiknya jika kami membina masjid. Idea ini datang selepas saya mendengar ceramah seorang ustaz.
“Saya memberi galakkan kepada Aeril membina masjid untuk saham akhirat kami. Akhirnya, keputusan telah dibuat dan kami membina masjid di sana.
“Jadi, lepas berbincang dengan ketua kampung di Rengit, Johor dan kami bersetuju untuk menghulur dana sekitar RM1.2 juta hasil semua keuntungan produk terbaharu kami, Muslim Bukhari.
Ads
“Proses pembinaan dijangka bermula tahun depan… doakan semoga urusan kami ini dipermudahkan,” ujar Wawa.
Sementara itu, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini berkata perkongsiannya itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau bersikap riak.
“Memang bukan berniat nak riak atau menunjuk-nunjuk… tapi ini adalah saham akhirat bersama pelanggan kami.
Ads
“Mereka yang membeli turut menjadi penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.
“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid… apa yang kami harap sumbangan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung,” ujarnya.
Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya kini berusia 7 bulan
Dianggarkan bernilai RM1.2 juta dan bakal memuatkan seramai 700 orang jemaah, wang terbabit akan dikumpulkan menerusi keuntungan jualan koleksi terbaru Wawa Cosmetics, Bukhari dan Muslim.
Ads
“Segala keuntungan dua koleksi kosmetik ini akan digunakan untuk pembinaan masjid terbabit.
“Harga untuk satu kotak berharga RM79 dan dua kotak hanya RM150 sahaja. Koleksi ini akan dikeluarkan sebanyak 80,000 set sahaja.
“Untuk keluaran kali ini, memang kami tidak akan mengambil keuntungan langsung terhadap dua koleksi terbabit.
“Team Wawa Cosmetics dan pembeli yang bakal membeli menjadi penyumbang untuk masjid ini,” kata Aeril pula.
Koleksi Wawa Cosmetics edisi Bukhari dan Muslim ini akan dua pengilat bibir, set solekan serta wangian dan mula dijual hari ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tidak pilu, jiwa bapa mana yang tidak sedih. Cahaya mata yang dinanti selama ini hanya berpeluang mendukung dan memegang cahaya mata seketika sahaja.
53 hari saat bahagia buat pasangan suami isteri ini bersama dengan bayi lelaki sebelum dijemput kembali oleh Sang Pencipta. Luka bersalin masih belum sembuh, namun hatinya pula ditoreh-toreh. Bayangkan bayi yang dikandung selama 9 bulan pergi tak kembali.
Inilah yang berlaku kepada Cik Puan Reen apabila anaknya dimasukkan ke hospital ketika dia sedang berpantang. Anaknya dikatakan mengalami pendarahan otak sehingga menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Ikuti luahan ibu ini menerusi laman facebooknya.
Al-Fatihah. Muhammad Hakim bin Muzri 30.5.19 – 21.7.19 Mama coretkan di sini utk kenangan kita. Hakim anak mama dan daddy…
11.7.19 Kami bawa Hakim ke Hospital Putrajaya selepas tengok dia ada sentakan sebelah kiri badan. Sebelum tu dia menangis teruk dan kami juga ke Darusyifa. Di hospital putrajaya, result ct scan tunjukkan ada pendarahan di kepala. Hakim disahkan IVH. Doc consult dan bagitau kena refer ke Hospital Kuala Lumpur sbb Hospital Putrajaya tiada pakar neuro utk baby tapi keadaan bergantung kpd kekosongan ICU di HKL. Malam tu anak mama warded di Hospital Putrajaya. Hanya Allah yg tahu perasaan kami mama dan daddy betapa sedih masa tu. Mama belum habis pantang.
12.7.19 Happy birthday Daddy. Tapi mama terlupa sgt sbb terlalu risaukan Hakim.Harini hari ke 44 pantang tapi mama sgt tak berdaya.Harini, Hakim dibawa naik ambulan ke HKL. Alhamdulillah ada kekosongan ICU dan pembedahan akan dilakukan segera. Di zon merah HKL , doc bgtau mengenai pembedahan EVD dan semua kemungkinan semasa pembedahan. Kami proceed utk kebaikan Hakim. Dalam jam 12 tgh pembedahan EVD dilakukan. Mama penat dan badan terlalu sakit mungkin sbb kurang rehat dlm pantang. Mama terjatuh dlm surau sementara tunggu pembedahan Hakim tapi takpe sebab selepas dua jam alhamdulillah Hakim stabil dan dimasukkan ke wad PHDW di Jab Pediatrik. Hakim strong sgt sbb lepas bedah terus boleh hisap susu botol.
13.7.19 Keadaan Hakim stabil tapi taknak hisap susu harini. Mungkin sebab sakit. Mama pujuk2 dan Hakim minum jugak. Hakim baik dan dengar cakap. Bila nak nangis, mama pujuk dan Hakim terus diam.
14.7.19 Oleh sebab Hakim dah stabil, Hakim dipindahkan ke Wad Neurologi N6B katil 2E. Nurse letak Hakim depan diorang sbb keadaan Hakim masih baby consider kritikal. Daddy temankan Hakim sebab mama sakit badan dan balik berurut.
15.7.19 Harini Hakim tarik cabut tiub susu dan ubat kat hidung. Tapi mama tak risau sbb Hakim pandai makan ubat dan dah boleh minum susu. Dan mama percaya Daddy jaga Hakim.
16.7.19 Mama, Daddy teman Hakim tido. Mama tak kesah kita bertiga berhimpit tidur atas katil single hospital ni asalkan anak mama cepat sembuh. Mama beli susu terbaik utk Hakim. Stok pampers pun mama beli sbb Daddy kata Hakim mcm lama lagi kat situ. Mama beli jugak baju baru utk Hakim.
17.7.19 Hidup mama dan daddy mcm dah sebati kat sini. Mama jadi sedikit kuat bila tengok ada yg lagi teruk sakitnya dari Hakim. Mama tenang bila berbual dgn auntie Safira. Anaknya kena kanser otak. Mama doakan Al-Alif anak auntie Safira dan uncle Asri terus kuat berjuang melawan kanser. Kawan2 lain pun sama..auntie Lily, Siti, Aina..masing2 dgn sakit anak masing2. We support each other masa dalamm wad.
18.7.19 Hari-hari pakar neuro, Mr Azmi dan team doc neuro yg lain tengok Hakim. Doc kata next week nak buat MRA untuk check blood vessel sbb pendarahan tu tak tahu apa puncanya sbb Hakim tak pernah jatuh dan tak tidur buai pun. Nak check juga takut ada abnormal blood. Harini Hakim ada leaking di kepala tempat EVD. Tapi doc dan nurse bantu utk check sentiasa dan cuci.
19.7.19 Hakim panggil mama mama. Daddy dengar Hakim panggil Mama. Bila nangis Hakim merengek. Ma…Ma..Mama…Mama happy sgt. Hakim berbual ngn mama mcm nak cerita sesuatu.Bila mama panggil pun Hakim menyahut.
20.7.19 Pagi ni Hakim okay cuma Hakim asyik muntah susu. Dah burp kan muntah atas bahu mama.Hakim tido mengiring sendiri mcm menahan sakit. Nurse tukar tiub baru. Leaking stop kejap tapi fluid dan darah makin banyak keluar dan tak ikut anggaran doc. Mama jadi risau sbb Hakim mcm merengek sakit. Jam 11 malam Hakim menangis kuat sgt mcm terlalu sakit. Hakim tunjuk simptom sama macam mula2 sebelum ke hospital putrajaya dulu. Mama takut sgt. Semua nurse kerumun Hakim sbb Hakim mcm kena sawan. Mama tak kuat sbb kesian tengok Hakim. Doc on call datang dan decide ct scan utk Hakim.
21.7.19 Jam 1 pagi nurse berkejar bawak Hakim utk ct scan. Daddy pimpin tangan mama kita sama2 berkejar utk pergi ct scan kepala Hakim. Tumit kaki mama sakit sgt tapi mama gagahkan diri ikut nurse bergegas bawak Hakim pergi scan. Balik dari scan Hakim tak tido. Mama dan daddy sama2 tengok Hakim sbb Hakim demam on off. Jam 4 pagi, doktor panggil mama dan daddy. Doc neuro consult pasal result ct scan tadi. Katanya , pendarahan yg lama dah hampir clear tapi…. ada pendarahan baru sebelah kanan yg tak tahu apa puncanya. Pendarahan baru tu dah himpit otak. Pembedahan segera perlu dilakukan.
Pembedahan kali ni lebih besar sbb makan masa 4 hingga 5 jam. Doc bedah perlu buka tengkorak sbb darah di kawasan tisu di bawah tengkorak kanan. Mama dan daddy setuju utk pembedahan. Jam 6 pagi doc tranfuse darah dua pack sbb Hb Hakim terlalu rendah. Risiko pendarahan tinggi kalau Hb tak sampai 10 sedangkan bacaan Hb Hakim 6 saja. 4 jam mama dan daddy tunggu Hakim dimasukkan darah . Hakim darah O sama mcm daddy. Kali ni mama rasa dalam solat subuh mama macam serba tak kena. Mungkin sebab mama terlalu risau.Pagi ni kita ambil gambar sama2 bertiga. Momen ni mama dan daddy happy sgt. Tapi dalam hati hanya Tuhan saja yg tahu sbb pembedahan kali ni lebih berisiko.
Jam 10 pagi ambulan hantar Hakim ke Jabatan Pediatrik semula utk pembedahan di Dewan Bedah Peadiatrik. Mama dan Daddy sama2 dgn Hakim. Mama teman Hakim sekejap dalam bilik bedah masa Hakim kena bius. Mancung hidung Hakim Doc bius kata. Hakim hensem comel kata Doc. Mama rasa kuat sekejap tengok team bedah yg sangat positif. Mama cium Hakim dan mama keluar dari OT. Mama tak sangka ni kali terakhir mama cium Hakim dalam suara tangisan Hakim.
10.45 pagi… pembedahan dijalankan. Mama dan daddy tunggu Hakim. Mama dan daddy berehat kat surau sementara tunggu Hakim.Masa waktu Zohor mama resah sgt. Mama baca yasin tapi hati mama gelisah. Tiba2 daddy laung panggil nama mama dari luar surau . Rupanya doktor bedah cari kami. Mama silent fon sbb solat Zohor. Mama tak dengar. Kami diminta tunggu di dalam kawasan dewan bedah. Tak lama kemudian 4 org doktor bedah keluar. Mama dan daddy rasa tak sedap hati. Doc bagitahu masa pembedahan mula2 semua ok sampailah time tengkorak dah dibuka utk keluarkan darah di kawasan tisu tiba2 darah keluar banyak.
Doc tunjuk gambar tu. Allahu. Kasihan anak mama. Masa tu kata doc kata blood pressure Hakim dah tak dapat dibaca. Nadi Hakim terhenti sampai team Doc bagi emergency CPR. Pembedahan tak dapat diteruskan lg sbb darah terlalu banyak dan doc terpaksa jahit semula. Doc beri ubat dan Hakim hanya bergantung hidup pada ubat tu dan oksigen. Habis kesan ubat bermaksud Hakim selamanya tinggalkan mama dan daddy.
Doc akan bawa Hakim ke ICU dan kami panggil ahli keluarga.Ini menjawab semua keresahan hati mama. Ya Allah … kuatkan kanlah mama dan daddy..Jam 3 ptg Hakim dibawa ke ICU. Kesian anak mama. Kepala Hakim penuh berjahit. Family datang dan tengok Hakim. Adik beradik Hakim…Kakak Aleesya, Kakak Lala, Iman dan Aisya datang tengok Hakim. Kesan ubat mulai habis.. mama pangku Hakim sampai habis nafas Hakim.
7.15 mlm.. Innalillahiwainnailaihirojiun. Hakim dijemput Ilahi. Berat hati mama dan daddy tapi mama redha lepaskan Hakim. Sebab kematian yg doc tulis ‘ spontaneous non traumatic right acute subdural hemorrhage’.. Mama dan daddy redha sayang. Berat hati mama dan daddy melangkah masuk semula ke wad neuro utk ambil barang kita semua. Susu pampers dan baju baru mama sedekahkan utk baby di wad tu. Tak kuat hati mama utk hadap semua barang2 Hakim. Pagi jam 7 pagi..Mama dan daddy mandikan Hakim di surau di HKL. Sepanjang pantang memang Daddy dan Tok yg mandikan Hakim.Mama belum sempat mandikan Hakim lagi.
Tak sangka mama hanya sempat mandikan Hakim utk mandi jenazah. Ya Allah sedih Tuhan sahaja yg tahu.Tapi mama cuba utk tahan air mata masa mandikan Hakim. Mama dan daddy sabunkan Hakim dan jirus Hakim wangi2. Terima kasih ya Allah pinjamkan amanah ini selama 53 hari. Kami semua bersyukur dan gembira dgn kehadiran Hakim walaupun sekejap. Terima kasih pada semua family dan sahabat2 yg sama2 mendoakan Hakim. Terima kasih juga kerana banyak membantu selama ini.
Terima kasih kpd para doktor dan jururawat di Hospital Putrajaya ,Jab Pediatrik HKL dan juga wad Neurologi 6B Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman HKL. Terima kasih pada semua yg datang ziarah Hakim masa di wad hospital, di masjid UPM dan tanah perkuburan UPM tempat Hakim disemadikan. InsyaAllah Hakim anak syurga mama dan daddy.
Mama halalkan setiap titik susu mama untuk Hakim. Takpe nak, mama dan daddy redha andai ini yang terbaik utk Hakim. Hakim mesti tengah gembira bermain main di syurga. Mama dan daddy akan terus doakan Hakim. Mama masih terasa sejuknya nafas dan kulit Hakim dalam pangkuan mama sebelum Hakim dijemput Ilahi. Hakim anakku sayang…tunggu mama dan daddy ya sayang. Mama dan daddy sayang Hakim selamanya? Al-Fatihah utk anakku sayang… ?Muhammad Hakim Bin Muzri 30.5.19 – 21.7.19 (53hari) #anaksyurgamamadaddy
Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya.
Begitu juga seorang isteri terpaksa menanggung kesedihan bila suami meninggal. Lebih menyedihkan apabila pasangan pergi secara tiba-tiba.
Namun, untuk menghadapi situasi itu, setiap pasnagan suami isteri perlu tahu tentang uruskan harta dan segala hutang yang ditinggalkan oleh pasangan.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Puan Solah Hiyah Mohd Idris ini, moga menjadi panduan bersama.
Siap sedia tahu maklumat privacy pasangan
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kehilangan Pasa ngan Dalam Hidupnya
Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya sama ada kita ditinggalkan atau kita yang mening galkan…
Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
Sentiasa berdoa supaya kita & pasa ngan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
Perlu saling mempercayai pasa ngan kita. Maklumkan kepada pasa ngan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit-duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.)
Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kema tian, semua acc akan dibekukan.
Buat salinan ic pasa nngan, sijil kema tian, surat permit pengkebu mian, lapo ran doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak-anak. Dokumen-dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila mbuat semua urusan bkaitan.
Maklumkan kepada pasa ngan semua tanggungan (bil-bila bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang & harta-harta yang ditinggalkan.
“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang mening gal akan lebih susah jika hutang-hutang dan harta-harta tidak diurus dengan segera.”
Harta arwah
Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kema tian daripada bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dalam tempoh 6bln tp Bnk Rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss)
Pastikan juga semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir. SOCSO ada pencen bulanan untuk waris.
Tahu pasal Iddah
Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH.
Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?
Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. PENAMA bukanlah bemakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!
Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan takaful boleh mbantu mlangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasa ngan.
Money is not everything, but everything needs money
Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.
Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat ma vt boleh datang mjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasa ngan dan bincangkan perkara ini.
Dengan sedikit pkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri-isteri) tidak akan hilang punca.
Bila mula terdetik minat berkebun dan diusahakan walau hanya dilaman rumah, pasti hasilnya luar biasa. Ini seperti mana yang dilakukan oleh Encik Jeffry, siapa sangka halaman kediaman semi D setingkat boleh berubah wajah menjadi taman herba yang cukup istimewa dan memukau pandangan.
Berkongsi penjagaan laman herba ini, Jeffry turut berkongsi info di laman sosial yang dimuat naik beberapa tahun lalu. Semoga berkongsian ini dapat memberi manfaat bersama untuk kita pula memulakan hobi menanam tanaman herba yang dapat dilakukan bersama-sama ahli keluarga yang lain.
“Memandangkan ramai sahabat yg bertanya bffrerkaitan penjagaan pokok2 herba. Saya repost semula beberapa pic yg lepas. Saya bukan org yg layak utk mengajar cuba berkongsi minat dan pengalaman sahaja. Maaf kalau ada x tak betul.”
“Untuk pokok herba ni agak susah sikit pejagaannyer. Setiap pokok berlainan sifat2nya.
Dari segi medium, pencahaya dan juga baja.”
“Utk rosemary hanya perlu siram air sekali sahaja pd waktu pagi. Berbanding dgn parsley dan oregano, thyme dan dill yg perlu siram dua kali sehari sama sifat seperti pokok daun sup”
“Sage, stevia, pudina dan lemon bulb pula saya guna air yg sederhana dan tahan panas kerana jenis yg pokok yg berkayu.”
“Dari segi pencahayaan semuanye saya pasang net hitam 50%. Net hitam bukan sekadar utk kawal cahaya dan haba sahaja dia juga berfungsi menahan air hujan yg berlebihan yg boleh merosakkan pokok terutama yg jenis lembut.”
“Dr segi baja saya menggunakan baja organik walaupun ada pilihan dr baja AB dan baja kopi. Saya pun masih baru belajar terutama dr sahabat2 yg pakar dlm group KBJTS ni yg banyak membantu saya”
sumber : Jeffry Jefisz via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.