“Ni Yang Dikatakan Pengakhiran Yang Baik.” Dulu Bas Mini Dan Bas Sekolah Kini Bertukar Jadi Surau. Inspirasi!

Share

Siapa sangka bas yang sudah berusia 30 tahun kini telah bertukar menjadi tempat untuk beribadat.

Dengan melakukan pengubahsuaian kenderaan ini menjadi sebuah mini surau yang selesa. Menerusi perkongsian saudara Yusufhadi Alhafidz telah mendapat mendapat perhatian warganet yang memuji cara beliau manfaatkan kenderaan berkenaan.

Selain itu ada netizen memberi nama jolokan kepada bas berkenaan seperti, ‘bas ke syurga’ dan ‘Bas Pencen Penuh Bermakna.’ Malah ada yang beranggapan ia seakan kehidupan manusia iaitu dihujung usia bersara daripada melakukan kerja sebaliknya fokus kepada ibadat.

Melihat pada bahagian dalam bas, menggunakan dinding dan lantai kayu sebagai menonjolkan konsep yang tenang dengan cahaya lampu yang terang.

Apa yang pasti, buat pemilik kenderaan ini, pahala yang sentiasa mengalir dengan menyediakan kemudahan sebegini kepada orang ramai. Sungguh inspirsi!

Permit smpai 30 tahun jer.. Dulu jadi bas mini kL. Pastu bas sekolah. Pencen mcm ni lah jadinya.

Sebelum diubahsuai

Selepas diubah suai

Diletakkan di kawasan pasar malam.

Bahagian dalam bas surau : Menggunakan dinding dan lantai kayu

Bas ke syurga

Sumber: Yusufhadi Alhafidz

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN