Nona Manis, Secantik Namanya. Ibu Ni Kongsi Resipi Kalau Nak Cuba!

Share

Nona manis, dengar nama pun dah sedap kan. Bila makan rasanya lemak-lemak manis gitu.

Hari ni ariana nak share resepi nona manis, semanis senyumanmu, hihi Ariana juga ada bagi tips macam mana nak buat nona manis nampak licin dan cantik.

Resepi Nona Manis

Bahan A (Step 1)
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1 biji telur

Bahan B (Step 2)
1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis)
1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
1sk pewarna hijau

Bahan C (Step 3)
2 cawan santan
2 sudu tepung gandum
1sk garam
1sk gula

P/S : Ariana guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.

Cara penyediaannya:

Step 1 : 

1. Kisar telir, gula, tepung gandum dan santan senhga sebati. Kalau tak ada pengisar, boleh whish hand je.

2. Dah siap ketepikan.

Step 2

1. Masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.

2. Lepas itu masukkan tepung jagung dan kacau sebati.

3. Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.

4. Masukkan bahan yang telah dikisar di Step 1 tadi. Kacau hingga sebati.

5. Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan, bila telah sejuk tapis dan letak dalam botol.

Step 3

1. Masukkan santan, tepung gandum, gula dan garam. Kalau suka masin boleh tambah garam lagi. Kacau hingga sebati.

2. Pastika  adunan juga sedikit pekat dan tidak cair. Bila sejuk tapis dan masukkan dalam botol.

Ariana letak dalam botol macam ni.

3. Sapu dulu acuan dengan minyak supaya kuih tidak melekat dan letak 3/4 adunan hijau dalam acuan.

4. Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau ke dalam sangat, nanti bercampur dengan adunan warna hijau.

Ekstra Tip

Untuk dapatkan kuih yang cantik dan licin, wrapkan loyang. Di sekeliling loyang Ariana buat lubang, cucuk dengan lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh. Boleh buat banyak lubang. Kukus selama 15 minít@sehingga masak.

5. Dah masak tunggu sejuk dulu barulah
keluarkan dari acuan.

Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik. Selamat mencuba.

sumber : Ariana Sofia Ahmad via MAHN

 

IKLAN