Onde-onde, Kuih Bulan Puasa Yang Digemari Ramai. Ni Resipi Boleh Buat Sendiri!

Share

Setiap kali bulan Ramadan tentu ada antara kita yang teringin untuk menikmati kuih onde-onde. Kalau dulu 10 sen sebiji, tapi zaman sekarang tidak akan dapat harga begitu. RM2 hanya berapa ketul sahaja yang dapat kita nikmati. Terasa tidak puas pula menjamahnya!

 

 

Jadi hendak puas hati, jom kita buat sendiri kuih onde-ponde ini memandangkan untuk menyediakannya tidaklah rumit. Sekali satu adunan, berbekas-bekas kuih onde-onde dapat kita hidangkan kepada seisi keluarga. Memang berbaloi dan puas hati.

Onde-onde

Bahan-bahan untuk jus pandan

5-6 helai daun pandan

11/2 cawan air

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Bahan-bahan lain:

1 cawan tepung pulut

2 sudu besar tepung beras/tepung gandum

¼ sudu kecil pewarna hijau

Gula nisan/gula melaka secukupnya

Air rebusan secukupnya

½ biji kelapa parut

Garam secukup rasa

 

Cara buat :

1.Gunting kasar daun pandan, kisar dengan air dan tapis dan ambil airnya. Ketepikan.

2.Masukkan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit.

3.Masukkan pewarna hijau dan uli sehingga menjadi doh. Ketepikan.

  1. Kemudian potong gula nisan atau gula Melaka kepada kiub kecil.

5.Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup.

6.Kemudian ambil sedikit doh, uli bulat dan leperkan. Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan semula.

7.Panaskan air dan masukkan kuih onde-onde ke dalam periuk dan biarkan sehingga timbul. Gunakan api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas.

8.Bila sudah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.

Ekstra tip : Masa mengentel jangan terlalu besar tepung pulut tu, saya siap timbang nak balance gula dengan tepung (15 gram )

 

 

 

IKLAN