“Orang Tak Tahu Penatnya Anak Ramai. Sebab Tu Suami Kena Jadi Supporter. Perkongsian Ibu Anak 5 Ni Cukup Berinspirasi!

Share

Ada orang rezekinya murah miliki anak ramai, dan ada sebaliknya. Ada anak yang mendengar kata, ada pula sebaliknya.

Kadangkala pening juga ibu bapa dibuatnya dek pelbagai kerenah dan perangai terutama apabila mereka sedang membesar. Lebih-lebih lagi apabila berada ditempat orang ramai.

Namun, setiap anak berbeza karekter, jadi usah pandang serong atau mengecam ibu bapa tidak pandai didik jika ada anak yang ‘terlebih’ aktif. Apa yang pasti, anak adalah anugerah yang terindah dalam hidup pasangan suami isteri.

Bagi Nieyssa Hashim dalam usianya 25 tahun sudah miliki 5 anak. Akuinya bukan mudah,bahkan masa untuk diri sendiri tiada, apa lagi mahu ‘me time’ seperti orang lain. Hakikatnya, dia tetap bersyukur dan tahu apa yang Dia berikan ada hikmah disebaliknya.


Mommy of 5 little kids.

Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, 
Dari 2012-2017  tak pernah berhenti beranak,
Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja.
tak berkawan dengan orang.

Hakikatnya bukannya mudah.
Semua  tak pernah tahu,  tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.

Tapi Allah sebaik2 perancang.
Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga.


Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.

Sebab tu bila orang tanya  tak penat ka anak ramai, penat tu memang penat,
Stress marah mengamuk tu perkara biasa.
Menangis waktu pagi bila kelima2 anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. 
Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.

Tp lama2 saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai.
Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.

Masa untuk diri sendiri sangat terhad.
Segala2nya hanya fikir tentang anak.
Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri.


Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja.
Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.

So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress,
Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat,
Allah yang wujudkan,
DIA sebaik2 pemberi,
Percayalah hikmah dan kebahagiaan  tak dapat dijual beli dikelilingi anak2 apabila kita meningkat tua.

Nissa Hashim
Enjoy mother of 5 kids

IKLAN