Mak ayah mana yang tak mahu anak jadi bijak kan? Selain memperbanyakkan latihan harian, beberapa jenis makanan ini disarankan untuk anak ambil dalam diet harian mereka. Makanan apa?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, lapan jenis makanan ini merupakan makanan yang disarankan oleh pelajar tahfiz untuk menghafal Al-Quran. Lebih tajam otak dan daya ingatan!
Lapan makanan harian anak, untuk tajamkan otak. Saya dapat jadual makan ni, dari sekolah tahfiz. KPI mereka, lahirkan anak tahfiz 30 juzuk dalam setahun.
Sangat mudah, simple, dan terus kita boleh praktikkan buat anak-anak kita.
1. Air nabeez setiap pagi sebelum makan
– Air rendaman kurma bantu untuk stimulate kan otak anak lebih fokus.
2. Kurma 3 biji
– Kurma makanan otak.
Ads
3. Kismis
– Kismis hitam 4 biji untuk otak, kismis oren 3 biji untuk saraf.
4. Telur
– 4-5 kali seminggu
– Nak anak bijak kena bagi makan telur kerap. Jangan berlebihan, bersederhana.
5. Buah
– 2 kali sehari, anggaran 1 cawan setiap kali pengambilan.
Ads
6. Nasi, lauk dan sayur
– 2 kali sehari.
– Nasi hanya segenggam atau 1 senduk.
8. Air putih air yang utama diminum. Dalam kelas, anak tahfiz diminta bawa air putih. Minum secukupnya, bila perlu. Air putih bantu rangsang otak anak. Fokus, cepat ingat, mudah faham.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ajal maut di tangan tuhan, tidak kira usia muda atau tua bila-bila masa sahaja kita akan dijemput pulang ke negeri abadi. Apatah lagi ketika pandemik ini, nyawa seseorang begitu mudah direntap tanpa dijangka.
Inilah yang terjadi pada pasangan suami isteri yang pada awalnya terasa teruja menanti kelahiran anak sulung mereka ke dunia. Namun tanpa diduga si isteri menjadi korban Covid-19 hingga meranapkan impian si ibu untuk menatap wajah anak sulung yang dikandung.
Menurut Mohd. Aiman Syakir, 26, isterinya, Allahyarham Izzati Najah Amran, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang kelmarin.
Katanya, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari melahirkan bayi perempuan yang dinanti-nantikan mereka.
“Kami ke hospital pada Khamis lalu kerana isteri sudah rasa sakit bersalin dan dia perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk wad.
“Bagaimanapun isteri saya didapati positif Covid-19 dan doktor terpaksa mengeluarkan bayi dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, isterinya selamat melahirkan bayi seberat 3.02 kilogram itu pada pukul 5 pagi, Sabtu lalu namun tidak dibenarkan untuk melihat anaknya sebelum kesihatannya merosot.
“Dia ditidurkan selepas oksigennya turun kepada 30 peratus sebelum disahkan meninggal dunia semalam,” ujarnya.
Bayi Dalam Keadaan Sihat
Aiman yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang berkata, bayi mereka masih ditempatkan di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan sihat.
“Buat masa sekarang keluarga arwah isteri di Pendang akan menjaga anak kami memandangkan saya dan keluarga di Pulau Pinang perlu menjalani kuarantin,” jelasnya.
Tambahnya, arwah mahu menamakan anak mereka dengan nama Lilly Elleyna yang diberikan sejak awal kehamilannya.
“Saya sedih kerana kehilangan arwah isteri ketika usia perkahwinan kami baru lebih setahun dan baru menerima kelahiran cahaya mata pertama.
“Saya reda dan perlu lebih kuat untuk menjaga anak pertama kami ini walaupun dia tidak sempat rasa kasih sayang ibunya. Saya juga berharap keluarga dapat mendoakan dan beri semangat kepada saya,” katanya.
Jenazah Allahyarham Izzati Najah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Tengah, Pendang dekat sini pada pukul 12 tengah malam semalam selepas selesai proses bedah siasat.
Menakala memetik petikan berita di Harian Metro, kakak iparnya turut berasa sedih di atas permergian Izzati Najah dan turut memaklumkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pada Julai lalu.
“Sedih kerana mereka (Izzati Najah dan Aiman Zuhaili) baharu menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 19 Julai lalu dan kedua-duanya teruja menanti masa untuk menimang cahaya mata sulung.
“Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya dan mahu atau tidak, kami sekeluarga perlu reda malah bersyukur kerana dapat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ketika doktor membuat panggilan video sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pada waktu-waktu begini biasanya kita kaum ibu sudah mula sibuk mengemas rumah untuk persiapan menerima tetamu.
Kalau boleh semuanya ingin terlihat rapi dan bersih, habis semua habuk Kita akan lap bersih sama ada di lantai, di bahagian kipas angin, tingkap malah hingga ke bahagian siling rumah.
Tapi bagaimana pula dengan karpet? Sudah memadai sekadar di vakum sahajakah untuk pastikan bebas habuk dan bersih?
Sebenar ada cara lebih efektif yang boleh kita lakukan dan ianya mudah sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Air panas, 2 sudu makan geram dan 1 penutup cecair Dettol.
Manakala untuk mengetahui cara penyediaannya dengan lebih detail, jom semak apa yang dikongsikan oleh Puan Syarifah Farhana Syed Fadzil. Menurutnya, ilmu ini diperolehi daripada seorang bibik.
TIP MOP KARPET (bukan lantai taw)
Siapa yang pernah mop karpet? Kelako kan mop karpet? Fana tau karpet bole mop dari sorang maid nie, bila dia mop karpet, Fana tanye dia(karpet boleh mop ya?) Iya boleh la puan kasi habuknya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman)
So dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oiiii macam nak tercabut jantung kak pana.tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih gilerrzzz bebas kuman parasit bagai.
Korang cuma masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk ke what eber la, fana masak dalam periuk beso pasal tak ada cerek, almaklom la kitewww pakai coway. Korang masak agak agak banyak nye tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lagi bagus.
Pastu dah didih korang curah ke baldi mop, bebaik dik eah air mendidih tu kang tak pasal korang saman Fana yang ajar main air panas. Pastu letak garam dalam 2 sudu makan dan 1 tutup pure detol, jangan korang pakai sabun mandi jel detol pulak eah.
Pastu korang perah mop tu kekuat jangan sampai ada air menitik, eah jap jap jangan perah pakai tangan tau.pastu korang menari menari zumba la atas karpet tu dengan mop korang hokey ada paham???
P/s: Time mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh tenyeh sikit kat karpet tu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe latte nye air mop korang. *KALAU dapat beli la mop baru yang putih gebu gebazzz khas untuk karpet sahaja, Fana beli kat Eco jek rm4. Kalau dapat la kan jangan campo mop yang kita dok mop lantai eah.
Oat adalah antara bijirin yang paling sihat di bumi. Ia adalah bijirin bebas gluten sepenuhnya dan kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang hebat.
Kajian menunjukkan bahawa oat dan oatmeal mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ini termasuk membantu penurunan berat badan, menurunkan paras gula dalam darah, dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Instant oat dan quick oat, makanan yang tinggi proses sebenarnya. Kadar kenaikan gula dalam badan anak akan sangat drastik bila ambil quick dan instant oat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.