Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik anak. Ada yang menggunakan pendekatan lembut tak kurang juga yang memilih cara yang tegas. Namun apa pun cara, itu adalah kerana mahu melihat anak-anak menjadi manusia berguna dan berjaya apabila dewasa kelak.
Bagi pelakon dan pelawak, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, bapanya seorang yang tegas dan ia menjadikannya lebih inspirasi untuk berjaya. “31 Disember setiap tahun, selamat ulang tahun Abah…
“Wajah yang bila aku lihat , terbayang, dah aku sentiasa ingat untuk membantu aku terus rasa semangat ..
Berkongsi kenangan dan kisah ketika waktu kecil, Achey dalam pada itu turut mendoakan kesejahteraan ayahnya
“Semoga abah terus dalam lindungan Allah, sentiasa sihat dan di berkati setiap detik yang abah lalui. Terima kasih mak kerana sentiasa di samping abah ..
“Aku ingat paip getah, kayu 2’4 , ekor anak pari, rotan halus, dan penampar sulong Abah yang menjadi inspirasi setiap langkah kejayaan ku kerana aku percaya ketika abah berbuat demikian dia semai dengan doa harapan untuk aku menjadi manusia yang baik.
“Walaupun hakikatnya anak abah ni kurang cerdik. Achey sayang abah!” jelas anggota kumpulan Bocey itu yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Achey memuat naik beberapa foto bapanya.
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah bergelar anak sulung, lebih-lebih lagi jika anda mempunya adik-adik yang masih kecil. Anda mungkin terpaksa menjadi ‘dewasa’ sebelum usia dek kerana perlu memikul tanggungjawab termasuklah menjaga adik-adik.
Maklumlah, anak sulung ni kadang, ada ‘ragam’ dia sendiri bila dia dah dapat adik.
Ada 5 ‘ayat keramat’ yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah ‘pencabar’ baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.
Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.
Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh praktis kepada anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Pereferably, start 3 tahun ke 4 tahun ke atas. Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana ‘egonya’ lentur dan tiba-tiba, dari jadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah jadi ‘PELINDUNG’ adik-adik.
=========================
1. SITUASI BEREBUT BARANG
=========================
Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi.
Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati, cemburu dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang.
Guna ayat keramat, “Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang..” Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang obviously takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya ‘bercakap’ dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu.
Selalunya, lepas suruh adik ‘minta izin’ untuk guna sesuatu barang, automatically Kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.
Tak perlu berceramah pada Kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-kakak untuk jangka panjang. Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini.
Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.
==============================
2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT
==============================
Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM dengar adik jerit.
Ya lah, selalu bila adik jerit mesti ibubapa serbu dan terus salahkan anak sulung, kan?
So, jeritan adik sangat memberi ‘ancaman’ yang build ‘tense’ dalam diri Kakak. Tense ni lama-lama akan buat Kakak benci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.
Maka, kakak dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak yang lebih selesa ‘menjauhkan’ diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?
Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang kacau.
Jadi, guna ayat keramat “Adik, cakap baik-baik dengan Kakak..” Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, “Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik..”
Adik yang menjerit menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak yang dengar ayat keramat tu pun, automatically akan mula ‘lembut’ dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?
“Anak faham ke reverse phsychology macam ni…?”
Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.
==============================
3. SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK
==============================
Ni antara ayat yang paling selalu saya guna.
Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi Kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA.. “Adik, Adik dengar cakap Kakak ya..” Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si Kakak. Contohnya, “Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya..”
Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.
Automatically, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.
==============================
4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/SEDIH HATI
==============================
Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan ‘bawa diri’. Simple, sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya.
Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.
Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. “Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH..” atau
“Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya..”
By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.
Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.
Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk ‘move on’ dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya.
Kadang-kadang, time kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.
Anak sulung kita dah pandai ‘kecil hati’ dan pandai ‘buat judgment’ samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.
Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, simply JELASKAN dengan simple keperluan adik dan minta adik ‘minta maaf.’
“Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sekejap, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?” Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan Kakak. Sambil beritahu kepada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.
Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, “Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar..”
Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa ‘hak’ dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam ‘hak’ dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.
==============
KESIMPULAN
==============
Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?
Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku ‘perebutan’ meraih cinta dan perhatian ibubapa.
Tapi yang penting, kita ni parents WAJIB attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu. JANGAN ya.
HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah attend adik dan janji nak attend kakak pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA ‘BISANYA.’ Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berhenti kerja dalam zaman sekarang mungkin memerlukan anda berfikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan. Ia bukan satu perkara mudah kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu?
Jika anda sudah pun mendapat kerja baru di tempat lain, mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Namun sebaliknya jika anda baru mahu mencari atau mendapat pekerjaan yang lain. Sudah tentu banyak persoalan yang perlu dipertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja.
Nah, kena fikir masak-masak dan ini empat perkara penting yang perlu anda titikberatkan sebelum berhenti kerja.
1.Keperluan Kewangan
Dalam apa jua situasi, kewangan seharusnya menjadi perkara utama. Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi sekarang. Pasti anda sudah memiliki beberapa aset seperti kereta dan rumah yang memerlukan pembayaran secara konsisten setiap bulan. Pada peringkat awal, mungkin wang simpanan boleh membantu tetapi secara tidak langsung ia tetap menambahkan bebanan.
Apabila terdesak, anda mungkin akan menerima apa jua jenis pekerjaan dan berhadapan dengan krisis kerjaya. Jadi jangan terburu-buru, sebaliknya buat perancangan sebaik mungkin. Anggap kerjaya sekarang sebagai tabung sambil mencari pekerjaan yang diidam-idamkan.
2.Cari Kegembiraan Dalam Pekerjaan
Bukan mudah untuk seseorang mendapat kerja yang diidam-idamkannya.ibarat bulan jatuh ke riba kaedahnya. Namun, jika sebaliknya jangan putus asa atau tetap menanti. Jika ada tawaran lain yang datang, jangan terus tolak bagi memastikan anda tidak menganggur dan dapat menanggung perbelanjaan diri.
Sebenarnya ramai yang senasib dengan anda dan berhadapan dengan dilema. Namun begitu, jangan bersedih sebaliknya cuba bekerja keras serta berfikiran positif. Buangkan rasa kecewa dan cuba bersyukur dengan rezeki yang diterima. Ia sedikit sebanyak akan membantu menjadikan mood kerja anda bertukar lebih baik. Mana tahu, lama-kelamaan anda akan jatuh cinta dengan kerjaya tersebut.
3.Lakukan Perancangan Terbaik
Jika anda mempunyai matlamat dalam pekerjaan yang diinginkan, gunakan masa lapang sebaiknya dengan mencari pelbagai informasi yang diperlukan. Proses mencari pekerjaan ideal memerlukan anda untuk melakukan sedikit penyelidikan. Kumpul sebanyak mungkin informasi tentang pekerjaan mahu pun syarikat tertentu agar anda sentiasa bersedia jika ada jawatan kosong.
Sudah menjadi lumrah, peringkat awal adalah begitu sukar untuk mendapat pekerjaan yang dimahukan. Bagaimana pun pengalaman pasti akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.
4.Lakukan Apa Yang Diminati
Setiap daripada kita sudah tentu mempunyai impian masing-masing yang ingin dicapai. Kenal pasti apakah ia dan bagaimana impian itu mampu direalisasikan. Walau pun begitu, ramai di antara kita yang hanya memasang angan namun tidak sanggup mengejarnya. Mereka lebih sanggup mengikut apa sahaja yang terhidang di hadapan mata tanpa mahu memikirkan perubahan yang mungkin menyusahkan diri sendiri. Jangan lepaskan impian itu namun dalam masa yang sama harus menjaga kerjaya sekarang agar tidak memudaratkan diri di kemudian hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.