Pakai Tudung, Siap Menyanyi Lagi! Ramai Setuju Gelagat Uwais Sama Macam Arwah Siti Sarah

Share

Sebelum ini tular tentang adik Miza yang mempunyai wajah yang seiras dengan Allahrayhamah Siti Sarah Raisuddin. Lebih-lebih lagi setelah memakai tudung seperti gaya arwah, sememangnya sama!

Baru-baru ini, anak kepada Siti Sarah dan juga pelawak terkenal Shuib, Uwais Al-Qarni yang tampil memakai tudung telah mencuri perhatian warganet.

Video yang dimuat naik oleh Shuib di laman Instagram itu mempamerkan Uwais yang ketika itu sedang bergurau senda bersama ibunya, Watie Hanifiah.

Watie kedengaran sangat terhibur dengan telatah anak sulungnya itu yang kelihatan seperti seorang perempuan ketika mengenakan tudung yang berwarna hitam.

Lebih mencuit hati, Uwais juga sempat menyanyikan lagu Sial nyanyian asal Mahalini dengan gaya yang melucukan!

“Ade ade je Waissssss niiii, perangaiiii sebijikkk” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, ramai terhibur dengan gelagat Uwais. Bukan hanya wajah, malah perwatakannya juga disamakan dengan arwah Siti Sarah.

Sumber : Instagram Shuib

IKLAN