Pakar Lanskap Ini Tunjuk Cara Tanam Dan Menjaga Bunga Kertas Supaya Jadi Lebih Merimbun.

Share

Nak rumah cantik, nak keluarga bahagia dan nak hidup tenang tanpa stress pastikan hidup dengan aura positif. Begitu juga jika nak rumah cantik, kena rajin mengemas, kena rajin jaga halaman dan semuanya kena rajin.

Jika nak halaman penuh dengan bunga-bungaan kena rajin tanam pokok. Tapi kena ada ilmu. Bukan main terjah je nak tanam itu dan ini. Kesian pokok mati begitu aje.

Bagi nak berjinak-jinak nak tanam pokok bunga, Cita-cita nak cantikkan halaman rumah, apa salahnya belajar cara ni.

Menarik perkongsian daripada yang pakar, memang kena tahu. Nano Nursery ni ada caranya nak tanam pokok. Pilihan pokoknya adalah pokok bunga kertas. Nampak simple ajer, tapi nak buat pokok ini merimbun dan tumbuh dengan bunga yang lebat ada caranya.

Apa lagi ikut cara pakar ini.

“Saya tunjukan cara tanam bunga kertas yang rimbun boleh cuba kat rumah.”

Ikut gambar ini untuk rujukan

Letak pokok bunga kertas yang dah hidup kat tempat matahari penuh ya tak mau tempat redup. Tanam dlm bag/ pasu yg sesuai. Saya guna tanah campur. Nak guna tanah lain pun boleh tak kisah
Letak kayu kat tengah2 sbgai sokongan. Naikan pokok ke atas lilit kat kayu
Ambik tali/dawai ikat bahagian bawah
Ikat pulak bahagian atas macam dalam gambar
Ikat kemas-kemas.
Bila bunga dh habis gugur potong ranting pokok
Biarkan togel mcm ni. Lepas trim mesti buh baja
Baja tayam (baja tahi ayam) untuk tumbesaran pokok
Baja tayam campur baja 12+12 ( macam dlm gmbr) gaulkan sekali pon tak pe baja tu. Pakai baja bunga kat kedai tu pon boleh jugak tapi mesti campur dgn baja tayam. Lepas baja mesti siram ye bagi baja merasap ke tanah. Kalau tak hujan hari-hari  kena siram ye
Pokok akan tunas baru dan keluarkan bunga
Tengok tunas banyak kuarkan, kena rajin potong/ trim n baja, Baja pokok 2 minggu sekali.Ulang lagi proses tadi bila bunga dah gugur ye
Nanti pokok akan jadi macam ni
Bila dah rimbun!

  Wow mudah ajer. Yang penting kena rajin. Apa lagi, ilmu tanam pokok bunga kertas dah tahu. Jom kita tanam pokok minggu ni.

Selamat mencuba!

Sumber: Nano Nursery

IKLAN