Bagi wanita yang berkerjaya, pasti bab masa sangat penting memandangkan terpaksa memastikan urusan keluarga dan kerjaya seimbang. Justeru, kehadiran pembantu rumah amat penting dalam membantu membereskan segala urusan di rumah terutama dalam menjaga anak-anak.
Namun, ada antara ibu bapa yang mengalami kesulitan bila mana pembantu rumah berhenti atau tamat kontrak menyebabkan urusan anak-anak terpaksa dilakukan sendiri.
Itu yang dirasai oleh pelakon dan usahawan Betty Rahmad dan suami apabila sudah beberapa minggu tanpa pembantu rumah, tetapi mereka tetap melakukan yang terbaik untuk anak mereka.
“My world, my bestfriends, my everything. Alhamdulillah setelah beberapa minggu maidless, dah ada rutin baru dalam hidup kami. And we loving it.
“Nasib baik lah sebelum ni saya bukan lepas tangan sepenuhnya pada helper. Menu makan wira, timetable wira, lauk pauk mummy daddy dan kerja rumah saya dah ajar dan tetapkan. So takde lah gelabah,” kongsi Betty dalam satu perkongsian di Instagram miliknya.
Ads
Menurut Betty lagi, bukan setakat rutin baru tetapi juga dia sangat seronok melihat sikap suaminya yang turut membantu menjaga anak dan mengemas rumah.
“The best part bila tengok husband tolong jaga anak & kemas rumah. Alhamdulillah syukur dapat partner yang sangat membantu.
“We’re good its just mummy tak boleh nak focus kerja. Doakan dapat nanny yang boleh layan @ardywira_ main,” tulis Betty yang berharap mendapat pembantu rumah untuk membolehkan mereka lebih fokus kepada kerja.
Ads
Awal Oktober yang lalu Betty berkongsi cerita mengenai pembantu rumahnya yang meminta izin untuk pulang ke kampung. Biarpun tidak dibenarkan memandangkan pandemik COVID-19 masih belum reda, namun pembantu tersebut tetap berkeras.
Ads
Officially Maidless Sedihnya bangun tidur harini our helper dah takde. Sedih, dissapointed. Tak sangka. The reason why she left because dia nak balik kampung this month and we all tak bagi. Bukan sengaja tak bagi, with this covid yang tengah teruk sekarang macammana lah nak balik & masuk sini balik.
Dan dia nak ikut “jalan belakang” naik kapal haram. Lagilah me and husband tak agree. Permit pun baru renew. Kita mintak dia balik January depan bila covid semua ni dah reda so balik dengan selamat naik flight & datang pun naik flight. Bukan secara haram.
Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk & ganti untuk kami. Anim, saya tau kamu akan baca ni, terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu bahagia dengan keputusan kamu 😔
Sukar buat seseorang untuk menerima orang baharu untuk menjadi ahli keluarga. Dalam hal ini, anak Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, melembutkan hati untuk menerima Muhamad Sufian sebagai ayah tirinya.
Dayini, 25, merupakan anak daripada perkahwinan Mas Idayu dan bekas suaminya, pelakon Aman Graseka. Perwatakan Muhamad Isa yang mempunyai sifat kebapaan yang tinggi adalah sebab utama Dayini menerima kehadirannya dengan hati dan minda yang terbuka.
Anak Ratu Dangdut itu bukanlah mengalir air tangisan sedih pada hari perkahwinan ibunya tetapi tangisan bahagia kerana ibunya bertemu jodoh selepas 16 tahun berseorangan.
“Berbanding kenalan-kenalan lelaki Mommy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh ‘ngam’ bersama mereka. Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa. Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya” kata Dayani.
“Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan. Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain. Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” ujarnya lagi.
Tahniah diucapkan buat pelakon Atikah Suhaime yang kini mengumumkan hamil anak pertama.
Menerusi perkongsiannya di Instagramnya, Atikah memuat naik gambarnya dengan menampakkan baby bump yang semakin ketara.
Menerusi perkongsiannya menerusi Kosmo Online, bakal ibu ini memilih untuk menyembunyikan mengenai berita kehamilannya itu yang kini sudah mencecah empat bulan kerana bimbang akan dikecam.
“Pada saya waktu itu terlalu awal untuk membuat pendedahan dan pelbagai perkara boleh berlaku. Saya juga bimbang jika kongsikan berita terlalu awal, nanti netizen akan mengecam atau mendoakan yang tidak baik.
“Sejujurnya saya agak trauma apabila ada yang mendoakan tidak baik kepada ketika melangsungkan perkahwinan dahulu dengan mengatakan perkahwinan kami tidak bertahan lama.
“Tetapi saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana pengikut di media sosial semuanya mendoakan yang baik-baik buat saya dan tiada komen benci saya terima,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai persiapan bayi, Atikah berkata dia tidak merancang untuk membeli barangan di luar negara untuk menyambut kelahiran anak pertamanya, sebaliknya mahu fokus pada keperluan asas bayi termasuk dirinya selepas melahirkan.
“Bagi saya, tidak perlu untuk berbelanja besar atau beli terlalu banyak barang untuk bayi kerana bayi ini cepat membesar. Tetapi, saya yakin suami saya mungkin akan mewahkan anak, tetapi bagi saya persiapan itu tidak perlu terlalu berlebihan.
“Paling penting ialah keperluan asas bayi dan saya nanti untuk menjaganya. Untuk saya, mendapatkan pengasuh yang boleh membantu saya menjaga bayi nanti lebih penting kerana saya tidak mahu membebankan kedua orang tua dan keluarga mentua,” katanya.
Hati mana tak luluh, jiwa mana tak pilu bila insan yang disayang hdup bersama belasan tahun kini pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya dalam keadaan yang mengejutkan. Namun ketentuan Ilahi tak siapa mampu menduga. Itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang kematian isteri akibat kemalangan jalan raya. Walaupun begitu, dia melepaskan dengan reda. Apa yang menyentuh hai bila mana dia memaafkan si pelaku. Itulah yang dikongsikan oleh Siti Nabyelah Ithinin menerusi laman facebook, apabila pemuda tampil bertemu pak cik saudaranya selepas berasa bersalah menjadi punca kematian isteri lelaki itu.
Suasana pilu menyelubungi pertemuan tersebut, lebih-lebih lagi mereka berpelukan dan masing-masing tidak dapat menahan rasa sedih dan mengalrkan air mata. “Ini ka yang melanggar tu?”
“Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik”
“Bukan juga sengaja bah tu…” Seketika ibu saya mencelah.
Dengan tenang pakcik berkata “Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana”
Sebak rasa hati, betapa tabahnya hati pakcik menerima takdir. Sebak juga rasa hati, terlihat jelas betapa takut, menyesal, dan sedihnya anak muda ini. Bila di minta untuk cerita semula apa yang terjadi. Ambil masa yang lama untuk menenangkan diri. Dengan suara terketar-ketar di ceritakan semula apa yang terjadi. Allahu.. X terbayang perasaan anak muda ini pada waktu dan ketika itu. Hingga ke hari ini masih trauma dirasa. Kesimpulan ceritanya, bukan niatnya untuk lari selepas terlanggar. Cuma terlalu panik dan terlalu takut hingga otak tidak lagi dapat berfikiran waras. Tertulis sudah Takdir didalam Qada’ Qadar Nya sejak Azali. Tiada dendam, tiada amarah. Namanya juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Apa yang pasti setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Sabar dan Redha, itulah yang terbaik buat kita sebagai hamba di dunia.
“Pakcik.. saya minta maaf pakcik… “ Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju.
“Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa..” Di usap-usap lembut kepala anak muda itu.
Lalu kedua mereka pun menangis deras. Kami yang di sekeliling juga turut menangis simpati. Simpati dengan nasib yang menimpa kedua mereka. Allahu.. Segera ku capai handphone untuk merakam detik memilukan ini.
Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua di Dunia dan Akhirat. Apa pun keputusan dari pihak polis, semoga tidaklah terlalu berat buat seorang abang yang berkerja keras menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah (ibu ayah tidak ada sejak mereka kecil lagi). Seorang abang yang menggalas sepenuhnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah. Dialah ibu, dialah ayah, dialah abang. Allahu Allah.. remuk hati ini seremuk-remuknya.
Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwah, ROSNAH BINTI HAWA. Moga-moga tenang di alam sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di