Aktor terkenal Fattah Amin sekali kali menjadi perhatian apabila muat naik video penuh emosi dengan memberi hadiah istimewa kepada ibunya dengan kata-kata penuh pilu.
Biarpun video berkenaan adalah simbolik kepada kolaborasi dengan sebuah syarikat, ia telah mengundang pilu netizen apabila video ini mengambarkan seorang anak yang menghargai ibu sebagai wanita pertama dalam hidupnya.
Dalam video berkenaan Fattah memberi sekeping kad kata-kata penghargaan buat ibunya. Antara kata-kata yang mengundang sebak antaranya
“Terima Kasih Menjadi Kekuatan Along. Sayang Ibu”
Video berkenaan bagaikan seakan persamaan dengan cabaran kehidupan yang dilalui Fattah sejak kegagalan dalam perkahwinannya lalu.
View this post on Instagram
Selain itu, kapsyen yang dipaparkan di Instagram miliknya dicoret dengan penuh makna.
“Sentiasa yakin dan percaya rezeki Allah itu luas, bila kita mudahkan urusan orang lain Allah akan mudahkan urusan kita juga”
“Terima kasih @hanumsubri untuk kolaborasi ini. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah selalu.”
NETIZEN DOA KEJAYAAN FATTAH DAN KAGUM FATTAH MULIAKAN IBU
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan sebak melihat cara Fattah muliakan ibunya.
Sumber: fattahaminz