Kalau pergi kedai masakan panas, tak sah kalau tak order sup thai. Masam-masam pedas sup tu memang tak boleh dilupakan lah!
Nak buat sendiri, tak reti pulak! Hmmm……
Haaa ni min ‘belanja’ cara nak buat sup ayam thai resipi khas dari Tini Joe. Memang terbaik! Jom cuba.
Resipi Sup Ayam Thai
Bahan-bahannya :-
bawang merah (hiris)
bawang besar (hiris)
halia (hiris)
bawang putih (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
cili (diketuk)
Ayam
Celery
Lobak merah
Kiub Ayam Knorr
Sup Bunjut Adabi
Garam
Gula
Maggi cukup rasa
Thai Fish sauce
Daun Ketumbar / Coriander
Hirisan bawang besar (untuk masuk last)
Tomato
Daun limau purut
Perahan asam limau nipis
Minyak sedikit
Cara-caranya :-
Ads
1) Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili, dan halia. Tumis menggunakan api medium sehingga naik layu dan naik bau.
2) Masukkan air, tunggu hingga air mula menggelegak, masukkan ayam, lobak merah dan batang celery.
Ads
3) Masukkan bahan untuk perasa iaitu kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, maggi cukup rasa dan sos ikan thai.
Ads
4) Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, tomato, hirisan cili (jika perlu) dan hirisan bawang besar.
5) Siap untuk dihidang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sungguhlah kenangan ketika zaman kanak-kanak adalah zaman yang cukup indah untuk dikenang. Bukan sahaja saat bermain dengan kawan-kawan malah momen membuat biskut raya bersama ibu di kampung juga begitu indah. Semuanya mempunyai kisah yang tersendiri. Akan tersimpan rapi di dalam ingatan setiap antara kita.
Umpamanya foto yang dikongsikan oleh Hasrianie Hamid ini, bukan sahaja berkongsi resipi biskut semperit yang kita akui menjadi antara biskut legend setiap kali raya. Bahkan lihat sahaja ruang membuat biskut semperit ini.
Cukup nyaman, di pangkin yang dikelilingi dengan sawah padi, nyata benar-benar menarik perhatian warganet untuk teringat zaman dulu-dulu. Apatah lagi dengan oven yang digunakan, memang nostalgia sangat hingga buat ramai terasa rindu dengan kenangan membakar biskut yang pernah dilalui.
Resipi Biskut Samperit Klasik
bismillahirrahmanirrahim…ramai sahabat minta kongsi resepi samperit cara saya…dulu saya buat berniaga..doakn murah rezeki saya..amiinnn
samperit klasik
1 ketul butter
11/3 cawan gula aising
1 cawan tepung kastad
2cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 cawan cornflakes yang dikisar halus
2 biji merah telur gred A
ceri sebagai hiasan
cara cara :
1. Putar butter dan gula,masukkn merah telur,putar sekejap.
2. Kemudian masukkn cornflakes, masukkn tepung kastad dan tepung jagung. Pukul sampai sebati.
3. Last masukkn tepung gandum…sedikit-sedikit..jangan lebih dari 2 cawan, nanti adunan keras.
Terasa lama juga tidak merasa keenakan cheesekut, maklumlah menu nan satu ini pernah viral dan ramai telah mencubanya.
Bukan sahaja keenakan rasanya menambat selera bahkan cara penyediaan yang mudah menjadikan pilihan menu ini antara menu wajib buat dikalangan ibu-ibu.
Namun buat anda yang belum pernah merasanya, ada baiknya cuba sekali untuk sediakan sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh ayah kepada tiga anak ini iaitu Khairul Abdullah atau cukup dikenali sebagai Super Daddy di kalangan warganet.
Lihat sahaja gambar yang dikongsikan ini sudah membuatkan ramai yang terliur dan tidak hairanlah perkongsian tersebut menyebabkan sekali lagi menu ini menjadi viral di media sosial.
“Bagi nubis yang belum pernah kenal apa itu cheesekut, nah kau tataplah ni.
“Bagi yang pernah buat, korang mesti dah lama tak buat kan? Dulu ni kemain lagi, maklumlah tengah viral. Sekarang ni asyik pengat pisang jer. Dah, esok kau cari bahan dan buat. Benda mudah jer ni.” Tulisnya di rungan kapsyen pada perkongsian terbarunya di facebook.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Jadi usah lihat sahaja gambar yang dikongsikan, jom kita buat dan rasai keenakan rasanya.
Bahan-bahan :
250gm Cream Cheese – lagi mahal lagi sedap.
75gm Butter – sama juga yang mahal sedap woihh.
1/2 cawan gula – cap apa pun tak apa
1 pek Cream Cracker – Hup Seng Cap Ping Pong paling sedap.
2 cawan susu – segar boleh full cream boleh, untuk rendaman biskut nanti.
1/2 cawan Nestum – biasa boleh madu pun sedap.
Sedikit serbuk Milo – serbuk koko tak main okeh.
Susu Pekat atau Sos Karamel
Cara nak buat dia:
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih dan barulah keluarkan dan potong ikut suka hati. Hidang ketika sejuk tau.
Siap.
“Setelah banyak kali buat kek atau cheesekut ni aku dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk nestum. Tak caya cubalah.
“Nikmatilah ia bersama orang tersayang. Kalau kau single dan takde kesayangan, kesian pulak kan. Jadi kau ajaklah kawan kau atau ajak aku pun ok jugak.
“Tapi ingat, makan sorang sepotong jer tau, yang lain kau bagi jiran. Tak elok makan banyak,” pesannya lagi di dalam posting berkenaan.
Peribahasa ada mengatakan ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ dan itulah yang paling tepat untuk menggambarkan betapa dua sahabat baik ini berusaha gigih membuka gerai ‘Pulut & Kopi’ untuk mencari duit poket dan sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana (master).
Bertemankan dengan sebuah van usang dan sekaki payung, dua wanita ini yang dikenali sebagai Nor Fazrina Fazrin Hassan, 27, dan Iffah Irdina, 25 memulakan bisnes yang dahulunya bermula dari rumah kini perniagaan mereka semakin di kenali ramai malah menjadi sebut-sebutan.
Difahamkan dua sahabat ini saling bersahabat baik ketika masing-masing menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Selepas tamat degree pada tahun 2019, mereka mula menjual pulut serta rendang secara online. Mereka juga lakukan COD (cash on delivery) kepada pelanggannya.
Memetik cerita yang dikongsikan bersama mStar disebalik pembukaan gerai mereka, nyata punya kisah yang cukup memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lainnya.
“Bila nak sambung master, kami teruskan bisnes ini…susah juga kalau belajar dan bekerja dengan mana-mana company sebab terikat. Lebih mudah jika bekerja sendiri sebab kita boleh manage masa sendiri.
“Bermula Fabruari 2021, kami beranikan diri buka gerai kecil tepi jalan di Bandar Teknologi Kajang sehingga sekarang. Konsep yang kami ketengahkan adalah ‘old school’ untuk tampilkan kelainan,” jelas Iffad Irdina atau lebih mesra disapa Irdina.
Beli Van Usang RM200
Menurut Irdina lagi, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi mereka pada peringkat awal pembukaan gerai tersebut sebelum berada pada tahap sekarang.
“Mula-mula lagi kami sudah berdepan cabaran, kami naik motor je COD kepada pelanggan. Kemudian bila nak buka gerai, kami ragu-ragu juga. Boleh ke orang terima kombunasi pulut dan kopi. Tapi kami tekadkan juga.
“Kami beli van usang dari jiran dengan harga RM200 secara tunai hasil berniaga. Kami belanjakan RM600 untuk baiki sebab van tu dah tak bergerak tiga tahun. Kemudian beli payung putih untuk kenakan dengan konsep yang kami ketengahkan.
“Bila dah buka gerai, cabaran seterusnya adalah macam mana nak trik pelanggan. Ambil masa juga sebelum dapat sambutan. Kami bekerja keras buat marketing sendiri di media sosial.
“Dan kalau sebut gerai tepi jalan, sudah tentu cabaran utama adalah cuaca. Pernah juga pulut yang dijual tak sempat habis kerana hujan,” ujarnya yang merupakan penuntut jurusan Statistik.
Resipi Dari Ibu, 5 Bulan Belajar Masak
Apabila diajukan soalan berkenaan menu yang dijual di gerai Pulut & Kopi, ternyata ada tiga menu iaitu pulut rendang ayam kuning, pulut rendang daging hitam dan pulut balado bilis petai serta 16 jenis air kopi yang enak.
“Pulut kami masak sendiri di rumah. Resipi dari ibu saya. Kami bermula dengan kosong dan dalam tempoh lima bulan belajar masak pulut. Sekarang menanal lima kg pulut setiap hari dan 10 kg pada hari minggu.
“Rutin kami bermula seawal jam 4 pagi. Selepas selesai masak, kami akan buka gerai dan tutup sekitar 3 petang. Waktu malam pula kami kena masuk kelas. Sememangnya agak meletihkan tapi kamu puas.
“Lebih-lebih lagi bila dapat sambutan, orang ramai boleh terima kombinasi pulut dan kopi. Paling terharu, ada yang sanggup datang dari jauh seperti Melaka, Pulau Pinang, Perak dan sebagainya untuk merasai menu di gerai Pulut & Kopi kami,”ujar Fazrin yang merupakan penuntut jurusan Media Baru dan Visual.
Perancangan Masa Depan
Setelah setahun berniaga tepi jalan, impian mereka untuk membuka sebuah café bakal direalisasikan tidak lama lagi.
“InsyaAllah tahun ini kami akan buka café yang terletak di Bandar Teknologi Kajang.
“Buar orang muda di luar sana yang ingin menceburi bisnes, kami sarankan cuba sahaja dan kena berani. Paling penting cuba jadi kreatif, cari kelainan. Kalau sama susah juga sebab ada persaigan. Dan yakin dengan konsep yang diketengahkan,” ujar mereka lagi.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.