Selain ayam masak sambal atau goreng, keluarga pasti akan kagum apabila anda dapat memasak pelbagai resepi berasaskan ayam ini.

Apa kata cuba aneka resipi ayam masak kukus atau stem.

Patutlah Ramai Share 4 Resipi Ayam Masak Kukus. Cara Masak Pun Mudah Dan Sihat! 

Ayam stim halia versi bujang.

Resepi :
Ayam dipotong kecil
Bawang putih dicincang
Halia dihiris nipis
Minyak bijan
Kicap cair
Sedikit garam
Lada sulah
Semua bahan diats utk perap yer…

Sukatan terpulang pd byk mana ayam yg ingin anda stim.. (klau mcm sy buat ni, bwg putih 4ulas,halia 3inci,minyak bijan 2sudu mkn, kicap cair 2sudu mkn garam sikit sbb kicap tu dh masin)
Perap dlm 15min kemudian stim..
Bila dh msak taburkan daun bawang.
Yeayyyyy siap.

Kredit Resepi : Dia Amyra Yusuf‎

Patutlah Ramai Share 4 Resipi Ayam Masak Kukus. Cara Masak Pun Mudah Dan Sihat! 

IKLAN
Siapa suka makan ayam Stim macam ni? kalau nak resepi,boleh follow dulu ya👆🏻 smoga melihat status ni dimurahkan rezeki sllu. 
ini resipinya ya.
Ayam stim
Untuk Ayam
1 ekor ayam jangan dipotong
2″ halia dihiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
5-7 akar daun bawang ambil pangkal akar shj
3ketul Gula batu
1 besin ais batu
Cara Menyediakanya

1.Masak air dalam periuk secukupnya sehingga boleh menutupi ayam
2.Masukkan semua bahan dan rebus ayam sehingga empuk
3.Angkat dan rendamkan ayam ke dalam air batu seketika
4.Angkat dan keringkan ayam lepastu gantung.

Untuk kicap
2sudu kecil minyak bijan
3sudu besar kicap cair soya
1sendok air rebusan ayam
1inci halia diketuk

Cara penyediaan.
potong dulu ayam,
campurkan semua bahan tuang atas ayam.

Kredit Resepi : Jenny Mesya‎

Patutlah Ramai Share 4 Resipi Ayam Masak Kukus. Cara Masak Pun Mudah Dan Sihat! 

IKLAN

Ayam Stim Halia Chinese Style…bila anak tak sihat menu2 cmni sngt la sesuai berselera sikit dia mkn..moga princess ummi cpt sembuh..pd yg nk try kt bwh ni sy sertakn resepi ye

Ayam Stim Halia Chinese Style menu diet

aym – 1/2 ekor ptg sederhana kecil
bwg putih – 5 ulas (ltk lebih sbb anak x sihat)
halia – 2 inci (hiris nipis besar2)
minyak bijan – 3 sudu besar
kicap cair – 2 sudu besar
sos tiram – 1 sudu besar
lada hitam – 1 sudu kecil (tumbuk halus)
serai – 1 btg (bebak)
kiub pati ayam – 1/2 kiub je

semua bahan ni campak2 je dlm loyang pastu trus kukus smpai ayam masak..dh siap ley tabur daun ketumbar n bwg goreng sikit. Saya izinkan share n mohon semua doakan anak sy cpt sembuh dri demam selsema n batuk..

Kredit Resepi : Nurul Jannah‎

IKLAN

Patutlah Ramai Share 4 Resipi Ayam Masak Kukus. Cara Masak Pun Mudah Dan Sihat! 

Steam ayam sos tiram

Siapa yang suami beli daun ketumbar stok 5 tahun tu, boleh lah try buat steam ayam ni.
Letak daun ketumbar tu banyak-banyak

Resepi dia mudah je
Ayam
Sos tiram
sos blackpepper (kalau takde pakai je blackpepper serbuk tu)
Minyak bijan
Bawang putih cincang
Daun ketumbar (bahagian akar tu saya basuh bersih-bersih letak sekali. Kuantiti ikut banyak mana ayam tu.

Gaul sebati semua, perap jap, lagi lama perap lagi sedap, then kukus sampai masak

Kredit Resepi : Siti Nur Syuhada Jamailludin‎

Selamat mencuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI