Patutlah Ramai Share. Ini Rahsia Masak Kurma Supaya Sedap Dan Daging Lembut.

Share

Terdapat pelbagai resepi untuk hidangan seisi keluarga. Salah satunya boleh cuba resepi ayam masak kurma. Boleh cuba cara ini.

RESEPI AYAM MASAK KURMA
=========================

Bahan-Bahan:
.
1 kg ayam
4 sudu besar rempah kurma ayam
rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
2 cawan santan pekat
2 biji tomato (dipotong 4)
2 biji kentang
1 biji lobak merah (didadu besar)
sedikir air asam jawa
Bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang putih*
5 ulas bawan merah*
2 cm halia*
.
Cara Penyediaan:
.
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa
.
Selamat Mencuba!

Sumber: FB Resepi Masakan

IKLAN