Patutlah Ramai Share Resipi Karipap Roti Sardin Goreng Ni Memang Sedap. Nak Buat Pun Mudah!

Share

Roti adalah hidangan yang sering menjadi kegemaran sekeluarga. Malah sering menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Namun kadang kala, lebihan roti boleh dijadikan hidang istimewa lain termasuk puding roti

Dalam pada itu, sebuah perkongsian yang memaparkan roti sebagai bahan asas untuk membuat karipap celup tepung. Kreatif sungguh wanita ini.

Ikuti perkongsian Puan Masni Bahari ni. Memang sedap makan panas-panas. Boleh cuba resipi ni.

 

Bahan-bahan

Roti, Sardin

Bahan bancuhan tepung

Tepung beras
Tepung jagung
Soda
Baking
Garam

*Bancuh dengan air

Cara penyediaan

Inti sardin:  Sardin tumis dengan cili untuk rasa pedas. 

Bancuhan tepung: Jangan pekat atau cair sangat. Seeloknya buat bancuhan tepung dulu sebelum bahan-bahan lain.

Klim karipap: Roti tu letak inti sardin kemudian klim dengan klim karipap. Tak perlu risau. Jika goreng tak keluar isinya.

Klim grafu: Bagi yang tak ada klim karipap boleh gantikan dengan klim grafu

Celup bancuhan tepung: Lepas boleh celup tepung dan goreng.

 

Siap! Selamat mencuba

IKLAN