Bila sebut memasak pastinya membayangkan hidangan yang lazat serta rasa yang enak. Untuk memasak bahan-bahan asas seperti bawang, cili, gula dan garam adalah wajib ada dalam setiap masakan.
Namun untuk menjadikan masakan mempunyai rasa lebih ‘power’ tentu memerlukan tambahan bahan lain sebagai ‘booster’ penyedap dalam masakan
Ikuti perkongsian oleh puan Syida Dea Lurve’ A boleh jadi panduan untuk masakan harian.
“Rempah ratus bahan-bahan dapur mengikut kegunaan memasing”
1. Oregano nie sedap letak dalam aglio olio. Tp mama byk tibai je letak dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tp jgn byk ya sbb kalau lebih boleh jadi pahit
2, Kalau nak bakar ayam ke, kentang ke nak kasi warna merah2 lawa mcm alala ayam goreng mamak, korg gaul la parika nie. Rasa x pedas langsung. Sedap pon sedap. Kalau anak dah pass capsicum baru boleh guna yg nie ya
3. Paling byk jasa so far. Korg kalau nak buat sauce bolognese yg bau and raaa sebijik mcm sos prego tu, wajib tabur mix herbs nie ok. Rasa and bau dia sgt sedap. Mama campak je dalam sup, dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pon sedap wangi je. Kalau opa x poopoo dua hari, letak nie je confirm lepas tu smooth je
4. Garlic power ni, sedap and ada sikit rasa2 masin. Kalau tgk ing mmg xde salt. Tp rasa dia tu dah boleh menambah flavour. Kalau nak goreng2 kunyit je mama gaul lauk dgn ini lah + kunyit. Sedap bau pon bes. Selain tu mama campak je dalam apa2 yg kena guna garlic kalau malas sgt. Bagus nie superfood
5. Tabur lepas pasta dah siap as garnish. Mama tabur je atas telur, atas kentang putar, atas kuah2 pasta. Sedap and wangi. Kalau jumpa yg fresh lg sedap. tp kalau xde yg nie pon ok.
6.Mama suka letak dalam perapan or apa2 makanan mcm sup, goreng2 sayur..rasa dia sedap and berangin.
7.Immume booster nie. mama guna blackpepper yg powder. Blend kering halus biji2 nie. Setiap kali nak, amik hujung sudu masukkan. Letak dalam masak blackpepper, sup, marinate, goreng gorengan pon sedap. Letak sikit je jgn byk. kang pedas anak x suka pulak
8. Korg mesti selalu je jumpa apa2 pastry yg guna cinnamon kan. Sedap cinnamon nie..dia bg rasa naturally sweet tp x la manis mcm gula. Gaul dgn apple then baked, buat pie, tabur cinnamon and tambah madu pon sedap. mama masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, or pastry. Sedap. Sweet & savoury gittew
9. Kalau buag sayur goreng tgk sayur warna pucat x menarik tu, korg boleh la titis kan sikit sesame oil nie. Bau dia alala2 chinese food. Masuk dalam bubur pon bau alala bubur mcd. Mama guna utk marinate jugak. Nnt bau semerbak. Try!
10. Pilihan pink salt family kami.
11. Madu nie depends pada masing2 la ye.nak cakap yg nie the best pon x sure.tp mama mmg cari madu yg jual kat kedai makanan sunnah and mintak recommendation dari seller. Insyaallah pure honey. Tawakal and doa yg baik2 je la utk anak kan
12. Fungsi mcm cinnamon powder.
13. Lebih tertumpu pd masakan italy mcm pasta or pizza. Lebih kurang mix herbs je tp herbs lain ya. Sedap and wangi!
14. Nie jintan je. Kalau x rasa nak cari, blend ajo biji jintan tu sekali masa blend bebawamg utk spice. Sedap!
15. Pemanis yg paling byk berjasa setakat nie. Guna sikit je pon dah rasa manis dia. Mama letak utk balance rasa masam mcm tomyam and pedas mcm kari. Also as marple dalam pancake ke muffin ke cookies ke. Byk guna masa opa bawah setahun. Lepas setahun guna madu jugak utk natural sweet
Keluarga: Bagi newbie yang baru nak belajar memasak sesuai ikuti panduan ini. Selamat memasak!
Berbelanja ada hadnya, tidak boleh terlalu boros terutama bagi yang memiliki ahli keluarga yang ramai. Tetapi, dalam utamakan keperluan anak-anak, kena juga berjimat cermat dalam pembelian dan membeli mengikut kemampuan kita.
Perkongsian Fieya Badar di facebooknya miliknya ini mendapat perhatian netizen. Menariknya ibu ini siap kongsi tips supaya ikan dan kesemua barang basah berada dalam keadaan baik dan segar. Boleh tahan sampai 3 minggu.
Jom ikut cara yang diajarkan Fieya seperti di bawah ini. Moga bermanfaat untuk anda.
“Sementara menunggu giliran ni ha. Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap-tiap bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.
Untuk barang basah kami peruntukkan RM150-RM200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.
Eh segar ke ikan tu? Eh tahan lama ke? Eh manis lagi ke bahan tu bila masak? Eh masih sedap ke?
Meh nak ajar ye. Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.
Daging
1. Kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasar besar baru sekitar RM24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu, balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis, 1 bekas aku hiris cube. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha..sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.
2. Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.
3. Nak masak, keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatal pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih-bersih. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jagung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.
Ikan
1. Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.
2. Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol, ikan nyok-nyok, ikan pari dan ikan patin, kalau aku beli terus siang dan basuh. Then simpan tanpa bubuh air.
3. Ikan temenung, ikan sardin, ikan sebelah, siang bersihkan dan letak air tenggelamkan ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.
Udang/Sotong
1. Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan.
2. Nak masak sama gak macam aku cakap kat atas tu hokeh.
Ayam/Itik
Tak payah letak air. Kau basuh bersih-bersih. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.
Sekian. Boleh la korang berjimat seperti kami. Kikikiki. Nanti up belah sayur lak.
* Bagi yang bekerja, malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.
* Kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3 jam lebih kalau sorang basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.
Kami shopping kat pasar BM. Setelah duk Penang la. Dulu kat KL kami pegi pasar malam Kampung Pandan/pasar tani pun belambak yang murah-murah. Kat perak kami pegi pasar Kemunting. Ha ikutlah.
Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki. Tiga minggu makan ni 5-6 orang satu rumah. Bajet 150-200.
Kita memang suka dengan haiwan yang satu ini, seronok bila dapat belai bulunya yang lembut ditambah pula dengan sikap si bulus gemar memanjakan diri. Namun, ada kalanya sukar untuk seseorang itu menguruskan kucing terutama sekali apabila sibuk bekerja.
Sehinggakan terlepas pandang perkara penting yang melibatkan kesihatan si bulus. Sebagai contoh, air bekas minuman yang tidak bertukar atau dicuci sehingga kotor berkeladak termasuklah dipenuhi dengan bulu dan juga habuk sekeliling.
Seperti mana manusia, air juga benda asas yang penting buat si bulus. Mendapat air yang mencukupi membantu tahap kesihatan kucing. Justeru, kualiti dan tahap kualiti air yang diminum oleh si comel patut dititikberatkan.
Pernah tak anda dengar tentang masalah batu karang atau masalah buah pinggang pada si bulus disebabkan oleh pengambilan makanan mengandungi garam yang tinggi atau makanan mengandungi pewarna. Selain itu, ada juga kucing yang jenis tidak gemar minum air dalam kuantiti yang banyak mengundang masalah ini.
Buat anda pemilik kucing, usah risau. Jom cuba beberapa tip yang dikongsikan ini. Moga bermanfaat buat si bulus anda!
Perbanyakkan Bekas Minuman
Letakkan lebih banyak bekas minuman di setiap sudut kediaman anda. Selain itu pelbagaikan bentuk, jenis dan warna bekas minuman yang boleh menarik perhatian si bulus. Letakkan satu sudut bekas yang besar dan satu sudut yang lain dengan bekas yang tinggi atau rendah atau boleh juga letak jenis yang berbeza seperti stainless steel, ceramik dan plastik. Ini akan mengundang minat si bulus untuk minum lebih kerap.
Tambahkan Air Pada Makanan
Selain itu menyediakan wet food untuk diberi pada kucing untuk mendapat air yang lebih, anda juga juga boleh menambahkan air pada dry food mereka. Cuma kena pastikan yang kucing menggemari makanan tersebut. Ini cara untuk elak dari kucing berhenti makan. Anda boleh cuba Catit Chicken Dinner yang terdiri daripada 6 jenis variasi berbeza, antaranya Duck & Potato, Salmon & Carrot, Beef & Pumpkin, Tuna & Kale, Liver & Sweet Potato, And Tilapia & Green Beans.
Manakala Catit Fish Dinner pula adalah hidangan petang yang membantu mengisi tenaga mereka semalaman. Terdapat enam jenis variasi ikan lazat untuk menambahkan berat kucing anda. Antaranya perasa Tuna & Carrot, Salmon & Green Beans, Tilapia & Potato, Whitefish & Pumpkin, Shrimp & Green Beans, Crab Flavor & Pumpkin.
Selain itu,ada juga Catit Creamy sejenis snek berkhasiat untuk diet kucing anda yang boleh didapati dalam 4 jenis perasa iaitu Ayam & Hati, Salmon, Makanan Laut dan Tuna.
Drinking Fountain
Selain kaedah di atas, anda juga boleh menarik perhatian si comel minum lebih banyak air dengan menyediakan bekas drinking fountain. Kebanyakan kucing kurang berminat pada air yang bertakung di dalam bekas sebaliknya mereka memilih untuk minum air yang mengalir. Jadi penggunaan drinking fountain amat membantu.
Flower Fountain by Catit ini menggunakan konsep air mengalir yang menarik minat kucing untuk lebih kerap minum air. Ini menjadikan air kencing kurang pekat fungsi buah pinggang yang betul serta membantu mencegah pembentukan kristal yang boleh menyebabkan penyakit saluran kencing.
Catit juga menampilkan 3 tetapan yang berbeza; aliran air yang lembut, bahagian atas menggelegak dan aliran air yang tenang. Justeru, bekas ini sesuai buat si bulus yang cerewet atau memilih.
Kecanggihan pada rekaan dan fungsi bekas minuman ini membuatkan ia antara produk terlaris pilihan semua pemilik kucing. Tetingkap paras air direka berserta lampu LED bagi memberikan pencahayaan pada waktu malam. Kedudukan air yang mengalir pada bahagian atas Petal Top akan memudahkan si bulus menikmati air walaupun bekas ini tidak diaktifkan.
Tidak seperti bekas air lain, penggunaan Flower Fountain ini dapat menjimatkan masa dengan sekadar menukarkan penapis air untuk suatu tempoh yang tertentu. Tiada cucian kerap yang diperlukan. Selain daripada itu, ia menggunakan penapis Triple Action BPA bagi memastikan aliran air sentiasa bersih dan kedinginan air dapat dikekalkan.
Malah, bekas minum seperti Flower Fountain ini dapat membantu di mana setiap molekul air yang keluar dari sisipan bunga adalah air bersih yang disediakan untuk diminum oleh kucing anda. Dapatkan info lanjut di www.catit.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tiga hari berlalu, namun pemergian arwah Abam Bocey masih diperkata. rata-rata mengungkapkan rasa sedih, pilu dan terharu dengan kelebihan yang dimiliki oleh arwah sehingga ramai yang begitu memuliakannya.
Dalam satu perkongsian oleh saudara Mohd Faizul Ikhwan Erusan di facebooknya cukup menjentik emosi. Bayangkan pasangan yang selama ini sihat dan bersama tiba-tiba pergi begitu sahaja.
Sekelip mata dia tinggalkan tanpa sebarang pesan. Pilunya hati hanya Tuhan yang tahu, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Jadi, hargailah pasangan atau insan tersayang yang berada di sekeliling anda kerana kita tidak tahu berapa lama masa yang ada bersama.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Bila mendengar pemergian Abam bocey
Yang mula-mula terlintas dihati saya adalah isteri dan anak arwah.
Bagaimanalah mereka akan hadapi perkara itu.
Melihatkan jumlah yang hadir waktu solat jenazah almarhum abam, siapa yang tak cemburu? Kerana kita yang hidup ini takkan berani bagi jaminan seramai itu orang akan solat pada jenazah kita walau di beri upah. ini seolah-olah memberitahu bahawa Arwah akan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah.ameen Allahumma ameen. Rasa kehilangan oleh kita sebagai peminat akan perlahan-lahan hilang dimakan hari tapi ini berbeza dengan keluarga lebih-lebih lagi Isteri,Ibu dan anak dan adik beradik beliau sendiri. Si kecil yang berumur hampir 6 bulan mungkin tidak akan begitu memahami kejadian ini.
Sahabat-sahabat semua, Kisah ini sepatutnya mengingatkan kita pada pasangan kita yang masih hidup. Tahukah anda, setiap dari kita akan melalui proses yang sama. Cuma samada cepat atau lambat sahaja ianya menjengah. Kehilangan itu pasti, sesungguhnya kematian itu pasti.
Mungkinkah ini ingatan Allah pada saya
Sebenarnya, terkadang Allah hantar mesej itu secara kecil-kecilan pada kita dalam mengharungi hidup seharian-harian, cumanya adakah kita sedar atau tidak sahaja. Kenapa Allah menghantar mesej-mesej ini? Allah nak kita bersyukur pada sesetiap sesuatu yang diberikan kerana kita cepat lalai dan lupa dalam kesibukan yang tiada noktahnya. 2003 mengingatkan satu peristiwa yang hampir sama berlaku pada saya, Cuma bezanya Allah berikan saya peluang kedua iaitu isteri saya terselamat. Mungkinkah ini ingatan Allah pada saya agar mensyukuri nikmati itu.
Selepas 15 hari melahirkan anak kedua kami Syazwan.
Isteri saya mulai batuk teruk dan mengadu kesukaran bernafas. Pada mulanya seperti batuk biasa tapi selang bebrrapa hari batuknya semakin teruk dan nafas mula berombak kencang. Tiba di hospital isteri saya terus di rawat di bilik kecemasan.Didapati bacaan oksigen berada paras rendah daripada yang sepatutnya.Wajah – wajah cemas doktor dan nurse di dalam bilik ICU itu langsung tidak membantu jiwa seorang suami yg sedang cemas. Waktu tu saya sangat kalut.mana nak uruskan isteri yang sakit tenat, mana nak urus newborn baby.
Di sisi isteri ada tong oksigen untuk membantu pernafasannya.
Mundar mandir saya dalam bilik kecemasan hospital sambil mendukung baby kecil di tangan yg sekali sekali menangis kerana turut rasa tak selesa dgn keadaan ayahnya yang tak tenang itu. Kelihatan selepas itu jururawat menolak isteri saya ke bilik X-ray pula sambil di sisi isteri saya ada tong oksigen untuk membantu pernafasannya. Syukur tak lama selepas itu keluarga mertua saya pun sampai untuk uruskan baby dan mereka minta untuk bawa bayi kami pulang ke kampung. Saya pun pulang ke rumah sebentar untuk siapkan keperluan pakaian baby dan sebagainya untuk diberikan kepada keluarga mertua. Dalam perjalanan itu pihak hospital menghubungi untuk saya patah balik dengan segera ke hospital .ada perkara urgent katanya.
pelbagai skrip dalam drama pun mula main di dalam minda Waktu itu tuhan saja yang tahu apa perasaan saya.berbagai perkara buruk mula bermain di kotak pemikiran saya. Kenapa doktor cal urgent? Selamatkah isteri saya? Apa yg doktor nak bgtau saya?. Mulalah pelbagai skrip dalam drama pun mula main di dalam minda saya. Setibanya di hospital saya diminta terus ke bilik doktor. Doktor mulakan dengan nada yang sangat sedih. “Faizul, saya harap awak bersabar dan dengar dengan tenang”. Masa tu….dengup jantung kencang….alamak apa pula ini. “Faizul separuh dari paru-paru isteri awak collapse( tidak berfungsi) kata doctor tersebut sambil menunjukkan hasil X-ray.
Encik Faizul ini kes yang sangat serius dan boleh bawa kematian serta merta.
buat masa ini isteri awak bergantung bantuan oksigen! Saya cadangkan kita uruskan ambulan dan terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Di sini kami tidak mempunyai alatan dan pasukan yang secukupnya bagi merawat isteri awak.
“Please monitor the oxygen level” Awak kena dapatkan nasihat pakar paru-paru mengenai perkara ini dan awak kena bertolak sekarang malam ini juga. Jangan berlengah, silap sikit awak mungkin akan kehilangan isteri. Tuhan jelah tahu bagaimana hati saya bila mendengarkan kata-kata doctor. Badan tiba-tiba jadi lemah, hati celaru dan saya termenung dan jadi bodoh sekejap.
Bagaikan budak kecil saya hanya mengangguk sedangkan fikiran totally blank. Setibanya van ambulan isteri saya di tolak masuk dan saya masih dengar lagi doktor tu dengan tegas mengatakan kepada paramedik “Please monitor the oxygen level” Lemah lutut saya ketika itu. Bagaikan langit nak runtuh ketika itu saya rasakan. Kami tiba di HKl dan dihantar ke wad menjelang tengah malam. Saya cuba menemankan isteri, saya tahu dia memerlukan saya ketika itu.
“baby mana ..baby mana?baby lapar nak susu tu.
Saat itu tubuh isteri saya sangat lemah dan ditambahkan keadaannya yang baru melahirkan. Namun mulutnya sibuk tanyakan “baby mana
..baby mana?baby lapar nak susu tu. Saya hanya mampu menenangkan dgn berkata “baby ok.. baby ok.baby tengah tidur. K.Ngah dah tidurkan baby”. Sambil saya menahan sebak. Jiwa jantan saya sangat lemah ketika itu dan sambil teresak esak saya gengam tangannya dan bisik “anje…apa pun jadi boy nak anje tau,boy sayang sangat kat anje tau”.
Saya gagahkan ucapkan kata2 ini walau saya ini bukan suami yg sering ungkapkan kata2 sayang.
Ini kerana seandainya perkara buruk terjadi…saya nak kalam itu tersemadi bersamanya. Ya Rabb,dugaan apakah ini? Saya jadi takut setiap kali melihat wajah doktor-doktor yang datang memeriksa beliau. kelihatan seperti mereka cuba menyembunyikan sesuatu.
Saya berdoa, Ya Allah, bantulah aku ya Allah, jangan ambil isteri Apabila tengah malam saya diminta untuk meninggalkan wad kerana sudah jauh lewat malam. Saya masih ingat lagi dalam perjalanan pulang saya menaiki kereta semasa itu sambil menangis….berderai-derai airmata. Masa tu saya berdoa pada Allah dan saya masih ingat lagi doa itu sampai sekarang. Saya berdoa, Ya Allah, bantulah aku ya Allah, jangan ambil isteri aku ya Allah. Kasihanilah aku ya Allah. Bagaimana nak aku hadapi ini. Aku tiada daya…aku tiada upaya ya Allah. Aku janji ya Allah, kalaulah dia sembuh, aku berjanji akan menjaga dia sepenuh hati ku.
Aku janji! Aku tidak akan mensia-siakan hidup aku dengan dia walaupun sesaat pun! Dipendekkan cerita, selepas bbrapa hari di HKL isteri saya di pindahkan ke Intitut Rawatan Respiratori Jalan Pahang.di sana beliau di rawat hampir sebulan alhamdulillah akhirnya sembuh sepenuhnya.
Pasangan kita adalah hadiah yang perlu kita pulangkan bila tiba masanya
Selama itu juga setiap petang selepas kerja saya berulang alik ke hospital. Inilah antara memori yang paling tidak dapat saya lupakan sepanjang umur hidup saya. Sahabat-sahabat FB, Jangan sia-siakan pemberian Allah pada kita kerana agak terlambat sekiranya anda ingin berpatah balik. Pasangan kita adalah hadiah yang perlu kita pulangkan bila tiba masanya. Oleh itu pastikan kita melayan dia dengan baik sepanjang umur kita, siapa tahu atas kasih dan rasa syukur kita Allah panjangkan rezeki kita hidup berpasangan dengan dia.
Always treat her/him well and say thank you for being your life partner. Dia mungkin tak hensem
Dia mungkin tak cantik
Dia mungkin tak kaya atau tak sebijak pasangan orang lain Tapi dia itu eksklusif bagi kita dari ALLAH! Dia tu customed made khas dari Rabbul Jalil! Jagalah dia dengan kasih sayang dan penuh ehsan. Always treat her/him well and say thank you for being your life partner. Usahakan apa yang dia suka dan elakkan perkara yg boleh merosakkan hubungan antara suami isteri. Tell her/him how much you love them dan beritahulah betapa berharganya mereka dalam hidup anda!
Sesekali bila terjaga di tengah malam,gengamlah erat tangan mereka yang hangat itu kerana di takuti suatu ketika nanti tangan itu sejuk dan diam membungkam. Syed Umar Mokhtar,
Semoga Allah ampunkan semua dosamu dan beri syurga Firdaus buat dirimu.
kematian mu sangat kami cemburui! Share sekiranya bermanafaat pada yang lain Faizul Ikhwan
Rindu Abam Bocey Inilah kali pertama saya menulis sambil sebak dan bergenang airmata. Semoga mesej saya sampai pada setiap jiwa yang membacanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.