Suami selalunya kalah dengan orang yang dicintainya. Sekali isterinya yang dicintai kenyitkan mata atau membelai manjanya, terus lemah-longlai kaki mereka. Selain itu, isteri juga boleh kejutan dengan memberikan hadiah kepada suami. Hadiahkan sesuatu yang anda mampu dan dia menyukainya. Beritahu dia itu adalah hadiah kerana dia selalu membantu dan menyayangi tanpa syarat. Dia pasti akan rasa sangat dihargai.
Buktinya memang dah ada! Qaabila Deena Amir, Isteri pelakon terkenal, Saharul Ridzwan jumaat lalu telah memberi kejutan kepada Saharul dengan memberi hadiah motorsikal berkuasa tinggi. Pandai isteri Saharul pikat hati suami.
Ads
Sweetnya pasangan ni
Saharul melahirkan rasa syukur dengan pemberian isteri tercinta. Sempat berseloroh katanya, “Lepas ni senang nak pergi beli barang dapur kan?”.
Ads
Sementara peminatnya memberikan ucapan sempena harijadinya dan mendoakan pasangan serasi ini bahagia ke akhir hayat.
Semakin berusia semakin cantik, itulah pujian yang boleh diberikan kepada pelakon Laila Nasir. Dalam usianya yang sudah memasuki separuh abad, dia sangat rajin dan begitu mementingkan penjagaan kulit wajah.
Tatkala diminta berkongsikan rahsia kecantikan, ibu kepada dua orang anak lelaki ini jujur mengakui tiada petua khusus yang menjadi amalannya. Sebaliknya, dia hanya menggunakan cara biasa seperti iaitu minum air suam setiap pagi.
“Selain itu, saja juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengen air masak setengah gelas.
“Saya juga rajin ambil jus pegaga yang dikisar sendiri. Dalam usia begini juga saya tolak terus untuk minum minuman berais dan air bergas,” ujar Laila yang masih lagi keihatan cantik dan sihat dalam usia begini.
Tambahnya lagi bagi menjaga kesihatan tubuh badan pula, dia rajin lakukan señaman ringan di rumah saja.
Kecantikan anugerah Allah
“Sudah masuk usia 50 an ini kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, akan pakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.
“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda.
“Bagi saya kecantikan ini adalah anugerah Allah kepada kita, jadi amanah kita menjaga kecantikan diberi sebaik mungkin.
“Jangan menyalah gunakan kecantikan dan hati kita pun kena cantik maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya. Ini kerana saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelasnya memberitahu bukan semua orang ada aura cantik itu.
Jangan bangga dengan paras rupa cantik
Laila turut mengingatkan supaya jangan rasa bangga dgn kecantikan paras rupa kerana kecantikan rupa tidak akan kekal ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam.
Laila yang juga ibu tunggal selepas kematian suami tercinta lapan tahun lalu berkata ia bukanlah perjalanan dan pilihan mudah. Namun bagi dirinya, menjadi kuat ibarat hanya pilihan yang tinggal.
Malah melihat dua anak di sisi membesar, pelakon watak Mona dalam drama rantaian fenomena Nur di TV3 itulah ibu dan pada masa sama bapa untuk heronya.
Anak Suntik Semangat
“Pada awalnya agak sukar sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga.
“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasib baik kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa.
“Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung,” kata wanita kelahiran Machang, Kelantan itu.
Skeptikal gelaran ibu tunggal
Tambah pelakon filem Bayangan Maut dan Harry Boy itu, dia sendiri akur skeptikal gelaran dirinya sebagai ibu tunggal dengan pandangan serong mata masyarakat.
“Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.
“Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anak dan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.
Jadi Pemangkin Semangat
Baru menjadi antara penerima anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu yang mengangkat anak jati negeri itu yang berjaya dalam dunia keusahawanan, Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014.
“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang mengusahakan T’Lasabella Perfume by Lailanasir dan T’Lasabella Kitchen by Lailanasir.
Hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, bulan Syawal akan meninggalkan kita. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk membuat rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim di antara kita.
Namun kejadian yang berlaku baru-baru ini agak mengecewakan apabila seorang wanita terjumpa sepasang kembar yang sedang menangis di dalam sebuah kereta Perodua Aruz.
Kisah ini dikongsikan oleh Nana Nados di akaun Facebook miliknya, di mana beliau memaklumkan mendengar tangisan dua kanak-kanak yang didakwa kembar di dalam sebuah kereta Perodua Aruz di Taman Kajang Impian.
Setibanya beliau ke kereta tersebut, beliau memaklumkan sempat memberikan air kotak untuk menenangkan dua kanak-kanak ini.
Wanita ini terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk bertemu ibu bapa, datuk dan nenek mereka kembali semula ke kereta selepas beraya ke rumah terbuka berdekatan.
Dimaklumkan penjaga kepada dua kanak-kanak ini sekadar mengangkat tangan dan senyum kepada wanita ini kerana membantu. Walau bagaimanapun, reaksi berbeza daripada ibu kanak-kanak ini yang didakwa seolah tidak mengendah perkara yang berlaku.
Perkongsian yang dibuat wanita ini telah mendapat perhatian para netizen di mana rata-ratanya menyelar tindakan penjaga dua kanak-kanak ini.
Malah, terdapat netizen yang mencadangkan agar wanita ini membuat laporan isu pengabaian kanak-kanak pada pihak yang bertanggungjawab.
Di ruang komen, ramai yang berharap agar ibu bapa serta penjaga kanak-kanak agar lebih mengambil serius berkenaan perkara ini kerana apa sahaja boleh berlaku lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut bertindak di luar kawalan.
Semoga kisah ini menjadi ikhtibar kepada masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.