Tidak dinafikan soal pantang selepas bersalin banyak pendapat. Ada yang kata  perlu dan sebaliknya.

Namun, apa cara sekali pun, pantang sahaja amalan yang dilakukan selepas bersalin haruslah melibatkan hal yang tidak memudaratkan kesihatan ibu baru melahirkan anak.

Bagi Dr ini, beliau punya pendapat tersendiri mengenai amalan berpantang. Nak tahu caranya yang menjadi viral dengan perkongsian lebih 9K, apa kata ikuti perkongsiannya ini.

PANTANG MODEN?

Dr Erna ni moden la, pakai seluar je lepas bersalin. Dr Erna makan apa masa pantang ni? Dr Erna tak sakit jalan sana sini ni?

Alhamdulillah. Kali ni saya dah dapat banyak ilmu yang betul tentang kesihatan selepas bersalin. Masa kandungan pertama, 6 tahun lepas, memang stress dari lepas bersalin sampai ke sudah sebab banyak betul ini boleh ini tak boleh, kena buat begitu begini yada yada yada. Sampai hampir kena postpartum depression lah masa tu.

Jadi, kali ini saya dan suami pilih untuk buat dengan cara yang betul. Selama 3-4 tahun ini saya sendiri selalu bagi ilmu tentang kesihatan berdasarkan ilmu perubatan yang saya belajar, takkanlah saya tak ikut, kan?

Ok, mari kita belajar tentang penjagaan betul selepas bersalin.

Yang penting postnatal aka selepas bersalin adalah :

Patutlah Viral Cara Dr Ini Kongsi Pantang Selepas Bersalin. Mudah Faham Dan Superb!

1. Pantang bersama suami
2. Pilih kaedah perancang yang sesuai
3. Makan makanan seimbang
4. Banyakkan bergerak
5. Pakai stokinette jika bersalin secara csec
6. Makan ubat (jika perlu)
7. Banyakkan minum air masak
8. Tidak angkat yang berat berat melebihi berat anak
9. Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam & gula
10. Tahu akan alahan diri sendiri. Jika ada alahan pada telur atau makanan laut, elakkan seumur hidup, bukan hanya selepas bersalin.

Perlu diingat kesihatan perlu dijaga seumur hidup, bukan hanya selepas bersalin sahaja. Sebab itu saya kadang tak faham juga dengan terma pantang, kerana yang perlu pantang adalah pantang bersama suami sehinggalah dah guna kaedah perancang.

Kehamilan perlu dijarakkan.
Untuk kebaikan ibu & anak itu sendiri.
Boleh rujuk posting saya tentang jarak kehamilan.

Menu harian

Patutlah Viral Cara Dr Ini Kongsi Pantang Selepas Bersalin. Mudah Faham Dan Superb!

Ok, mari saya kongsi menu harian saya selepas bersalin ya.

Makan pagi : Roti bakar, nasi lemak, ketupat, roti canai, biskut, mi sup, capati, cereals.

Makan tengah hari dan makan malam : Ikan, ayam, daging, telur. Masak lemak, kari, masak asam, masak kicap, sup, goreng kunyit, rendang, sayur sayuran.

IKLAN

Snacks(in between) : buah orange/epal, biskut, kuih raya, coklat, maruku, kerepek2, kopi o, milo.

Dan air masak 1.5-2 liter satu hari.
Tak cukup lagi ni sebenarnya, jadi kena usaha banyakkan lagi.

Aktiviti sejak hari ketiga lepas bersalin : berjalan ke sana sini, stretching, hari ke-6 dah mula workout sikit, masak, sidai baju, kemas rumah.

Haaa sama saja kan macam sebelum bersalin? Sebab itu saya tak share sangat sebab taktahu apa beza. Bezanya cuma saya cuti bersalin dan perlu beri susu badan setiap sejam dua jam sekali.

Berat pun baru 7-8 kg je turun.
Nanti dah start joging, InshaAllah boleh ni turun lagi. Lek lek sudah. Apa yang kalut sangat kan?

Tradisional

Tak urut? Tak tangas? Tak tungku?
Dari segi perubatan sebenarnya tak ada pun ini semua. Tapi, tak salah pun nak buat. Ini semua adalah reward untuk diri sendiri. Nak manjakan diri sendiri. Ala, macam hari biasa, kita kadang2 pergi spa tu.

Lepas bersalin, kita jadi letih sikit. Satu sebab blood loss masa bersalin. Dua sebab, masa tidur kita pun dah lari. Tiga sebab, posisi kita menyusu badan atau buat kerja atau cara tidur. Semua ni penyebab badan sengal sengal. Kalau kurang air, lagi badan mudah rasa letih.

Jadi, kalau nak urut nak tungku nak tangas, silakan

Sabar & chill

Badan kita perlukan masa untuk tune dengan norma baharu dalam fasa hidup kita. Alah, macam PKP la. Awal2 dulu semua rasa serabut sebab kena duduk rumah, jaga jarak, pakai mask tapi dah lama lama kita jadi terbiasa dah.

IKLAN

Sabar & chill

Kerja rumah pun bukan perlu paksa diri buat. Masak yang simple simple aje. Makan pun yang simple simple aje. In between tu boleh je sambil sambil rehat. Tak siap hari ni, sambung esok.

Luka tempat bersalin tu akan cepat sembuh jika makan makanan tinggi protein. Sebab tu janganlah takut makan ikan, ayam, daging, telur. Tak perlulah bazir beli produk. Makan makanan yanh fresh, ok?

Alhamdulillah saya tiada masalah sembelit. Kena pastikan hari hari makan buah & sayur. Kalau tak, memang akan sembelit.

Minum susu. Ini memang perlu amalkan setiap hari. Lagi lagi untuk ibu yang menyusu badan macam saya. Untuk pastikan kalsium mencukupi. Again, tak perlu produk. Produk tenusu sudah cukup.

Air masak. Ramai yang takut dengan air masak sebab selalu dimomok rahim akan kembang lah buncit lah. Badan kurang air, bukan saja susu badan akan kurang tapi badan juga akan mudah lesu dan kaki mudah kejang juga. Air masak ni tak ada kalori pun.

Ais? Saya minum ikut selesa tekak. Saya minum air sejuk yang chill. Alaa macam kat coway tu ada yang cold tu, saya minum saja bila terasa tekak kering betul lepas menyusu dan cuaca panas. Kalau takut, minum saja air masak biasa. Janji minum sehari 1.5 – 3 liter sehari.

Badan kita yang lepas bersalin ni kadang2 akan rasa kejap sejuk, kejap panas. Sebab perubahan hormon dalam badan kita. Bagi sedikit masa, nanti ok lah tu.

Perihal makan ni kena tahu apa diri anda alah. Jika selama ni anda makan udang, badan jadi gatal, jangan makan seumur hidup. Diri sendiri mesti akan tahu apa yang boleh dan tak boleh makan selama berpuluh tahun hidup. Telur adalah sumber protein terbaik. Jadi, jangan takut untuk makan, jika tak ada alah

Saya tak pakai bengkung kerana bengkung memang tak bagus dari segi perubatan. Bukan saja lepas bersalin, masa lain pun memang tak elok. Dr Yazeed dah pernah ulas tentang ini. Perut yang masih kekal buncit ini akan sedikit sebanyak berkurang bila dah mula bersenam nanti.

Rahim kita akan sendiri kecut dalam masa 4-6 minggu. Rahim akan lebih cepat kecut jika anda menyusu badan. Bertangas atau bertungku tidak membantu mengecutkan rahim. Dan rahim tidak akan sewenang wenangnya jatuh. Boleh rujuk posting saya tentang ‘tombong’ ya

IKLAN

Again, saya nak bagitau yang angin tidak masuk melalui kulit. Jadi, jika anda tak pakai stoking, pun tak apa. Kalau panas, tak perlu pakai. Ikut keselesaan masing2. Tapi bagi mereka yang bersalin secara csec, pakai stokinette sebab nak elak darah beku, bukan sebab takut angin masuk.

Awal awal lepas bersalin, kaki akan bengkak sikit, sebab badan masih proses nak keluarkan air dari badan. Jadi, pakai stoking dan tidur tinggikan kaki sedikit, jangan berdiri lama atau banyak berjalan, kurangkan pengambilan garam. InshaAllah 2-3 hari nanti hilanglah. Misi akan datang lawat kita pun, jika ada masalah, InshaAllah akan terus dirujuk ke hospital.

Nak pakai pilis atau tidak, terpulang.

Saya cuma harap semua orang boleh menghormati orang lain. Janganlah asyik suka kecam cara orang lain.

Saya dah kongsikan dari segi perubatan. Kerana ini bidang saya

Jika and masih mahu ikut cara lama, silakan. Cuma pastikan makanan anda sihat dan minum air cukup.

Jika nak ikut cara perubatan yang betul, lagi bagus.

Yang penting, kita happy.
Kalau ada suara suara sumbang, kita dah kena belajar untuk abaikan. Senyum dan angguk saja. Tak perlu bertekak. Sebab ada orang jenis nak menang saja. Jadi, kita diam & abaikan.

Bincang siap siap dengan suami cara yang anda selesa.

Saya pilih cara perubatan yang betul.
Saya tak pakai kain sebab kalau tak bersalin pun saya tak selesa pakai kain, saya rasa pergerakan terhad.

Again, ikut selesa kita.

Kalau orang kata, tunggulah nanti umur 40, badan ko sakit sakit. Anda cuma diam saja. Senyum.

Sekarang ni, umur 20 pun dah ramai yang sakit. Sebab itu penjagaan kesihatan bukanlah terhad kepada selepas bersalin sahaja tapi seumur hidup kita.

Jika kita pandai jaga kesihatan seumur hidup, kekal aktif seumur hidup, InshaAllah sihatlah kita

Ouh ya, pastikan posisi menyusu dan tidur kita selesa ya. Kalau tak, memang akan sengal sengal badan.

Nota kaki : Mental dan fizikal sama sama perlu kekal sihat & kuat. InshaAllah dizahirkan pada tubuh badan kita.

Kredit:  Dr. Erna Nadia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI