Hari kedua berpuasa di bulan Ramadan, sudah tentu ada yang mencari resipi untuk hidangan berbuka puasa.
Bukan sahaja hidangan utama tetapi juga kuih muih menjadi pelengkap berbuka nanti. Boleh rambang mata jika mencarinya di media sosial.
Namun sudah tentu kita mencari resipi yang viral dan dikongsi oleh mereka yang bertauliah dalam masakan, sudah tentu ada rahsia hidangan menjadi lebih sedap dan gerenti jadi!
Sebagaimana perkongsian guru masakan ini, Muhammad Ali menerusi grup Masak Apa Hari Ini, menunjukkan cara bagaimana memasak Agar-Agar Pandan Santan menjadi lebih sedap. Paling penting resipi yang diberikan mudah untuk dicuba!
Jom ikuti resipi ini.
Resepi Agar- Agar Pandan Santan by Mr.Ali. Yang penting sedap, mudah, rasa berlemak
Blend 4-5 daun pandan + 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan.
Blend daun pandan + air
Kacau sebati 200 ml santan + 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan + telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.
Blend santan + telur. Kalau blend texture lagi halus. Yg ni saya pakai sudu je sebatikan
On api, masukan 4 cawan air + 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana
Ads
Biar agar agar tali mendidih macam ni
Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula + air pandan + santan dan telur + 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.
Baru masukan gula + pewarna + santanKacau dulu supaya tak bergumpal.
Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nk bagi santan dia terpisah dengan air.
Bila dah 1-2 minit. Off api .Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.
Bila dah sebati biarkan ianya mendidih 2-3 minit. Jangan kacau masa ni, sebab nak bagi santan dan air tu terpisah. Lepas 2-3 minit kacau sebati dan off api
Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan. Selamat mencuba
Tuang dalam loyang 8 inci dan setkan suhu bilik selama 30-40 minit baru sejukan dalam peti selama 2 jam keatas.Siap!
Istimewa Ramadan: Kali ini bersama Pa&Ma Superb Huffaz untuk mengisi waktu berbuka anda seisi keluarga. Bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak cerdik Genius Aulad bermula 1 hingga 30 Ramadan pastinya menambahkan lagi keberkatannya.
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Bintang Kecil: Sebab tu kita kena selalu bersederhana dalam semua perkara termasuklah ketika berbuka puasa. Ingat tu kawan-kawan makan berbuka jangan banyak sangat nanti nak terawih mengantuk pulak
Saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara PU RIZ.
Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil @bintangkecilmy
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mashed potato atau kentang putar menjadi antara menu yang digemari oleh anak-anak. Boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai menu pelengkap saat menikmati ayam panggang, chicken chop dan sebagainya.
Rasanya yang lemak dan teksturnya yang halus juga cukup memberi rasa keterujaan untuk sesiapa pun menikmati hidangan nan satu ini.
Jadi apa kata, hari ini anda sediakan mashed potato ini sebagai antara menu istimewa untuk dihidangkan kepada keluarga.
Namun jika ini adalah percubaan pertama anda, ada baiknya follow saja resipi yang dikongsi oleh Muhammad Hanif Ismail Via MAHN ini.
Resipi Mashed Potato
Bahan-bahan:
Kentang
Susu tepung
Mentega
Cara buat :
1. Kulit kentang di kupas dan kemudian dipotong.
2. Rebus hingga empuk.
3. Masukkan mentega ikut citarasa. Lebih banyak mentega, maka lebih lemak rasanya.
4. Lenyek kentang dan masukkan susu tepung. Gaul rata.
5. Adunan yang diadun sempurna dan bolehlah diketepikan.
Bahan untuk sos:
2 ulas bawang besar-dikisar
Sedikit majerin
Serbuk lada hitam secukup rasa
1 kiub pati ayam
Sedikit tepung gandum
Sedikit kicap untuk memberi warna sos
Garam secukup rasa
Cara penyediaan sos :
1. Kisar bawang hingga halus.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam.
4. Pekatkan kuah sos dengan sedikit tepung. Sedia untuk dinikmati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini. Rasa ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua.
Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapurnya masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Justeru, anda boleh mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi Kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak lengkap rasanya jika juadah berbuka tidak disertakan dengan menu pencuci mulut.
Jadi kali ini apa kata kita sediakan puding Karamel yang digemari ramai ini. Enak dimakan sejuk semasa berbuka.
Puding Caramel
Bahan² caramel :
5 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
Cara² :
1. Masak gula api kecil sehingga gula cair dan warna keemasan. Kacau perlahan sehingga sebati & masukkan air panas (hati².. nanti akan meletup² @ merecik..)
2. Tuang dalam loyang dan biar caramel seketika.
Bahan² Puding :
6 biji telur
1 sudu esen vanilla (sy lebihkan sikit)
1 tin susu cair @ sejat
1/3 tin susu pekat (manis sedang² je..)
1/4 cawan air masak
Cara² :
1. Masukkan semua bahan dan blend sekejap sahaja dan tuang ke dalam loyang caramel.
– Kukus 20-30 minit
* Pastikan puding ni betul² sejuk sebelum nak keluarkn drp loyang.. (sy masuk dlm freezer sbb nk bg cepat sejuk)