Patutlah Viral, Guru Masakan Kongsi Tip Masak Agar-Agar Pandan Santan, Rasa Berlemak Dan Mudah Nak Buat!

Share

Hari kedua berpuasa di bulan Ramadan, sudah tentu ada yang mencari resipi untuk hidangan berbuka puasa.

Bukan sahaja hidangan utama tetapi juga kuih muih menjadi pelengkap berbuka nanti. Boleh rambang mata jika mencarinya di media sosial.

Namun sudah tentu kita mencari resipi yang viral dan dikongsi oleh mereka yang bertauliah dalam masakan, sudah tentu ada rahsia hidangan menjadi lebih sedap dan gerenti jadi!

Sebagaimana perkongsian guru masakan ini, Muhammad Ali

menerusi grup Masak Apa Hari Ini, menunjukkan cara bagaimana memasak Agar-Agar Pandan Santan menjadi lebih sedap. Paling penting resipi yang diberikan mudah untuk dicuba!

Jom ikuti resipi ini.

Resepi Agar- Agar Pandan Santan by Mr.Ali. Yang penting sedap, mudah, rasa berlemak

Bahan – Bahan :

( Loyang 8 inci)

– 12 gram agar agar tali

– 4 cawan air

– 4-5 helai daun pandan

– 200ml santan

– 1 biji telur

– 125 gram gula / setengah cawan gula ( Resepi ni saya mmg kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay)

Cara- Cara :

  1. Blend 4-5 daun pandan + 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan.
Blend daun pandan + air

  1. Kacau sebati 200 ml santan + 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan + telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.
Blend santan + telur. Kalau blend texture lagi halus. Yg ni saya pakai sudu je sebatikan
  1. On api, masukan 4 cawan air + 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana

Biar agar agar tali mendidih macam ni
  1. Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula + air pandan + santan dan telur + 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.
Baru masukan gula + pewarna + santan
Kacau dulu supaya tak bergumpal.
  1. Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nk bagi santan dia terpisah dengan air.

 

  1. Bila dah 1-2 minit. Off api .Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.
Bila dah sebati biarkan ianya mendidih 2-3 minit. Jangan kacau masa ni, sebab nak bagi santan dan air tu terpisah. Lepas 2-3 minit kacau sebati dan off api
  1. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan. Selamat mencuba
Tuang dalam loyang 8 inci dan setkan suhu bilik selama 30-40 minit baru sejukan dalam peti selama 2 jam keatas.
Siap!

 

Sumber: Muhammad Ali

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Istimewa Ramadan: Kali ini bersama Pa&Ma Superb Huffaz untuk mengisi waktu berbuka anda seisi keluarga. Bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak cerdik Genius Aulad bermula 1 hingga 30 Ramadan pastinya menambahkan lagi keberkatannya.
Jangan ketinggalan dan teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). N

ak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz

Bintang Kecil: Sebab tu kita kena selalu bersederhana dalam semua perkara termasuklah ketika berbuka puasa. Ingat tu kawan-kawan makan berbuka jangan banyak sangat nanti nak terawih mengantuk pulak

Saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara PU RIZ.

Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!

Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil @bintangkecilmy
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam

IKLAN