Hari kedua berpuasa di bulan Ramadan, sudah tentu ada yang mencari resipi untuk hidangan berbuka puasa.
Bukan sahaja hidangan utama tetapi juga kuih muih menjadi pelengkap berbuka nanti. Boleh rambang mata jika mencarinya di media sosial.
Namun sudah tentu kita mencari resipi yang viral dan dikongsi oleh mereka yang bertauliah dalam masakan, sudah tentu ada rahsia hidangan menjadi lebih sedap dan gerenti jadi!
Sebagaimana perkongsian guru masakan ini, Muhammad Ali menerusi grup Masak Apa Hari Ini, menunjukkan cara bagaimana memasak Agar-Agar Pandan Santan menjadi lebih sedap. Paling penting resipi yang diberikan mudah untuk dicuba!
Jom ikuti resipi ini.
Resepi Agar- Agar Pandan Santan by Mr.Ali. Yang penting sedap, mudah, rasa berlemak
Bahan – Bahan :
( Loyang 8 inci)
– 12 gram agar agar tali
– 4 cawan air
– 4-5 helai daun pandan
– 200ml santan
– 1 biji telur
– 125 gram gula / setengah cawan gula ( Resepi ni saya mmg kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay)
Cara- Cara :
- Blend 4-5 daun pandan + 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan.
- Kacau sebati 200 ml santan + 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan + telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.
- On api, masukan 4 cawan air + 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana
- Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula + air pandan + santan dan telur + 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.
- Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nk bagi santan dia terpisah dengan air.
- Bila dah 1-2 minit. Off api .Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.
- Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan. Selamat mencuba
Sumber: Muhammad Ali
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Bintang Kecil: Sebab tu kita kena selalu bersederhana dalam semua perkara termasuklah ketika berbuka puasa. Ingat tu kawan-kawan makan berbuka jangan banyak sangat nanti nak terawih mengantuk pulak
Saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara PU RIZ.
Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil @bintangkecilmy
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam