Keistimewaan makanan di Malaysia adalah dari kepelbagaian dan keunikannya yang memang susah nak cari sesuai dengan selera. Maka, olahan rasa itu juga sangat penting dalam sesuatu masakan. Kali ini, resipi tauhu begedil yang lebih sihat, tanpa goreng ini sangat sesuai terutamanya kepada kanak-kanak.
Melaui perkongsian daripada Siti Hazneza Abdul Hamid, resipi ini sangat berkhasiat dan lengkap dengan nutrisi. Selain itu, tauhu begedil ini juga memang sesuai dijadikan sebagai kudapan. Jadi, jika anda nak beri makanan yang menyihatkan tapi sedap untuk anak-anak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Satu adunan ini dapat empat puluh biji. Makan malam lengkap dalam semulut: Karbohidrat daripada ubi kentang, protein daripada daging, tauhu dan telur, sayuran, lemak dan minyak”.
Tauhu Begedil
Bahan-bahan:
Tauhu kering
6 biji ubi kentang, kupas dan hiris supaya cepat masak
3 ulas bawang putih
2 cawan air (mungkin boleh kurangkan jika hendak lebih pejal)
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
½ labu bawang besar dicincang halus
½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
½ biji lobak merah dicincang halus
Cara Penyediaan:
– Didihkan ubi, bawang putih sehingga ubi empuk atau ¾ empuk untuk tekstur lebih pejal.
Ads
– Toskan ubi yang sudah empuk. Airnya jangan dibuang dahulu. Jika terlalu pejal/keras boleh tambah air rebusan untuk lembutkan sedikit.
– Masukkan 1 biji telur, 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk lada hitam ke dalam pemproses makanan (food processor). Tidak perlu risau telur tidak masak kerana ubi masih panas dan cukup untuk memasak telur.
– Kisar sehingga halus begini. Nampak gebu dan berkrim.
Ads
– Alihkan ubi yang sudah halus ke dalam bekas yang sesuai untuk ditambah bahan-bahan lain. Jika hendak buat kentang putar (whipped potato), ini sudah siap. Boleh dihidang dengan sos lada hitam.
– Tumis daging cincang dengan ½ labu bawang besar dicincang halus. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
– Masukkan daging cincang yang telah dimasak ke dalam ubi yang sudah dikisar. Tambahkan ½ labu bawang besar dicincang halus, ½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus dan ½ biji carrot dicincang halus.
Ads
– Gaulkan. Cantik bukan, warnanya? Jika hendak dijadikan samosa, boleh balut inti ini dengan kulit popia dan digoreng.
– Belah tauhu goreng, tekan isi tauhu supaya mampat dan masukkan isi pegedil sehingga penuh.
– Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F sehingga garing.
Ikan sememangnya cukup sensitif apabila disimpan lama di dalam peti sejuk. Sifatnya yang berbau hanyir dan mudah kecut membuatkan isinya tidak lagi sedap dimakan jika disimpan terlalu lama.
Namun ada caranya yang ibu patut tahu untuk mengekalkan ikan ini disimpan lebih lama daripada tempoh biasa anda menyimpannya. Jangan terus dibuang ikan ini sebaliknya cuba langkah ini. Caranya mudah sahaja. Cuba tip yang diberikan ini.
Rendam Cuka
Rendaman cuka antara cara yang boleh memulihkan ikan untuk kembali segar. Caranya mudah sahaja, keluarkan ikan daripada peti sejuk dan rendamkan dengan air seketika. Kemudian tuangkan sedikit cuka ke dalam air rendaman ikan dan biarkan seketika.
Rendam Susu
Ini pula cara buat ikan hilang hanyirnya malah kembali segar. Sebaik dikeluarkan daripada peti sejuk, rendamkan dengan air dan letakkan sedikit susu. Biarkan seketika dan lihat hasilnya.
Garam & Kunyit
Tip ini juga boleh dicuba. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit kemudian gaulkan rata.Simpanlah di dalam bekas bertutup. Cubalah sekarang.
Jangan Siang Ikan
Ada yang berpendapat ikan tidak seharusnya disiang terlebih dahulu agar ia kekal segar. Simpan ia ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk.
Bekukan Seperti Ais Batu
Ini menarik. Sebaik ikan disiang dan dibersihkan, letakkan ikan di dalam bekas dan penuhkan ia dengan air sehingga menutup semua ikan. Biarkan beku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penggunaan bawang merah di dalam masakan seakan menjadi ‘kunci utama’. Tanpa adanya ramuan bawang merah ini, pastinya masakan yang ditumis atau digulai tidak sempurna rasanya.
Biasanya juga selain bawang merah perlu dikisar halus atau dicincang untuk dijadikan ramuan, umumnya kulit bawang akan dikupas terlebih dahulu.
Pun begitu ada satu perkara yang jarang kita buat, iaitu menyimpan kulit bawang tersebut!
Tahukah anda, kulit bawang boleh dijadikan sebagai baja pada pokok yang ditanam dihalaman rumah. Nak tahu caranya, ayuh baca perkongsian ilmu manfaat ini oleh Hazimah lmn Ismail lmn di posting fbnya.
“Hari ni nak kongsi dengan sahabat manfaat kulit bawang merah yang nipis pada tanaman.”
Cara gunanya:
1. Ambil kulit bawang merah yang nipis.
2. Rendam dalam air semalaman.
3. Esok boleh digunakan untuk siram dan spray pada pokok tanaman.
Ataupun
Nak tabur kulit bawang direct pada pokok pun boleh.
3 Manfaatnya:
1. Pokok akan menjadi lebih subur.
2. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
3. Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah dan juga membunuh hama serangga pokok.
Selamat mencuba yer. Mudahan berjaya.
Sumber: Hazimah lmn Ismail lmn Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak pastikan pokok yang ditanam hidup subur dan mengeluarkan hasil yang banyak, ikjut tip yang dikongsikan ini. Caranya cukup mudah dengan menghasilkan Air Penggalak bagi memastlkan Pokok Cili yang ditanam akan berbuah dengan lebat dan tahan penyakit.
Caranya sangatlah mudah dan hanya memerlukan beberapa bahan di dapur sahaja. Menurut saudara Izham Alias pokok cili memerlukan air penggalak tanaman yang bertindak sebagai penguat ketahanan kepada ketahanan pokok dari serangan serangga dan penyakit lain.
Antara bahan membuat air penggalak adalah :
Tanaman cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut. Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut. Peram selama sebulan. Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Lukisan yang memaparkan sebuah bas, penghadang jalan dan perkataan "kematian" yang dilakar oleh Allahyarham Muhammad Mustaqim Rosde, 21, seolah-olah menjadi isyarat awal sebelum beliau terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawanya pada 9 Jun lalu.