Bertuahnya jika petang-petang begini dapat melayan selera anak-anak dan seisi keluarga dengan menu pasta yang istimewa ini.  Tentu kenyang perut dibuatnya dan tidak hairanlah juga membuatkan ahli keluarga makan bertambah. Pasti puas hati dibuatnya.

Assalamualaikum & Hai semua
Dah fikir ke menu apa nak masak & makan ?

Pernah tak kawan kawan rasa macam muak bila makan apa apa yang butter based ? Kalau ya – apa kata cuba resepi ni pula. Harini saya nak kongsikan resepi Creamy Curry Pasta with Prawn yang senang sangat ! Bau aroma bahan tumisan dan serbuk kari, rasa manis udang dan lemak manis susu betul betul membuka selera !

Cara caranya ada saya tuliskan di setiap gambar. Selamat mencuba !

Baiklah bahan bahan –
Sepaket pasta pilihan yang direbus (saya guna spiral)
Udang (boleh ditukar dengan protein lain spt ayam)
Susu ( saya guna low fat)
Cheese (saya guna mozarella)
Sedikit butter
1 sudu makan serbuk kari ikan
Bahan tumis (bawang putih, cili padi, daun kari)
Garam, gula & perasa jika perlu

Cara penyediaan:

  1. Mula mula cairkan butter di dalam kuali dan masukkan udang. Biarkan udang masak sehingga warna keemasan – air udang yang keluar akan beri rasa manis semulajadi pada butter tu nanti.

Creamy Curry Pasta With Prawn, Rasa Sedap & Berbaloi Masak Sendiri!

IKLAN

2. Bila udang dah masak, masukkan pula bahan tumisan yang dicincang halus. Saya chopkan aje. Kalau tak suka pedas taknak buh cili padi pun takpe atau kurangkan amountnya. Tumis sehingga agak garing. Masa ni mesti korang dah x sabar nak makan, bau dia naik wangi sangat ! 

Creamy Curry Pasta With Prawn, Rasa Sedap & Berbaloi Masak Sendiri!

3. Bila bahan tumis dah wangi, masukkan satu sudu makan serbuk kari ikan yang telak dibancuh dgn air – biarkan sedikit pekat. Saya gunakan serbuk kari ikan sebab rasa rempahnya agak mild berbanding serbuk kari daging. Terpulang pada citarasa anda. Jaga api jangan sampai hangit.

Creamy Curry Pasta With Prawn, Rasa Sedap & Berbaloi Masak Sendiri!

4. Bila bancuhan serbuk tadi dah pecah minyak, masukkan lah pula susu kotak. Ikut lah kalau nak agak basah boleh bubuh lebih. Saya letak dalam 1 gelas je rasanya – agak agak. Perasakan juga dengan garam,gula dan perasa jika suka.

IKLAN

Creamy Curry Pasta With Prawn, Rasa Sedap & Berbaloi Masak Sendiri!

5. Masukkan pasta yang dah direbus awal tadi. Gaul rata.

Creamy Curry Pasta With Prawn, Rasa Sedap & Berbaloi Masak Sendiri!

6. Bila pasta dah tersalut semuanya, rasa pun dah kena dengan citarasa kita, masukkan cheese. Tak kisah nak guna apa pun, saya guna mozarella. Tutup kuali biar cheese cair. Kalau tak suka cheese atau tak de cheese kat rumah, taknak letak pun takpe 😊 Sebelum hidang, nak tabur emping daun kari & cili flakes pun boleh sekadar untuk warna yang lebih menarik.

IKLAN

Creamy Curry Pasta With Prawn, Rasa Sedap & Berbaloi Masak Sendiri!

7. Okay dah siap ! Hidangkan lah Creamy Curry Pasta tadi dengan veggies platter, meatballs mayo, meatballs blackpepper, garlic bread & mushroom soup. Semuanya homemade. Dah lama x masak banyak macam ni sesekali balik kampung – lambat juga saya nak cari rentak semula. Kawan kawan cuba lah buat, tak rugi punya, insyaAllah.

Creamy Curry Pasta With Prawn, Rasa Sedap & Berbaloi Masak Sendiri!

Inilah rupa Creamy Curry Pasta with Prawn – kami satu keluarga suka sangat !!

Creamy Curry Pasta With Prawn, Rasa Sedap & Berbaloi Masak Sendiri!

sumber : Nur Diyana

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI