Salah perkiraan, adakalanya makanan yang kita masak menjadi terlampau masin hingga seakan pahit rasanya. Jangan panik atau terus sahaja dibuang, sebaliknya iktiarkan beberapa cara untuk selamatkan hidangan ini.

Beberapa bahan yang kita tidak jangka sebenarnya bertindak menyerap garam dalam sesuatu makanan. Kentang dan beras misalnya bertindak menyerap rasa garam ini. Selain itu anda boleh usahakan 4 cara lain untuk pulihkannya. Jom cuba.

Selamatkan Hidangan Yang Terlebih Masin, 5 Cara Mudah Confirm Jadi!, Wajib Cuba!

Apa kata cuba 5 cara mudah ini pasti membantu menghilangkan rasa masin tersebut.

1. CUCI DENGAN AIR

Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan
kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan.

IKLAN

2. TAMBAH KARBOHIDRAT

Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak.

Selamatkan Hidangan Yang Terlebih Masin, 5 Cara Mudah Confirm Jadi!, Wajib Cuba!

IKLAN

3. MADU / GULA

Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.

4. TAMBAH CECAIR

IKLAN

Jika hidangan jenis berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan.

Selamatkan Hidangan Yang Terlebih Masin, 5 Cara Mudah Confirm Jadi!, Wajib Cuba!

5. JUS LEMON / LIMAU

Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI