Sebut ikan masin tenggiri terus terbayang rasa asinnya yang sedap beraroma, lagi-lagi jika dimasak bersama sayur kailan memang menikmatinya cukup meyelerakan.

Selain itu, ikan masin tenggiri ini juga sering dimasak secara goreng yang dicampurkan dengan cili dan bawang. Pendek kata siapa penggemar ikan masin tenggiri ni, akan makan bertambah bila adanya menu nan satu  ini terhidang.

Jadi buat anda yang ingin membuat sendiri, bolehlah mencuba cara sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Noor Hayani Nani Hashim atau mesra disapa TokMa di group Masak Apa Hari Ni.

Ini perkongsiannya.

Jeruk Ikan Tenggiri, Lauk ‘Reserve’ Penambah Selera, Begini Buatnya Nak Bagi Sedap Ikut Selera!

 

Cukup ‘haul’ dah rendaman Tenggiri kita… time to ‘merasa’

Alhamdulillah… menjadi elok dan sedap di tekak TokMa la. Ada rasa masam dan memang sengaja buat kurang masin… lauk reserve penambah selera ni.

TokMa share resepi ye.

Resipi Tenggiri Jeruk
1. Kepingan ikan Tenggiri dibasuh bersih. Toskan

Jeruk Ikan Tenggiri, Lauk ‘Reserve’ Penambah Selera, Begini Buatnya Nak Bagi Sedap Ikut Selera!
2. Jemur ikan 2 jam lebih kurang bagi betul-betul kering.
3. Celup ikan dalam cuka. Masuk ke dalam bekas.
4. Tabur garam dan selit asam keping di celah-celah ikan.
*TokMa letak garam lebih sikit dari yang biasa kita goreng ikan adjust sendiri jika nak lebih masin.
5. Tutup dan simpan dalam fridge selama 7 hari.
6. Hari ke 8 buang air lebihan dan asam keping.
* jangan basuh ikan.
7. Masuk ikan ke dalam bekas (seeloknya bekas kaca).
8. Tuang minyak masak paras ikan.
9. Rendam selama 4 hari.
* boleh letak kat luar tak perlu dalam fridge.

Jeruk Ikan Tenggiri, Lauk ‘Reserve’ Penambah Selera, Begini Buatnya Nak Bagi Sedap Ikut Selera!
Hari ke 5 boleh dah goreng dan nikmati kesedapannya. Tumis cili api dan bawang putih (tumbuk), masukkan sikit perasa. Gaul Tenggiri Jeruk… apa nak di kat kan. Campur dalam nasi goreng @ sayur kalian/kangkong goreng…

IKLAN

Jeruk Ikan Tenggiri, Lauk ‘Reserve’ Penambah Selera, Begini Buatnya Nak Bagi Sedap Ikut Selera!SELAMAT MENCUBA

Sumber : Noor Hayani Nani Hashim

 

ARTIKEL MENARIK : Nak Beli Emas Kena Bayar ‘On The Spot’. Haram Bayar Ansuran, Mungkin Ada Yang Tak Tahu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

IKLAN

Jeruk Ikan Tenggiri, Lauk ‘Reserve’ Penambah Selera, Begini Buatnya Nak Bagi Sedap Ikut Selera!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!

Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jeruk Ikan Tenggiri, Lauk ‘Reserve’ Penambah Selera, Begini Buatnya Nak Bagi Sedap Ikut Selera!

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI