Lockdown shot of smiling parents talking with children. Happy family is sitting on sofa in living room. They are spending leisure time at home.

Kadang-kadang jika difikir-fikirkan memang pelik dan seakan tidak masuk akal pula jadinya. Apa dan kenapa sebabnya kita boleh beradab sopan dan lemah lembut bila bercakap dengan orang lain, tapi bila dengan keluarga sendiri, gaya bahasa dan intonasi percakapan sering berbeza.

Sedangkan bukankah ahli keluarga ini adalah orang-orang yang kita sayangi dan rapat dengan kita?

Tidak kiralah bila bercakap dengan pasangan, apatah lagi dengan anak-anak. Sering kali terdengar ditengking-tengking tanpa mengira masa.

Hal yang sama juga terjadi pada kenalan Dr Redza Zainol ini. Bersama kita ambil pengajarannya dan berubahlah untuk berlemah lembut bila bercakap dengan insan-insan yang kita sayangi.


Ada kawan saya ni, baik orangnya. Dengan orang sekeliling cakapnya lembut sangat.

Dengan kawan perempuan dia cakap elok. Dengan kawan lelaki tak pernah dia marah-marah.

Satu hari dia kata pada saya, di rumah dia selalu marah pada anak dan isteri.

Anak cakap itu dia marah. Isteri cakap sikit pun dah berangin.

IKLAN

Saya tanya kenapa jadi macam tu.

Dia kata dia pun tak tahu. Tengok muka pasangan dah jadi penat. Tengok rumah bersepah, terus rasa kusut sangat.

Saya cakap, kadang-kadang suami ni, kita fikir kita ialah seseorang yang penting. Kita fikir pangkat kita dalam keluarga tu paling tinggi.

Kita rasa kita berhak dilayan sebagai ketua. Tapi kita lupa yang kitalah yang kena melayan keluarga.

IKLAN

Kita ni bukan siapa-siapa. Isteri dan anak tu cuma amanah dari Allah. Pangkat suami dan ayah tu pun bukan milik kita.

Allah bagi kita merasa ada keluarga dan nak tengok macam mana kita layan keluarga kita, nak tengok ke mana kita nak bawa keluarga kita.

Bercakap Dengan Orang Lembut Suara, Dengan Ahli Keluarga Biarlah Lebih Baik  Dari Itu!
Gambar hiasan

Satu hari isteri dia mengadu pada kawan saya ni.

“Abang cakap dengan kawan semua elok-elok. Dengan saya, hari-hari kena marah, kena tengking.

IKLAN

Abang layan isteri orang lain lagi elok dari layan isteri sendiri.”

Dia terkejut. Tapi dia tahu isterinya betul.

Rasullah tinggalkan contoh terbaik untuk kita. Satu hari, Baginda letak Saidina Hasan di peha kanan dan Saidina Husain di peha kiri baginda.

Baginda cium kedua-dua cucunya dan Baginda doakan supaya Allah sayangi ahli keluarga baginda.

Dengan keluarga, kita jangan berkasar. Balik rumah, lepas bersihkan diri terus saja cari isteri dan anak.

Peluk mereka, layan mereka. Layan keluarga kita baik-baik, insyaAllah rasa hormat tu Allah akan masukkan dalam hati setiap ahli keluarga kita.

sumber : Redza Zainol

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI