Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pengumuman perceraian antara pasangan selebriti Mizz Nina dan bekas suaminya, Noh Salleh.

Menerusi pengumuman yang dilakukan di Instagram, Nina dan Noh masing-masing mengakui bersetuju untuk berpisah selepas sebelas tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Selepas beberapa hari pengumuman tersebut dlilakukan, Nina dilihat berkongsi pula gambar terbaharu bersama anak angkatnya, Musa di laman Instagramnya ketika bersiar-siar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Nina, bagus untuk dirinya keluar seketika dan mendapatkan udara segar serta matahari bersama anak dan teman-teman.

“Lakukan Yang Terbaik & Tidak Tenggelam Dalam Kedukaan Masa Lalu” Mizz Nina

“Melawat pameran lampu daripada team Jepun-struktur seperti telur ini akan menyala hanya pada malam hari. Tapi alhamdulillah, masih bagus untuk keluar seketika dan mendapatkan udara segar serta matahari bersama Musa dan kawan-kawan.

IKLAN

“Alhamdulillah atas doa dan kata-kata semangat, bijaksana dan sokongan, semoga Allah membalas dan mengurniakan kalian dengan lebih banyak khayr, kasih-sayang, belas-kasihan, barakah, perlindungan dan kejayaan dunia serta Akhirat. Amin, amin amin.

“Dan semoga Allah mengampunkan kamu saya dan menjadikan saya lebih baik dengan apa yang kamu katakan tentang saya. Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nina turut berkongsi pesanan daripada salah seorang gurunya yang memberitahu supaya sentiasa bertawakul kepada Allah SWT untuk apa yang terjadi dalam kehidupan.

IKLAN

“Hidup diteruskan. Seperti apa yang guru saya sebutkan baru-baru ini, kita mesti bertawakkul dan meletak kepercayaan kepada Allah SWT. Walau apa pun yang terjadi dalarn hidup, Dia tahu apa yang terbaik serta memberikan yang terbaik kepada kamu.

“Kita hanya perlu melakukan yang terbaik dan tidak tenggelam dalam kedukaan masa lalu atau ketakutan pada masa akan datang sehingga membuat kita untuk tidak aktif dan tidak produktif.

“Hal itu merupakan salah satu ketakutan yang besar buat saya tidak menggunakan masa yang Allah beri untuk kebaikan dan hilang dalam emosi negatif,” katanya lagi.

IKLAN

Sebelum menutup tulisan, Mizz Nina turut berkongsi sepotong doa buat sesiapa sahaja yang mengalami kesedihan dan kesusahan.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan itu dikhabarkan menermui titik noktah selepas timbul dakwaan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur.

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, Noh dan Mizz Nina memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Sumber : Mizz Nina

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI