Patutlah Viral Hingga 27K Roti Goreng Bersalut Inti Ketam Berkeju Ni, Mudah Buat Siap Boleh Frozen Lagi.

Share

Idea untuk musim PKP buat ibu-ibu untuk menyediakan kudapan buat anak-anak. Roti goreng bersalut inti ketam berkeju.

Menarik sekali bila boleh frozen. Buat banyak dan boleh di simpan dalam peti ais. Bila nak makan boleh terus goreng. Bahan nak buat mudah dan ringkas.

Resipi puan Watie Ahmad ini telah tular dengan perkongsian sehingga 27K share menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.

Ikuti cara penyediaan kudapan yang mudah dan ringkas.

Roti gardenia crab stick dan keju.

Roti kukus dulu untuk elak roti serap minyak.. Kukus sekejab saja tau.. Jgn lama2.

Crab stick kita goreng lepas tu leraikan dia.

Lenyek roti tadi letak cis dan crab stick tadi dan gulung.. Lekat dengan bancuhan tepung gandum.

Bahagian tepi tekan dengan garpu bg dia lekat..

Yang ni untuk stok untul simpan dalam peti ais..

Yang ni yang dah di goreng.

Ikut suka nak makan dengan apa.. Yang ni anak2 yang empunya..

Ibunya makan kosong macam ni pun dah sedap dah.

Mudah sangat nak buat. Sesuai untuk kudapan anak-anak buat makan bila rasa lapar.

Selamat mencuba!

Sumber: Watie Ahmad

IKLAN