Patutlah Viral Sampai Share Lebih 7k, Resipi Chicken Perattal Ni Ringkas Jer Tapi Sedap. Nak Cantik Warnanya Ikut Tip Ni!

Share

Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga. Jom cuba respi yang dikongsikan oleh Sheena Supramaniam .

Bukan jer sedap malah ringkas cara buatnya. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan. Boleh buat menu Chicken Perattal makan tengah hari ni.


Hi semua…


Ni sy nk share resepi simple tp sedddaapp…
Chicken perattal
Mana tau dpt idea nk masak utk petang ni kan…
#sheenasupraskitchen
#theangelskitchen

Edit:
Ada org tanya s.cili brand apa sbb colour cantik… Serbuk cili tu sy guna brand babas ye… tq

Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
Sebiji tomato,
Daun kari sikit
Daun ketumbar
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 halia saiz ibu jari
kayu manis
5 buah pelaga
2 bunga lawang
1/2 sudu kecil jintan manis
2 1/2 sudu besar serbuk cili’
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging.

Cara membuat:
1. Kisarkan bawang merah kecil, bawang putih dan halia, lalu dibiarkan dahulu.
2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.
3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
4. Masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
5. Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan kunyit, kacau sebati.
6. Masukkan tomato diikuti dengan serbuk cili dan serbuk kari.
7. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana dan kaca sekali sekala dalam 20 minit.
8. Masukkan daun ketumbar, kacau sebati dan masak untuk 5 minit lagi. Siap.

IKLAN