Sotong Paht Phet, kata orang jika anda menyediakan menu ini mudah kerja memasak jadinya. Apa tidaknya meskipun anda sediakan satu menu, namun ianya lengkap dengan hidangan sayur!
Bukan itu sahaja, hidangan ini juga sangat sedap kerana ia mempunyai rasa pedas dan beraroma yang mampu menyuntik selera untuk anda makan bertambah.
Nak tahu resipi dan cara penyediaannya? Jadi apa kata ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah.
RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)
Bahan-bahan:
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
Ads
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
BAHAN KISAR
Ads
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
Ads
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api .
Pisang goreng memang sajian paling senang nak disediakan buat anak-anak. Pisang yang ranum mekar isinya ini selain boleh dijadikan Pisang Goreng, boleh juga dijadikan cucur. Memang enak, apa lagi di makan ketika masih panas.
Pun begitu, Pisang Goreng yang rangup dan panas memang unik dan berbeza. Anak-anak makan pasti nak lagi. Jadi bagaimana nak jadikan pisang goreng yang kita sediakan sendiri di rumah jadi lebih sedap dan rangup?
Anda bolehlah cuba 5 cara ni kalau nak rasa lebih sedap.
Guna Tepung Pulut
Sebelum ini kita selalunya gunakan tepung beras dalam adunan pisang goreng, apa kata tambahkan sedikit tepung pulut ke dalamnya. Nisbah bancuhannya adalah 3:2 dan campurkan dengan bahan lain seperti telur, garam dan serbuk kunyit. Memang menjadi!
Kapur Masakan
Kapur masakan juga merupakan bahan utama yang sering digunakan oleh peniaga pisang goreng bagi merangupkan pisang goreng. Masukkan sesudu besar kapur masakan ke dalam bancuhan tepung. Pastikan digaul rata dan hasilnya memang rangup. Walaupun dah sejuk, pisang tetap kekal rangup.
Soda Bikarbonat
Selain kapur masakan, soda bikarbonat juga membantu buat pisang goreng lebih sedap dan enak. Ketika membancuh tepung, masukkan sesudu soda bikarbonat dan biarkan sekejap ia mesra. Hasilnya memang wow!
2 Cara Lebih Kreatif
1. Bread Crumbs
Antara cara lain yang dapat menyedap dan merangupkan pisang goreng adalah dengan menambah bread crumb atau serbuk roti. Selepas dibancuh dengan adunan, golekkan pisang ke dalam serbuk roti terlebih dahulu sebelum digoreng.
2. Nestum
Selain serbuk roti, lakukan cara yang sama tetapi menggunakan kepingan nestum asli. Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung dan
golekkan ke dalam kepingan nestum. Panaskan minyak dan kemudian barulah digoreng.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pencuci mulut sememangnya makanan kegemaran ramai terutama kanak-kanak. Tart telur juga merupakan pencuci mulut yang sangat sedap dan mudah sahaja.
Walaupun menggunakan telur sebagai bahan utama, tetapi resipi yang dikongsikan oleh @surayamasak pastinya tidak menghampakan.
Selain daripada rasanya yang sedap, cara memasak yang mudah juga sangat digalakkan untuk mencuba kerana hanya menggunakan air fryer sahaja.
Tart Telur Air Fryer
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Gulungkan beberapa roti canai dan potong kecil-kecil.
– Bulatkan doh yang dipotong tadi, leperkan dan masukkan dalam cawan aluminium foil kemudian cucuk sedikit doh dengan garfu.
– Untuk isi tart, masukkan 3 biji telur, 100 ml whiping cream, 60 ml susu pekat, 100 ml susu segar dan 1 sudu esen vanila, gaul sebati. Tapis adunan dan boleh tuang ke dalam doh tart tadi.
– Panaskan air fryer selama 5 minit dan bakar tart selama 25 minit menggunakan suhu 180 darjah.
Sekarang ini macam-macam resipi berasaskan belimbing buluh telah ramai kongsikan di media sosial. Sebelum ini viral dengan kek belimbing buluh dan macam-macam lagilah. Jadi kali ini Dr Kamarul Ariffin juga ingin berkongsi resipi berasaskan belimbing buluh bila mana staffnya telah memberinya 2kg belimbing buluh.
Menurutnya, tidak pandai membuat kek jadi belimbing buluh yang diterimanya dijadikan sambal hitam ekspress. Jadi buat anda penggemar sambal hitam ini bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat
Sambal hitam ni berasal dari Pahang. Ramuan dia hanya 4 bahan sahaja, tapi rasa dia boleh buat nasi tambah 4 kali
Mula-mula, bersihkan belimbing buluh. Buang jambul dia. Belimbing buluh ni rasa dia sangat masam, manis, dan ada kelat-kelat sedikit. Makan begitu sahaja, memang merembes air liur, mencurah-curah.
Kalau buat sambal hitam, kurang sikit masam dia. Kalau cara tradisi, kena rebus 4-5 jam dalam tin biskut sampai belimbing ni gelap warnanya. Kita buat stail moden. Masak dalam periuk tekanan eletrik. Kenapa?
Sebab guna periuk tekanan, hanya perlu 10 minit sahaja. Letak air ½ cawan, set pada “High Pressure” untuk 10 minit. On! Lepas tu biarkan periuk tu buat kerja sendiri. Tak payah tunggu.
Sementara tu, kita urus ramuan lain. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili dalam pengisar. Dah letak dalam pengisar baru teringat ikan bilis belum siang. Haha! Kena keluarkan balik, siang dulu.
Selepas kisar, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Dalam 5-10 dah selesai. Ngam-ngam periuk tekanan pun dah berbunyi.
Lepaskan stim periuk tekanan sampai habis, dan buka! Ni dia belimbing buluh kita, dah gelap sikit tapi masih basah. Lebihan air ni saya cedok dan buang.
Untuk lagi kering, saya set periuk tekanan kepada fungsi “Stir Fry”. Jangan lupa kacau belimbing buluh ketika ni, kalau tidak ia akan hangus.
Selepas 15-20 minit, kebanyakan air dah tersejat. Boleh sambung keringkan dalam periuk tekanan jika mahu. Saya tak mahu, haha, sebab lenguh tangan dalam periuk.
Jadi alihkan semua belimbing tadi dalam kuali yang berisi bahan tumisan. Gaul rata. Kita sambung keringkan di dalam kuali.
Kacau kacau kacau, sampai hancur belimbing buluh kita tadi. Ada orang suka sambal hitam yang belimbingnya betul-betul lumat, ada pula yang suka ada kasar-kasar. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan lupa letak garam jika tak cukup masin, dan sambung masak.
Selepas 15-20 minit, dia akan jadi warna macam ni. Barulah sesuai dengan sambal hitam. Ada orang buat basah sedikit, ada orang buat kering terus. Kalau betul-betul kering, boleh tahan lama sikit.
Masak cara bandar ni, kurang satu jam dah selesai.
OK kita buat “plating” cantik-cantik. Sambal ni rasa dia sikit masam, masin, pedas dan umami! Memang bangkit selera. Kalau buat cara moden ni, dalam satu jam dah siap semua. Jimat masa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.