Hobi berkebun semakin populer di masa pandemi Covid-19, setelah semakin banyak orang menghabiskan waktu di rumah saja.
Tentu ada yang bercucuk tanam di halaman rumah. Bagi newbie yang baru nak mencuba terdapat beberapa barang pertanian yang wajib ada di rumah.
Nak tahu, barang-barang itu, ikuti perkongsian wanita ini.
Barang-barang pertanian yg wajib ada di rumah saya.Maklumat ada saya kongsikn dlm setiap gambar.Semua boleh beli di Shopee.Semoga bermanfaat.
Ni yang saya selalu sebut utk rawat tanah iaitu dolomite atau kapur pertanian.Saya gunakn dolomite apabila tanah jadi terlalu masam @ berasid.Dolomite dpt mmbaik pulih struktur tanah dan dpt mengelakkan drpd penyakit bawaan tanah terutamanya ulat ulat halus.Ambik sesudu mkn dolomite dan tabur gaulkn di dlm tanah.Pokok akn kurang berpenyakit.Harganya x mahal.Anggaran RM4-6/1kg.Blh cari di Shopee.
Ni epsom salt.Ianya spt biji biji kristal.Ini bkn ajinomoto atau garam ye. Saya hnya guna sekali sekala bila perlu terutamanya utk pokok jenis berbuah.Epsom salt juga blh merawat tanah,mmperbaik struktur tanah,memaniskn buah,melebatkn buah dan mncantikkn daun.Daun kurang melecur jika guna ES ni.
Wajib ada. Baja kopi utk semua jenis sayur berdaun dan berbuah. Fungsinya utk melebatkn buah,mengilatkn daun serta memperbanyak bunga.Baja kopi juga akn mmbuatkn pokok pokok kelihatan sangat subur. Guna 7-10 hari sekali
Ads
Cuka kayu original.Tak pernah putus. Mesti ada sbg kawalan serangga perosak.Saya beli di Shopee.Sukatannya ialah 5ml+1L air biasa. Sembur 2@3 kali seminggu slps pukul 6 petang.
Sukatan jika nk guna baja kopi ialah sesudu kecil shj.
Ads
Baja tinja kambing.Mmg saya gunakan khas utk pokok kunyit, sawi, terung, timun dan bendi pada minggu minggu awal.
Ni saya baru add.Lupa nk masukkn tadi.Tanah kompos hitam sawit & tanah organik(plastik hitam).Saya beli dari jiran yg jual tanah.Mmg tanah ni bagus utk penanaman sayur.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Untuk menarik selera anak-anak makan kadang kala bukan mudah. Lagi lagi bagi yang jenis memilih. Ibu-ibu kena tahu apa kegemaran atau kesukaan mereka barulah mudah untuk pancing selera nak makan kan.
Admin kongsikan satu resipi mudah tetapi pasti anak-anak sukakannya. Cara nak buat pun ringkas jer, tak mengambil masa yang lama.
Bakat seorang pemimpin yang ada dalam diri wanita bernama Zuraida Kamaruddin ini membuatkan beliau mudah merentasi laluan berliku dalam dunia politik apabila memenangi Pilihan Raya pada tahun 2008. Sekali gus dilantik menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Ampang. Terbaru, beliau dilantik menggalas tugas sebagai orang nombor satu di Kementerian Perumahan & kerajaan Tempatan.
Sebelum terjun ke dunia politik, YB Zuraida memulakan perkhidmatan dalam sektor swasta pada tahun 1980 di Frank Small & Associates, Australia. Beliau pada ketika itu menjawat jawatan Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun.
Pada 1998, beliau menjadi perunding latihan dan motivasi memberi khidmat nasihat kapada organisasi seperti Petronas, Majlis Majlis Perbandaran, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu, Texas dan juga syarikat syarikat penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan barangan.
Selain bergelar Ahli Parlimen, YB Zuraida juga turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Az-Zahra, Penasihat ALQAS Education & Charity Home, Penasihat GEMMA Humanitarian Relief dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman.
Beliau juga adalah pengasas dan pengerusi WIRDA yang mempunyai anggota di dalam dan luar negara. WIRDA menjadi Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, musafir, mualaf dan remaja.
“Kalau diikutkan pembabitan saya dalam dunia politik adalah secara kebetulan. Dan saya sendiri secara peribadi jenis yang akan buat yang terbaik di mana saya berada walaupun itu bukan pilihan saya. Dan itulah yang saya lakukan apabila berada dalam bidang politik yang sebelum ini tidak pernah terbayang pun akan aktif di dalamnya.
“Malah, waktu saya berada dalam bidang korporat, saya tidak minat dalam politik. Bahkan saya sendiri tidak pernah pergi mengundi. Waktu itu, saya beranggapan tidak ada sebarang perbezaan dalam hidup tentang siapa yang jadi menteri atau parti mana yang memerintah. Saya masih kena kerja dan laksanakan tanggung jawab ikut keupayaan sendiri.
“Sebenarnya bidang politik dan korporat tidak jauh berbeza kerana masih sama baik dari bab pengurusan, disiplin dan kepimpinan. Barangan berbeza iaitu politik tetapi masih sama dalam soal berhubung dengan manusia. Cuma mungkin mereka yang menyertai bidang politik tidak biasa dengan pengurusan cara korporat yang lebih sistematik dan disiplin.
“Disiplin adalah tunjang dalam setiap pekerjaan dan saya sudah biasa dengan hal tersebut. Sebab itu, tidak menjadi masalah untuk saya sesuaikan diri baik dengan orang bawahan seperti di kampung mahupun golongan atasan di peringkat menteri.
“Saya boleh anggap diri masih baru dalam bidang politik dan saya perlukan kekuatan dan kedudukan dalam mempengaruhi untuk membuat keputusan. Kalau dilihat kebanyakan jawatan tinggi dimonopoli lelaki. Sukar untuk mendapatkan suara dalam membuat keputusan.
“Alhamdulillah saya jenis yang ‘cepat tangkap’ dan daripada situ saya belajar serba sedikit tentang politik. Saya perlu menapak dalam satu tempat untuk menempatkan diri. Daripada situ saya membina kekuatan.
“Pada tahun 2004, ada persempadanan semula di Setiawangsa dan di situ peluang saya mengembangkan pengaruh dan memartabatkan suara serta memperkasakan wanita. Kebetulan juga waktu itu ada satu klausa yang mengatakan bahawa parti harus mengiktiraf pembabitan wanita.
“Kepentingan wanita dalam bidang politik terutama era masa kini yang mana penglibatan wanita membantu menaikkan produktiviti dan memartabatkan sesebuah syarikat kerana sifat wanita itu sendiri yang rajin, tekun, amanah dan membuat kerja. Bahkan permintaan untuk wanita menyertai politik pada masa kini lebih terbuka.
“Cuma wanita kena tahu struktur dalam parti dan tidak boleh masuk secara terus menggunakan ‘payung terjun’. Kena ikut laluan akar umbi. Kena tonjolkan kebolehan melakukan kerja terlebih dahulu, bila orang tengok dan yakin baru boleh meniti tangga jawatan satu persatu. Kena ada strategi baru boleh menampakkan keupayaan kita.
“Bukan hanya dalam bidang politik, bahkan kerjaya lain juga sudah ramai disertai wanita. Cuma saya berharap majikan tidak mendiskriminasikan jantina. Kerana keupayaan wanita bukan setakat dalam bidang pekerjaan.
“Wanita yang berada dalam dunia korporat atau arkitek misalnya, dalam masa yang sama mereka masih melakukan tugas sebagai isteri dan ibu di rumah, Sepatutnya mereka ini dibayar gaji yang lebih tinggi. Saya mahu hapuskan jurang stereotaip supaya wanita dan lelaki dipandang sama atas kebolehan dan keupayaan diri.
Suka naik bas
Mengulas mengenai penerimaan keluarga, akui YB Zuraida sangat bersyukur kerana keluarga sangat memahami memandangkan sudah tahu cara kerja dan kebolehannya.
“Sejak dahulu saya amalkan masa yang berkualiti. Waktu bekerja, saya akan beri tumpuan sepenuhnya pada kerja. Begitu juga dalam soal keluarga, itu yang penting. Tidak ada masa untuk bersenang lenang. Tidak seperti wanita lain ke spa, saya tidak suka buang masa untuk berbuat demikian.
Dulu saya suka membaca tetapi kini sudah malas, sebaliknya saya tengok televisyen. ‘Healing time’ pada saya lebih baik sendirian tetapi kerja saya begini tidak memungkinkan saya berbuat demikian. Saya sudah biasa berdikari tetapi saya kena sesuaikan diri. Kerana itu saya suka naik bas atau naik flight untuk ke mana-mana. Waktu itu saya boleh fikirkan macam-macam perkara.
“Sejak dahulu lagi, saya jenis yang suka berdikari, selalu berinteraksi dengan kaum lelaki dan kerja-kerja saya banyak membabitkan kaum lelaki. Waktu itu, di dunia korporat, tidak timbul soal gender kerana pada saya siapa yang terbaik dia yang menjadi pemimpin. Tetapi masuk politik itu takkan terjadi pada wanita biasa.
“Soal berinteraksi dengan lelaki dalam dunia politik tidak menjadi masalah memandangkan latar belakang saya sebelum ini. Pengalaman saya banyak membantu dan tidak malu juga untuk saya sebut bahawa tidak semua lelaki itu pandai. Jadi, mereka tahu kedudukan masing-masing dan itu memudahkan kerja saya,”seloroh YB Zuraida sambil mengakui masuk ke bidang politik sendirian dan membina kekuatan politik dengan kebolehan sendiri.
Institut Wanita Berdaya
Sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Wanita Keadilan, YB Zuraida juga aktif dalam memperjuangkan polisi untuk meningkatkan taraf hidup. Untuk peringkat Negeri Selangor tercetusnya idea untuk menubuhkan Institut Wanita Berdaya.
“Ia satu badan pemikir untuk kaji dan hasilkan dasar untuk kemajuan wanita masyarakat dan keluarga di Selangor. Kertas kerja pertama adalah dengan penghasilan satu buku Dasar Wanita Selangor. Itu menjadi panduan apakah program yang boleh dilaksanakan kelak. Kami pastikan semua golongan wanita tidak terpinggir.
Sumber: Majalah Keluarga Mac-Apr 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru seminggu kita berpuasa, pastinya ibu-ibu sudah ada perancangan menghias rumah untuk Syawal yang bakal tiba nanti. Selain susun atur perabot, pemasangan langsir baru, bab karpet juga kena fikirkan. Jangan nanti tetamu datang rumah tapi karpet nampak lusuh dan kelihatan kotor.
Memang nampak cantik bila ruang tamu misalnya di hiasi karpet. Kemas, menarik dan cantik. Namun, agak leceh untuk menjaganya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Pantang leka susu tertumpah, terkena air kencing dan sebagainya lagi.
Nak mencucinya bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campuran air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.