Pngorbanan mereka yang bergelar anggota pasukan beruniform. Saat ahli keluarga enak menjamu selera, mereka bertungkus lumus memadamkan api yang marak menjulang. Tanpa menghiraukan pnasnya bahang api dan rasa dahaga setelah seharian berpuasa. Semuanya demi  tugas dan khidmat kepada masyarakat.

Demikianlah yang berlaku  kepada sekumpulan anggota bomba yang terpaksa berbuka puasa di lokasi kebakaran dek kerana tugas.

Malah, dalam kesempatan itu, mereka masih sempat menunaikan solat  walaupun hanya di atas jalan dengan beralaskan pakaian seragam masing-masing.

Berbuka puasa di tepi jalan

Situasi tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook Friends of Bomba Malaysia. Malah perkongsian beberapa keping gambar sekumpulan anggota bomba itu menjadi tular sejak semalam lagi.

Rata-rata netizen memuji dan sebak melihat situasi yang terpaksa dilalui oleh anggota bomba berkenaan.

Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga!

Baju kalis api dijadikan sejadah

Gambar yang dirakam berlatarbelakangkan lokasi kejadian mengundang keprihatinan netizen yang menghargai usaha dan pengorbanan pasukan beruniform dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Marza Zain Subhanallah……betapa indahnya ciptaan Allah…..hamba2Nya sujud patuh perintah Allah bila tiba waktu tak kira dimana…..Allahu Akhbar

Mohd Abe Joe Pernah baru nak buka puasa makan karipap.air pun xsempat minum.bunyi siren api kilang.trus melompat dalam jentera..balik dari operasi..masuk tangan dalam poket..aa…karipap tadi xsempat makan..😅

Hafiz SG Semoga kamu sentiasa di dalam lindunganNya. aamiin
#RinduAdib

Shalawati Mahamud saya bangga menjadi keluarga skuad merah oren.. sebahagian dari dugaan Ramadhan, kita yg memasak pun berasa bahang nya. Alhamdulillah, di mana2 pun solat masih dijaga. Semoga sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat NYA. Aminn.

Aina Safiya Semoga semua dilindungi Allah taala.saya dah tgk sendiri.diorg tgglkan nasi yg baru di masukkan dlm pinggan setelah dpt panggilan kebakaran

Syarfina Khairuddin Terima kasih abam bomba… Semoga Allah memberi ganjaran berlipat ganda untuk anda yg sudi berkhidmat untuk masyarakat

Nasrul Farkhan Jumian Semoga Anggota Bomba Sentiasa Dalam lindungan Allah SWT, Dipermudahkan Segala Apa Jua Rintangan Dan Cabaran Sewaktu Bertugas, Terima Kasih Hero🇲🇾
#Respect
#Salute

Nina Efrina Antara pengorbanan anggota bomba..anda semua wira ♥️ kami rkyat malaysia..

Ummi Atiqah Khalid Syabas anggota bomba..walau ape pun cabaran yang kalian hadapi dibulan ramadan,kalian sanggup berkorban tenaga .bomba i love u .

Pekerjaan yang sangat mulia

Rider Putih Panas2 bulan puasa ngadap api.X blh bayangkan.Moga anggota diberi kekuatan

Aliyya Nasir The real heroes 👨🏼‍🚒🚒 Pekerjaan yang sangat mulia . Salute dengan abang bomba 👨🏼‍🚒 sebab adik pun dia dapat jadi anggota bomba . Semoga kalian sentiasa di bawah jagaan Allah . Aamiin 🤲🏻

كاما شاب Semoga Allah menjaga kamu semua sepertimana kamu berkorban menjaga keselamatan kami agar kami dpt hidup dengan selamat..

Nia Azura Setiap kali tgok bomba2 mesti rasa sedih….
Dan rasa marah kalau ade yg pertikai kan kerja bomba…
Semoga Allah melindungi Ahli2 bomba penyelamat kita semasa menjalan kan tugas…

Tun Teja Salute & respect…. Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah….

Norkhuzaini Mohd Respect kepada semua anggota..menjalankan tugas tanpa mengire mase…

Tinggalkan Komen