Dah jadi adat setiap tahun mulanya persekolahan baru mesti ada perkara lucu yang dibuat oleh anak-anak pada hari pertama persekolahan.
Yang mana baru darjah satu dengan tangisan mereka, dan ada yang terlebih semangat. Malah bukan pelajar sahaja, cikgu-cikgu pun tak kurang peranan mereka dengan kostum kartun demi gembirakan anak-anak ke sekolah.
Kalau sebelum ini viral anak-anak ini tersangkut kepala di kerusi, tupperware mak tertinggal di sekolah, semalam, viral satu video yang memaparkan seorang pelajar berdepan detik cemas apabila jarinya tersangkut pada lubang botol minumannya.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna tiktok @rawahill, yang kelihatan jari pelajar cemas itu sedikit bengkak akibat tersangkut pada lubang kecil botol minuman miliknya.
Kedengaran juga suara seorang lelaki berkata bahawa jari budak itu tidak dapat dikeluarkan dari penutup botol tersebut.
Tersangkut botol air dah.. Nak buka tak boleh.. Hari pertama
Hampir 1,500 orang yang memenuhi Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur demi Zamani yang mengadakan konsert Slam Muncul Lagi.
Selepas tertangguh dua kali akibat pandemik covid-19, akhirnya konsert yang dirancang kumpulan ini berjalan lancar.
Terharu Sokongan Peminat
Terharu dengan sokongan yang tidak pernah putus daripada peminatnya, Zamani yang mempunyai masalah tulang belakang melengkung atau skiliosis, dia tetap melunaskan janji dengan menggagahkan dirinya untuk berdiri dan sesekali duduk.
“Terima kasih setia bersama saya, dalam keadaan straight atau bengkok (merujuk keadaan kesihatan). Anda masih kekal menyokong kami. Semoga anda semua pulang dengan kenangan manis,” demikian ucapan Zamani yang mewakili Kumpulan Slam.
Penyanyi berusia 51 Tahun ini mendendangkan lagu wajib ‘dilayan’ kepada ribuan pengunjung antaranya Biarkannya, Buat Seorang Kekasih, Manisnya Rindu, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Maria Mariana, Kembali Merindu, Suratan, Biarkan Ia Pergi dan Kembali Terjalin.
Selain Zamani, Slam turut dianggotai oleh Shah selaku ketua kumpulan juga pemain gitar utama, Ajak (gitar kedua), Lili (bass), Man (dram) dan Eddie (keyboard).
Nyanyi Duet Bersama Ratu Rock Ella
Sebelum menutup tirai persembahan konsert malam tersebut, Zamani memanggil Ratu Rock Negara iaitu Ella naik ke atas pentas untuk sama-sama menyanyi.
Konsert tersebut turut meninggalkan momen indah buat Kumpulan ini dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Rakan artis yang turut hadir memberi sokongan, antaranya adalah Neves Pretty Ugly, Ajai, Shuib, Wany Hasrita dan Radin ERA.
Inginkan Cahaya Mata
Mengulas mengenai sisi peribadinya sebagai seorang suami, Zamani yang mendirikan rumahtangga lebih dua tahun reda dengan ketentuan Ilahi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 50 tahun itu mengharapkan doa peminat agar dirinya dan isteri berpeluang menimang cahaya mata suatu masa nanti.
“Saya masih mencuba, tetapi buat masa ini, masih belum ada rezeki lagi.
“Saya berkahwin pada usia yang agak lambat, jadi, apapun doakan saya mendapat baby ‘junior’ suatu hari nanti,” katanya lagi.
Jual Nasi Udang Manila Secara Online
Dia kini turut menceburi perniagaan Nasi Udang Manila secara atas talian sejak beberapa bulan lalu untuk mencari pendapatan tambahan.
Tidak malu berbuat demikian, Zamani tidak kisah apa pandangan orang kerana tujuan utamanya ialah memanfaatkan peluang sementara namanya masih dikenali.
“Tak kisahlah orang nak cakap apa.Pada saya, kita kena bangunkan perkara ini sekarang, waktu kita masih ada populariti dan pekerjaan. Kalau sampai waktu populariti sudah merudum dan terdesak baru nak buat dan mulakan, mungkin akan menjadi satu tekanan hidup pula.
“Kalau bangunkan waktu sekarang, apabila buat perkara ini secara serius nanti orang sudah tahu dan namanya pun sudah kuat. Ia tak jadi masalah untuk pasarkannya,” katanya lagi.
Isteri Masak Resipi Arwah Mentua
Menurutnya lagi, Nasi udang Manila dimasak sendiri oleh isterinya, Julie.
“Ia adalah resipi arwah ibu mentua yang sempat diturunkan kepada isteri Saya. Penghantaran di kawasan terdekat dibuat oleh saya sendiri serta atas permintaan istimewa pembeli, manakala di kawasan agak jauh menggunakan penghantar makanan.
“Alhamdulillah, sambutan untuk menu ini agak okey. Namun kalau saya sibuk dengan aktiviti seni, ia terpaksa dihentikan sekejap,” katanya.
Menurut Zamani, dia akan menyambung semula perniagaannya selepas ini secara dalam talian.
“Kami tak jual di restoran. Kami akan ambil pesanan secara terbuka dalam talian dan tengok pada sambutan. Tengoklah kalau berkembang, kami akan pergi ke arah yang lebih besar seperti buka restoran.
“Saya sebenarnya hantar sendiri tanpa caj dan peminat gembira dapat bergambar dengan saya. Setakat ini paling jauh saya buat penghantaran ialah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Trending sekarang pasca banjir antaranya pembelian water jet untuk usaha membantu menbersihkan rumah akibat bencana baru-baru ini.h
Harga water dikatakan tidak masuk akal apabila berharga lebih satu ribu ringgit. Menyedari ada netizen yang tidak cakna mengenai harga water jet di pasaran, lelaki ini berkongsi pengalaman menggunakan alat ini pada harga berkenaan.
Apa yang pasti dengan penjelasan ini, dapat membantu mengelak salah faham dikalangan netizen.
ISU WATER JET
Ni pengalaman ambo sendiri sebagai sukarelawan banjir dan pasca banjir bermula 2014 dahulu di ground zero,
Rumah yang dilanda banjir, apatah lagi ditenggelami air, dan berhadapan pula dengan “banjir termenung”, memang hadapi pelbagai kesukaran untuk kita nak cuci balik,
Pertama, air banjir dia datang dengan pakej lumpur, selut, sampah, minyak kotoran, sisa kumbahan dan pelbagai benda yang yerk dan kotor, itu normal,
Kedua, rumah yang dah ditenggelami air biasanya banyak soket elektrik rosak, kalau bekalan elektrik disitu kembali pulih sekalipun, ada risiko short n shock,
Ketiga, water jet berkuasa elektrik kalau boleh digunakan sekalipun, berapa jam kita boleh lanyak sebelum motor tu panas dan kena cool down, sedangkan nak cuci rumah banjir ni tak sama dengan basuh kereta,
Jadi, penggunaan heavy duty water jet berkuasa enjin diesel atau petrol ini amat diperlukan, jika nak basuh rumah tu betul betullah, bukan sekadar semprot tembak air demi sekeping gambar untuk content di medsos tanda turun buat kerja kemudian balik tanpa kerja itu disiapkan,
Di Kuala Krai dulu, kami sukarelawan bukan sekadar guna heavy duty industrial water jet with generator ni, siap guna yang ada external pump sebab paip air slow kalau ada, biasanya dah tersumbat habis,
Harga water jet washer berkuasa petrol atau diesel masa 2014 dulu memang la RM 800 lebih kurang, sekarang dah nak masuk tahun 2022, sedangkan ayam pun naik harga inikan pula peralatan sebegini,
Kita ni kalau tak tahu lebih baik tak bercakap, sebab bila start bercakap dalam keadaan tak tahu, orang lain yang tak tahu pun jadi tahu yang kita ni memang tak tahu,
Dengan bahasa Jerman mudah, tok tahu toksoh kecek aa odo weh,
Tahniah team Pemuda Amanah Nasional , kerja kebajikan memang ramai yang suluh, tak ramai yang bersungguh, bahkan ada juga yang belum buat sudah mengeluh,
InsyaAllah lepas siap servis van ni, ambo kembali join bersama ratusan tenaga muda sukarelawan kita, van oren yang sebelum ni jadi “alphard” untuk team banjir 2014 dulu, yang tahu tu tahulah,
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...