
Pelajar tingkatan tiga kritikal, jatuh asrama 3 tingkat, disyaki mangsa buli. Seorang pelajar Tingkatan Tiga kini berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama.
Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal, Jatuh Asrama 3 Tingkat, Disyaki Mangsa Buli
Ibu mangsa, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43, berkata, anaknya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Menurutnya, keputusan imbasan CT scan mendapati anaknya mengalami pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.
“Kalau betul jatuh dari tingkat tiga, mestilah patah riuk. Tapi hasil imbasan hanya tunjuk rahang sahaja yang patah. Sebab itu kami syak ada unsur buli,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lewat memaklumkan kejadian kepada penjaga.

“Keluarga hanya dimaklumkan pada jam 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi.
Warden kata Irfan jatuh dari tingkat tiga selepas makan mi segera. Tapi dalam laporan perubatan, dalam perutnya langsung tiada sisa makanan,” jelasnya.
Ditanya sama ada Ahmad Irfan pernah mengadu mengenai perkara tersebut, Siti Muhaini memberitahu anaknya sentiasa ceria malah aktif di sekolah.
“Sebelum ini dia tidak pernah tunjuk ada sebarang masalah dengan rakan-rakan. Ahmad Irfan memang aktif, dia ada jawatan dalam biro agama asrama,” ujarnya.
Ahmad Irfan kini dilaporkan ditidurkan di hospital dan masih dalam pemantauan rapi pihak perubatan.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Tragedi Zara Qairina: Pelajar SMKA TDML Trauma Diejek ‘Pembunuh’ & Pembuli’
Gadis Mangsa Disimbah Cuka Getah Tak Pernah Berdendam Perbuatan Bapa, Jalani Pembedahan Hidung
Anak Mangsa Tanah Mendap Jalan Masjid India Adakan Upacara Doa Ulang Tahun Tragedi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di













