Pastinya ramai yang gemar menonton filem Tarzan. Khabar duka hari ni bahawa Roy Ely, pelakon filem Tarzan yang pernah popular suatu ketika dahulu, telah meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Difahamkan, Ely menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Los Alamos, Santa Barbara, California, pada 29 September lalu.
Ely bintang filem yang popular melalui peranannya sebagai Tarzan dalam siri popular tahun 1960-an, yang memaparkan aksinya bergayut dari satu pokok ke pokok lain dengan ditemani seekor cimpanzi.
Siri “Tarzan” asalnya disiarkan di rangkaian televisyen NBC dari tahun 1966 hingga 1968.
Pada ketika itu, Ely berjaya menempah nama dalam industri seni dan begitu dikenali kerana dipercayai melakukan aksi ‘stunt’ sendiri.
Ads
Semasa pengambaran, Ely dipercayai pernah mengalami beberapa kecederaan, termasuk patah tulang dan diserang haiwan buas.
LEGENDA FILEM TARZAN
Ads
“Dunia kehilangan seorang lelaki terhebat yang pernah dikenali.
Ads
“Orang ramai menggelar ayah saya sebagai wira. Ada sesuatu yang benar-benar ajaib mengenainya,” kata anak perempuannya, Kirsten Ely di media sosial.
Untuk info, selain daripada siri “Tarzan”, Ely juga pernah berlakon dalam pelbagai siri televisyen lain pada tahun 1990-an dan memegang watak dalam filem “Expecting Amish” pada tahun 2014 sebagai seorang penyiasat.
Pelbagai watak yang dibawanya sepanjang karier telah meninggalkan kesan mendalam kepada peminatnya di seluruh dunia.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
KWSP, bekas isteri boleh ambil caruman bekas suami sebagai nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.
“Ada beberapa kaedah yang mahkamah boleh gunakan untuk proses siasatan terhadap kemampuan bekas suami, antaranya melalui perintah permohonan penzahiran dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah,” kata peguam syarie Mohd Firdaus Akhtar.
Mohd Firdaus berkata demikian ketika diminta mengulas isu nafkah kepada bekas isteri serta anak yang gagal dipenuhi oleh bekas suami atau si bapa walaupun ia sudah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Pada masa sama, bukan KWSP saja, wanita yang tidak dinafkahi bekas suami juga boleh mendapatkan bantuan nafkah daripada Biro Sokongan Keluarga (BSK).
“Bekas isteri atau anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara membabitkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian.
“Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah,” katanya.
Menurutnya, BSK memang berusaha untuk membantu golongan wanita terutamanya membabitkan kes bekas suami ‘lari’ dan enggan membayar nafkah.
Pada masa sama, menurut Mohd Firdaus, sikap suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab selepas bercerai antara punca bekas isteri terpaksa menuntut nafkah idah, mut’ah.
Kata Mohd Firdaus, isu tuntutan ini bertambah rumit apabila membabitkan isu kewangan.
“Isu tuntutan nafkah ini kalau kita tengok, ia boleh dikaitkan dengan kewangan rumah tangga.
“Jika ada masalah kewangan dalam rumah tangga, apabila lepas bercerai, dia akan memberi kesan kepada bekas isteri dan anak, kalau ada anak,” katanya.
Menurut beliau, selepas perceraian, nafkah anak memang banyak yang dituntut oleh wanita.
“Boleh dikatakan ia isu utama, terbesar dalam tuntutan selepas perceraian.
“Maksudnya, tuntutan yang paling banyak adalah nafkah anak-anak. Nafkah anak dan juga nafkah isteri itu selari. Malah, ia menjadi antara tuntutan yang famous di mahkamah syariah,” katanya.
Kesimpulannya nafkah isteri dan anak selepas bercerai adalah hak yang tidak boleh diabaikan. Ia adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh agama dan undang-undang untuk memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terjaga.
Bekas suami perlu menjalankan kewajipannya dengan amanah, sementara pihak yang memerlukan nafkah harus mengetahui hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang jika perlu.
Dengan memahami hak dan tanggungjawab masing-masing, kehidupan selepas perceraian dapat dilalui dengan lebih tenang dan harmoni, terutamanya demi kebajikan anak-anak yang menjadi keutamaan.
Anak sudah mula tanya siapa ibu kandungnya, Hafiz Hamidun akui sukar nak jawab. “Dia sudah mula bertanya siapa ibu kandungnya, jadi, saya perlu perlahan-lahan memberikan penerangan supaya dia faham dengan keadaan sebenar,” kata penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun ketika ditanya perkembangan anak angkatnya, Hamdee, 5.
Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Hamidun, 40, berkata, buat masa ini dia juga belum merancang untuk mencari jodoh kerana mahu memberi fokus kepada Hamdee yang sedang membesar ketika ini.
Kata, bukan mudah untuk memberitahu status sebenar kepada anak angkatnya itu.
“Budak-budak zaman sekarang pandai dan boleh berfikir. Dia juga pernah bertanya kepada saya, siapa yang mengandungkannya dan ia sangat sukar untuk saya jawab.
“Jadi agak sukar untuk saya memperkenalkan seseorang kepadanya ketika ini,” katanya.
Justeru, Hafiz mengakui tidak mudah baginya untuk kembali berumah tangga kerana perlu menumpukan perhatian terhadap anaknya itu.
“Saya belum sempat nak cari pengganti kerana anak saya sedang membesar. Dia pun sudah mula bersekolah.
“Untuk berkahwin lagi, ia bukanlah satu keputusan yang mudah. Saya tidak boleh memikirkan mengenai diri saya saja.
“Saya perlu memikirkan Hamdee dan mendapatkan persetujuannya jika mahu berkahwin nanti,” katanya.
Terdahulu pada 10 Mac 2020 Hafiz mengumumkan dirinya mengambil seorang anak angkat lelaki sebagai penyeri hidupnya.
Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Joy Revfa pada 2017, namun bercerai selepas lima bulan.
Begitulah indahnya ucapan penuh kasih sayang daripada pelakon jelita, Datin Intan Najuwa, yang kini secara rasmi bergelar ibu!
Intan berkongsi berita gembira kelahiran cahaya mata sulungnya itu dengan penuh rasa syukur dan bahagia.
Pelakon Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Imane Lunara.
Melalui hantaran Instagram (IG), Intan atau nama sebenar, Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkongsi foto dengan senyuman meraikan kehadiran puteri sulungnya. Sekeping foto itu menampakkan wajah si comel dilindungi emoji hati rona merah jambu.
“Selamat datang ke dunia permata hati berharga kami, Imane Lunara.” Coretnya mengiringi foto yang memaparkan dirinya tersenyum di sisi bayinya itu.
Imane Lunara, nama yang indah, pastinya menjadi penyeri baru dalam kehidupan Intan dan suami.
Momen indah ini pastinya mencatat kenangan manis buat pasangan bahagia ini selepas menanti detik-detik berharga sebagai ibu bapa buat kali pertama.
Pelakon drama rantaian Racun Rihanna itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai kelahiran si comel.
Meninjau di ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah, doa dan kasih sayang, mendoakan agar si kecil ini membesar dengan sihat, penuh keberkatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Tahniah buat Datin Intan Najuwa dan suami. Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.