Pelakon terkenal era 90an, Wafa Abd Kadir kini sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat. Anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu. Kini beliau berdepan kanser peritoneal yang jarang berlaku.

Pelakon Wafa Abd Kadir Derita Penyakit Kanser Peritoneal Tahap 4, Doa Agar ‘Pergi’ Dalam Keadaan Husnul Khatimah.

Baru-baru ini dia dilaporkan tidak berupaya untuk bergerak akibat penyakit tersebut. Perkembangan terbaru pelakon berkenaan dikongsikan oleH Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon yang beliau panggil dengan gelaran Kak Long itu itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.

Pelakon Wafa Abd Kadir Derita Penyakit Kanser Peritoneal Tahap 4, Doa Agar ‘Pergi’ Dalam Keadaan Husnul Khatimah.


Pada Hari ini 3 Feb 2019,sekitar jam 3.15 petang saya mendapat panggilan daripada Hibah aka Hibatullah Tan Sri Ab Kadir adik kepada Kakak Angkat saya Wafa Tan Sri Ab Kadir,53 @wafaabdulkadir . Justeru sebenarnya banyak kali saya telah cuba dihubungi tapi memandangkan terlalu banyak komitmen,saya terlepas pandang untuk menghubungi mereka semula. Pada kesempatan petang yang agak lapang sedikit, saya menghubungi Kak Long,daripada perbualan telefon dengannya,beliau memberitahu ” badan kak long terlalu lemah,doakan kak long agar pergi dalam husnul khatimah..”.

Pelakon Wafa Abd Kadir Derita Penyakit Kanser Peritoneal Tahap 4, Doa Agar ‘Pergi’ Dalam Keadaan Husnul Khatimah.

IKLAN

Terdengar kata kata kak long tanpa disedari air mata saya mengalir deras,beliau meminta agar saya datang untuk tolong bantu apa yang patut. Pasti saya akan datang esok..memandangkan jadual hari ini agak padat sehingga malam.
Saya mohon warga netizen,yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadhrat Allah SWT agar Allah SWT terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long.
Saya merayu kepada semua bagi pihak dirinya. 

Pelakon Wafa Abd Kadir Derita Penyakit Kanser Peritoneal Tahap 4, Doa Agar ‘Pergi’ Dalam Keadaan Husnul Khatimah.

Kak Long,saya pasti Allah SWT merahmati Kak Long.
#tuanasmawi #wafaabdulkadir

IKLAN

Wafa diduga berturut-turut bermula pada 2013, akibat kemalangan jalan raya melibatkan pembedahan membetulkan tulang leher sehinggalah disahkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan yang terkini, kanser peritoneal.

“Saya mohon warga netizen, yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long,” kata Tuan Asmawi.

Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.

IKLAN

Beliau pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya, lalu dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.

Dari situlah beliau dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian.

Semoga dipermudahkan segalanya buat Wafa abdul Kadir.

Sumber:  Tuan Asmawi Tuan Umar & MalaysiaGazette

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI