Dah jadi kebiasaan masyarakat kat Malaysia ni, kalau sarapan je makan nasi lemak, roti canai, nasi goreng, mi/mihun/koeyteaw goreng atau kuih muih. Dihidangkan pula menu tadi dengan minuman hangat awal pagi yang semestinya menjadi kombinasi lengkap untuk sarapan seperti teh tarik, teh o, milo atau kopi.
Tapi… Pernah tak seumur hidup anda merasai makanan zaman dulu-dulu iaitu biskut lemak tumis telur? Dengar macam sedikit pelik, tapi rasanya enak! Siapa sangka biskut kering yang selalu dicicah air tu bila tums dengan telur dan bawang boleh menjadi menu yang sedap? Nak tahu kehebatannya, rasalah sendiri ikut resipi ini!
RESEPI BISKUT LEMAK TUMIS TELUR, MENU RARE UNTUK SARAPAN
Kalau anda tak percaya dan tertanya-tanya bagaimana rasa menu istimewa tersebut, apa kata cuba buat sendiri resepi yang dikongsi oleh Aqilah Idris di laman TikToknya.
Bahan-bahan diperlukan:
Sebiji bawang besar
3 biji telur
15 keping biskut
Sedikit kicap, daun sup dan garam
Cara penyediaan:
1. Patahkan biskut kering. Ketepikan.
Ads
2. Tumis bawang besar merah sehingga layu.
3. Kemudian, masukkan 3 biji telur, kicap manis dan biskut yang dipatah-patahkan.
Ads
4. Gaul sebati dan perasakan dengan sedikit lada putih serta garam.
Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen rata-rata mengakui pertama kali tahu kewujudan menu ini yang sedikit pelik bagi mereka. Dalam pada masa yang sama, ada juga yang pernah merasai menu ini hasil dari tunjuk ajar atuk ahli keluarga mereka dulu-dulu!
Kotoran pada cawan yang digunakan untuk minuam kopi atau teh adakalanya akan melekat dan sukar untuk dihilangkan. Usah terus buang bekas tersebut kerana ada cara mudah menghilangkan kesan kotoran degil tersebut. Hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang simple dan mudah di dapati. Mudah dan menjimatkan lagi-lagi di zaman kegawatan ekonomi ini kan. Jom semak caranya:
Bahan Untuk Menghilangkan Kotoran Degil pada Cawan Bekas Kopi & Teh
1 Sudu Baking soda
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
Cara-cara bersihkan kotoran degil pada cawan:
1. Masukkan baking soda yang telah anda sukat ke dalam bekas cawan yang kotor itu.
2. Tuangkan 2 sudu berisi cuka ke dalam bekas cawan tersebut.
3. Kemudian, ambil dan isi pencuci pinggan mangkuk ke dalamnya.
4. Tambahkan air panas ke dalam bekas cawan itu.
5. Kacaukan ia sehingga menjadi sebati. Biarkan sekejap sekurang-kurangnya dalam 10 minit.
6. Basuh dan cucikan cawan atau mug tersebut seperti biasa dengan span cucian mangkuk anda.
Tips tambahan: Bagi kotoran cawan/mug yang agak degil , anda boleh rendamkan cawan/mug tersebut seharian/semalaman bersama-sama dengan cuka dan baking soda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hendak memasak kari bukan senang. Jika salah caranya, santan dan minyaknya boleh jadi ‘karam’. Malah kuahnya jadi tidak elok teksturnya.
Apa langkah dan petua terbaik untuk jadikan rasa kari sama seperti yang dimasak oleh mak-mak kita? Perkongsian Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, boleh kita jadikan panduan untuk masak kari lebih umphh macam mak-mak kita.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap. Eh sedap ke aku masak?
Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu. Masa tu Kak Jee tinggal di Cheras Perdana. Setiap pagi sebelum pergi kerja, Kak Jee dan Uncle Pali akan singgah satu gerai untuk makan tosei berhampiran apartmen kami.
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, asyik senyum kat customer yang makan situ, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri yang dah pencen. Usia dalam lingkungan lewat 60-an masa tu. Kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang. Pindah ke KL ikut anak.
Kak Jee beritahu dia, orang Pulau Pinang mesti pandai masak kari. Nasib Kak Jee baik sebab Uncle tu rupa-rupanya pandai masak. Dia kata kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Dulu-dulu kalau masak kari, Kak Jee mesti bancuh rempahnya dengan air baru Kak Jee masukkan ke dalam periuk setelah tumis bawang bersama halia dan bahan-bahan lain.
“Salah tu, lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Lepas tu perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
” Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air. Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan Uncle tu. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Masa tumis tu amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Tak percaya korang cubalah. Begitu perkongsiannya.
5 Tips Ekstra
Berikut merupakan lima langkah yang anda boleh ikuti untuk pastikan kari bertambah enak. Kena tahu lima cara ni.
Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan. Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam Jawa & Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.
Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.
Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.
Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada rasa kuah kari.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.