“Pembantu Lupa Tutup Dapur Gas.” Zizie Izette Kongsi Kisah Dapur Rumah Terbakar, Anak Angkat Hero Penyelamat!

Share

Pelakon dan usahawa, Datin Seri Zizie Izette baru-baru ini berkongsi kisah dapurnya yang terbakar.

Namun dia bersyukur kerana tindakan pantas anak angkatnya, Aaric Zayn yang segera memaklumkan kepadanya menyelamatkan mereka semua.

Menurut Zizie, Aaric yang baru berusia dua tahun itu berlari kepadanya memberitahu kejadian cemas terbabit.

“Our hero, Aaric Zayn. Kalau dia tak berlari naik atas beritahu dapur terbakar memang tak beraya kami hari ni (semalam),” katanya.

Zizie mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terbabit, Zizie memuat naik video merakamkan Aaric yang cuba menceritakan apa yang berlaku.

Tambah Zizie, kejadian itu berpunca daripada kecuaian salah seorang pembantu rumahnya yang terlupa untuk menutup api dapur gas.

“Kecuaian salah seorang pembantu kami yang terlupa nak tutup dapur gas.

“Syukur Alhamdulillah tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku,” katanya lagi.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia tujuh bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.

Sumber: zizieizette

IKLAN