Pembuka Botol Tiada, Tak Jadi Masalah. Gunting Siang Ikan Pun Boleh Buat Dengan Cara Mudah Ni!

Share

Kalau diikutkan mungkin jarang sekali untuk kita perlu membuka botol memandangkan kebanyakan produk seperti kicap, sos tiram dan sebagainya direka dengan bukaan penutup yang lebih mudah tanpa perlu menggunakan alatan. Jadi tidak hairanlah ada sebahagiannya tidak mempunyai alat pembuka botol yang khusus di rumah.

Pun begitu sekiranya anda perlu membuka penutup botol untuk produk-produk tertentu, usah bimbang. Sebenarnya anda juga boleh gunakan gunting menyiang ikan yang sedia ada di rumah. Kaedah ini sebagai mana yang telah dikongsikan oleh Nurul Saedatul Manzili.

Ini perkongsiannya.

Mungkin ramai dah tau dan ada gunting ni kat rumah. Tapi mungkin ramai masih tak tau juga. Kalau pembuka botol sedia ada hilang atau memgang tiada, boleh je pakai gunting siang ikan ni.


Langkah-langkahnya:


1. Gunting bahagian bukak penutup botol. Gunakan gunting yang mempunyai bentuk begini.

2. Kemudian cungkil  penutup botol seperti ini.


3. Siap.

Boleh juga beli pembuka botol yang comel atau gunting di sini untuk memudahkan anda.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN