Siapa sahaja yang tidak pernah menikmati keenakan minuman A&W RB float dan pelbagai menu klasik termasuk kepelbagaian rasa Coney, keenakan waffle, Mozza Burger, Ayam Goreng Golden Aroma dan pelbagai menu lain yang pastinya memenuhi selera seisi keluarga.
Terkini, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun telah melancarkan pembukaan Pandu Lalu A&W Seremban yang diberi nafas baharu, sekali gus memberikan penduduk Seremban suatu pengalaman yang unik dan baharu untuk dirasai.
Pembukaan itu adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia kerana cawangan tersebut merupakan suatu lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak tahun 1978.
Kini, ia diberi nafas baharu dengan konsep yang bertemakan retro, yang menampilkan reka bentuk retro bergaya moden.
Suasana baharu restoran itu yang menghadap keindahan Tasik Seremban, sememangnya direka khas untuk menarik minat generasi muda. Namun, pada masa yang sama tetap berpegang teguh kepada legasi dan warisan jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1963, apabila A&W menjadi restoran makanan segera yang pertama beroperasi di negara ini.
“Dengan perubahan generasi dalam tempoh beberapa dekad, begitu juga tingkah laku serta tren pengguna. Dalam hal ini, adalah lumrah untuk A&W terus berinovasi dan berkembang. Kita kini sedang dalam misi untuk memberi nafas baharu kepada jenama ini bagi memastikan ia kekal relevan dan tampil menarik kepada pengguna hari ini, terutamanya generasi muda, yang semakin hari semakin cerdik dan arif. Konsep moden-retro ini adalah hasil ke arah hala tuju baharu, yang bukan hanya tertumpu kepada estetika sahaja, namun, turut menggabungkan usaha menggiat semula semua tawaran secara keseluruhan kepada pengguna,” menurut Sophia Ch’ng, Pengarah A&W Malaysia Sdn. Bhd.
Sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda, terutama dalam hal membabitkan budaya kopi popular, sebahagian daripada pengubahsuaian itu turut merangkumi jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue yang dimiliki oleh Inter Mark Resources. Cawangan itu adalah yang pertama di negara ini menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue.
Mengambil inspirasi daripada Gunung Jamaica Blue – salah satu daerah pengeluar kopi terbaik di dunia – pengunjung Pandu-Lalu A&W Seremban akan dihidangkan dengan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue yang disediakan oleh pasukan barista yang berpengalaman dan berpengetahuan.
“Gabungan Jamaican Blue dan Pandu-Lalu A&W Seremban akan membawakan pengalaman yang baharu, unik dan menyegarkan kepada penduduk di kawasan ini. Pada dasarnya, matlamat kami adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang sempurna untuk dimiliki dan dinikmati oleh masyarakat di sini dengan memberi tambah nilai kepada mercu tanda ikonik di Seremban,” kata Ch’ng
Ads
Memuji langkah tersebut, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun berkata cawangan A&W yang diberi nafas baharu menerusi gaya moden-retro dan gabungan Kopi Jamaican Blue akan menambah lagi daya tarikan Seremban sebagai sebuah bandar yang meriah, serta dikenali dengan kepelbagaian makanan unik.
“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini.
Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas semangat inovatif dan keusahawanan mereka yang sentiasa memberikan tawaran inventif dan konsep baharu kepada pengguna. Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan – terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal.
Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia, dengan mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025.
Jom saksikan video Challenge Pengumpul Marsmallow Teragung!
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
15 kesilapan parenting yang saya sendiri pernah terbuat dan menyesal sampai sekarang. 1. Paksa anak makan makanan yang dia memang tak suka makan. 2. Cakap “jangan mengada-ngada” ketika dia sedang takut pada sesuatu 3. Jadikan belajar sebagai satu hukuman pada anak 4. Bila dia buat perkara yang trigger emosi saya akan suruh dia pergi buat latihan membaca atau matematik 5. Marah bila anak menangis untuk perkara remeh 6. Cepat sangat melenting bila anak-anak bergaduh, terlalu bising katanya. 7. Paling marah bila anak-anak kacau masa buat kerja, sampai anak-anak takut dan tak berani kacau lagi. 8. Tidak ambil tahu perkembangan anak, semua serah bulat bulat pada isteri 9. Terlalu garang ketika mengajar, natijahnya sampai sekarang anak langsung tak nak belajar dengan saya 10. Tinggi suara ketika menegur salah anak 11. Cakap, “kakak kena mengalah dengan adik” 12. Sentap bila anak menangis atau tantrum di tempat awam 13. Belikan terlalu banyak mainan dan tidak ajar hargai mainan yang ada 14. Banyak micromanage hidup anak-anak 15. Buat tak tahu bila anak tinggi suara pada ibunya
Pengalaman saya. Setiap kesilapan yang di buat kepada anak lambat laun akan berbalik semula pada saya. Apa sahaja yang di ajar, anak akan ajar balik pada saya dengan cara yang tak di sangka-sangka.
Sungguh! Muhasabah itu penting, agar kita mudah nampak yang kita ni tak pernah sempurna.. Wallahu A’lam,
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Untuk ketahui ikan yang anda nak beli segar atau tidak, lihat pada warna kulit ikan. Ikan segar mempunyai kulit yang berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar yang kelihatan lebih pucat.
2. BAU
Cium bau ikan. Ikan segar hanya ada bau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.
3. TEKSTUR
Tekan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan segar isi lebih keras dan pejal bila ditekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan tersebut tidak segar lagi. Elakkan beli ikan sebegitu.
4. MATA IKAN
Ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol, masih berkilat, bersinar dan cembung. Berbanding ikan yang lama, matakan kelihatan merah, suram dan termasuk ke dalam.
5. WARNA INSANG
Jangan takut-takut untuk pegang ikan untuk melihat warna insangnya. Itu hak anda untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna kelabu dan berlendir tebal.
6. PILIH IKAN BERLENDIR
Ikan yang masih segar biasanya ada sedikit lendir jernih pada sisik dan kulitnya. Bila disentuh, terasa licin. Jika ikan yang anda pilih terlalu berlendir serta warna kulitnya tidak seperti dalam ciri-ciri diatas, pilih ikan jenis lain yang lebih segar.
7. SISIK & SIRIP KUAT
Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru ditangkap. Berbanding ikan lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.
8. PERUT TIDAK PECAH
Elakkan mengambil ikan yang telah pecah perutnya. Dinding perut ikan yang lembik menunjukkan iakn tersebut kurang segar. Sebaliknya pilihkan ikan yang kulit dan isinya tidak robek terutamanya pada bahagian perut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak menjadi seorang yang cemerlang dalam akademik. Sehubungan itu ada yang sanggup menyediakan guru khas atau kelas tambahan agar anak berjaya dalam sebarang peperiksaan.
Namun, setiap anak itu perkembangannya berbeza dengan yang lain. Begitu juga dengan daya pemikirannya. Biarpun dilakukan segala usaha untuk gemilang dalam pelajaran, namun rezeki tidak menyebelahi diri.
Jika itu sudah ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup, harus terima seadanya. Pasti ada hikmah sebaliknya.
Begitulah situasi yang dilalui oleh lelaki ini, Abu Hurairah Roslan bahawa hidup ini perlu menjadi orang yang bermanfaat dan berguna sebagaimana pesanan ibunya.
Katanya, gagal dalam pelajaran membuatkan dirinya keliru mengenai cita-cita. Suatu hari, telah bertanya kepada ibunya mengenai masa depannya, jawapan ibunya sungguh terkesan pada dirinya. Ibunya berpesan agar menjadi seorang yang berguna dan bermanfaat.
Lalu ia menjadi peganganya hingga kini. Seterusnya ikuti perkongsian lelaki ini.
Pesanan ibu yang simple tapi deep!
Masa belajar dulu, Saya berfikir bagaimana nak jadi orang pandai, sedangkan saya paling gagal dalam pelajaran.
Lalu, saya bertanya pada mak.
“Umi nak amat jadi apa besar nanti?”
Mak jawab simple.
“Jadi orang yang berguna. Yang bermanfaat”
Lalu, saya jadikan cita-cita mak sebagai kekuatan. Sebagai pegangan.
Dan berkat itu,
Saya jadi seorang tukang masak dan chef selama 10 tahun.
Pusing satu Malaysia dengan kuali dan senduk. Pusing eropah dan dapat pengalaman mengendalikan cafe di luar negara.
Ya.
Jika tiada cita-cita, jadilah orang yang bermanfaat dan berguna. Sampai bila-bila Tuhan akan bawa kita menjadi manusia yang begitu bermakna.
Dalam pada itu, para netizen juga mengunakan pendekatan begitu untuk memberi kata-kata motivasi kepada anak-anak mengenai masa depan.
Lans Koperal Damarrulan jaga isteri strok, sayang 3 anak tiri macam zuriat sendiri. "Dia hanya ayah tiri, tapi jaga kami macam anak sendiri" ujar Qaidah Thaqifah Mohd Yuslee, 23, mengenang figura bapa tiri yang amat disayanginya, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif.