Pemenang Himpunan Cita-Cita 2020 Keluarga & Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma Dirai

Share

Dalam usaha untuk memberi penghargaan kepada pembaca Keluarga dan Pa&Ma, satu  pertandingan Himpunan Cita-Cita dan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma anjuran Majalah Keluarga telah berjaya diadakan secara virtual.

Ini sejajar dengan norma baharu selepas negara dilanda dengan wabak Covid-19 hingga memberi sedikit kekangan untuk mengadakan program seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pertandingan Himpunan Cita-Cita anjuran Majalah Keluarga bermula 1 hingga 27 November. Manakala Bakat Cilik Tik Tok anjuran Pa&Ma ini telah berlangsung pada 1 hingga 30 November lalu.

Walaupun pertandingan secara virtual ini julung kali diadakan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sokongan ibu bapa juga cukup bagus.Bagi kedua-dua pertandingan ini, pemenang dipilih oleh juri jemputan yang menilai dari pelbagai aspek termasuklah kreativiti masing-masing, costume yang digaya, editing video dan sebagainya.

Jadi pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik dan bertuah kerana berjaya menambat hati semua juri.

Bagi pertandingan Himpunan Cita-Cita,  hadiah tempat pertama dimenangi oleh Nurlisha Humaira Bt Shahrom, tempat kedua, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful Anuar dan tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar.

hadiah tempat pertama dimenangi oleh Nurlisha Humaira Bt Shahrom,
Pemenang tempat kedua, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful Anuar
Pemenang tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar.

Untuk like tertinggi yang dipilih oleh followers Majalah Keluarga, Nurlisha Humaira Bt Shahrom menjadi pilihan ramai.

Sementara itu, bagi pertandingan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma, sebanyak tiga hadiah utama diberikan iaitu Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga serta lima hadiah saguhati termasuk satu hadiah khas iaitu Peserta Favourite.

Pemenang Peserta Favourite.

Bagi tempat pertama dimenangi oleh Lee Xue Ying, tempat kedua, Muhammad Danish dan tempat ketiga, Farish Nurhan.

Juara Lee Xue Ying,
tempat kedua, Muhammad Danish yang diwakili ayahnya.
tempat ketiga, Farish Nurhan.

Manakala lima hadiah saguhati pula dimenangi oleh Lyn Qaisara, Wan Khayrah Farzana, Nur Qaseh Qhairiena, Wan Nur Hannah dan Hiteshrao Subramaniam. Bagi peserta favourite yang dipilih berdasarkan Like tertinggi pula dimenangi oleh Lyn Qaisara.

Dengan penganjuran pertandingan seperti ini, Pa&Ma dan Keluarga berharap akan terus dekat di hati rakyat Malaysia walaupun tidak dapat turun padang bermesra dengan pengikut setia buat masa sekarang.

Kemenangan ini juga dianggap platform untuk peserta menyerlahkan bakat masing-masing ke peringkat seterusnya dan berjaya mencapai impian.

 

 

IKLAN