“Selamanya Harimau Malaya….” Begitulah bait-bait lagu yang berkumandang tanpa henti selepas Malaysia berjaya meraih kemenangan 4-1 melawan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Apa yang pasti, penantian selama 43 tahun akhirnya terlerai apabila pasukan negara berjaya melayakkan diri untuk bertandingan di Piala Asia 2023.Tahniah!
Jaringan gol yang cantik dibuat oleh Safawi Rasid, Dion Cools, Syafiq Ahmad dan Darren Lok pastinya membuatkan peminat sukan tanah air berpuas hati dan ini sekali gus membuktikan pasukan negara cukup hebat mengatur strategi di bawah jurulatih Korea iaitu Kim Pan Gon.
Selain setiap jaringan gol yang mengujakan, tidak dinafikan mata peminat juga turut tertumpu dengan kehadiran Syahin Hazmi yang menggantikan posisi Farizal Marlias.
Siapa sangka penampilan sulung pemain Negeri Sembilan ini berjaya mencuri tumpuan ramai peminat sukan bola sepak, bukan sahaja kerana aksinya di padang, malah ramai yang cair bila melihat senyumannya yang manis.
Namun bagi yang belum tahu, penjaga gol yang berasal dari Kelantan ini sebenarnya sudah berstatus suami orang dan mempunyai dua orang anak yang comel.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata penyokong bola sepak wanita mengakui terpesona melihat aksi Syihan semalam. Dalam pada itu, ramai juga yang berseloroh kononnya kecewa apabila mengetahui status gol keeper tersebut yang telah pun berumah tangga.
Ads
laki orang memang hensem 😭
taktau nak cakap dah hensemnya 😂😭
aikk…ingat aku jer ckp kiper Malaysia hensem….rupanya ramai yg ckp😂😂😂🤭🤭
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Wajah terbaru anak kesayangan pasangan selebriti Harris Annuar dan Acha Merican, si comel Aura Medina dikatakan presis seperti anak mat salleh.
Muncul di Instagram kedua ibu dan bapanya, penampilan Aura Medina sememangnya cukup comel bak puteri cilik. Tak hairanlah ramai yang memuji kecomelannya.
Lagi-lagi bila anak kecil ini muncul dalam beberapa persalinan dalam satu sesi fotografi. Paling menarik perhatian pastinya penampilan Aura Medina dengan persalinan gaun putih yang diletakkan di atas kerusi berdekatan piano.
Berkat agahan dan usaha keras kedua ibu dan bapanya, wajah comel Aura Medina berjaya dipotretkan dengan cukup sempurna.
“Inilah hasil setelah dua ekor beruk terkinja-kinja behind the scene,” tulisnya Harris berseloroh.
Mood dan sentuhan kreatif jurufoto memperlihatkan gaya klasik Inggeris di zaman dahulu yang sesuai pula dengan wajah Aura Medina sendiri yang memiliki beberapa darah campuran dan keturunan.
Anak kesayangan Harris dan Asha ini sememangnya mempunyai darah campuran Thailand, Laos, Pakistan dan Arab dari sebelah neneknya (ibu Harris).
Begitu juga dengan datuknya yang berketurunan Malaysia dan Indonesia. Tidak hairanlah bila wajah kacukan Aura Medina kena dengan konsep yang dibawa. Memang comel.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut kedua pasangan selebriti ini turut memuji wajah comel Aura Medina serta konsep yang dibawa.
Terdahulu bagi mendapatkan wajah comel Aura Medina dengan pose yang cantik sebegitu, Harris dan Asha menjadi orang penting di belakang tabir bagi memujuk si comel mereka beraksi. Memang cute!
Wajah penuh keibuan ini nyata sangat mesra dengan siapa sahaja biar pertama kali bersua muka.
Penulis menelusuri isi hati insan bernama Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali mengenai kehidupannya yang pernah bergelar Wanita Pertama ke-4 apabila suami kesayangannya, Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri.
Dan kini sekali lagi, beliau menyandang gelaran tersebut bila mana suami kesayangannya sekali lagi dilantik sebagai orang nombor satu negara sekali gus bergelar PM ke-7.
Jujur mengakui tidak pernah menyiapkan diri sebagai isteri perdana menteri, sebaliknya jawatan doktor yang disandangnya banyak membantunya.
“Cabaran sentiasa ada tetapi tidak banyak sebab saya sudah biasa berkecimpung dengan masyarakat. Meskipun mereka masyarakat yang berpenyakit tetapi saya mudah mesra dengan mereka dan sebagai isteri pemimpin itu yang penting sekali.
“Bermesra dan bergaul dengan masyarakat secara tidak langsung dapat menjaga watak atau karakter kita supaya bukan sahaja bagi gambaran yang baik tetapi secara tidak langsung menjaga nama baik suami. Jika kita buat sesuatu nanti orang akan menyebut itulah isteri kepada orang itu ini. Gambaran sebegini sudah menjadi perkara biasa yang sering berlaku dalam masyarakat.
Risiko tidak diterima oleh masyarakat memang buruk terutama bagi isteri kepada pemimpin. Alhamdulillah sepanjang suami saya menjadi pemimpin, yang buruk itu tiada, apatah lagi yang boleh menjejaskan suami. Baik ketika suami bergelar menteri sehinggalah menjadi orang nombor satu Negara.
“Bukan kerana saya sudah siapkan diri untuk itu tetapi jawatan doktor yang saya sandang itu banyak membantu. Masyarakat sangat hormat pada doktor kerana kita membuat kebaikan. Keduanya, bagaimana kita berusaha dengan masyarakat dengan berhubung rapat dengan mereka. Kalau kita tidak tegur, sombong dan wajah itu akan menunjukkan penampilan kita. Justeru, sebagai doktor sudah bersiap sedia bagaimana mahu kerjasama dengan masyarakat.
“Tidak kira suami menjadi pemimpin atau tidak, tetapi status isteri yang disandang itu, kita kena bersiap sedia dalam segala hal,”ulas Tun Hasmah sambil memberitahu tanggungjawab isteri pemimpin kena sentiasa berada di belakang suami dan memberi sokongan sepenuhnya dalam apa jua yang dilakukan kerana itulah tugas utama seorang isteri.
Sentiasa di belakang suami
Jujur mengakui bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri pemimpin, namun berkat sokongan suami dan keluarga, beliau berjaya mengharunginya.
“Bergelar isteri pemimpin dan dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai doktor, bukan perkara yang mudah. Apatah lagi, saya perlu berhadapan dengan masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan. Bagaimana cara kita yakinkan untuk membantu mengubati penyakit mereka itu yang penting. Alhamdulillah, saya melalui perjalanan sebagai doktor dan isteri pemimpin negara dengan baik.
“Sebagai ibu pula, lebih-lebih lagi apabila kita sebagai pegawai kerajaan. Kena bijak atur masa sebagai isteri, ibu dan tidak lupa wanita berkerjaya. Soal masa tidak timbul kerana tidak ada banyak masalah. Waktu dulu nak cari pengasuh mudah. Dulu ada ipar duai di rumah yang boleh diharap untuk bantu jaga anak-anak. Begitu juga dengan pembantu rumah yang tua dan berumur yang memang boleh diharap untuk menjaga anak-anak. Memang mudah dan tidak perlu peningkan kepala seperti sekarang.
“Kami dikurniakan tujuh orang anak iaitu Marina , Mirzan, Melinda, Mokhzani , Mukhriz , Mazhar dan Maizura. Yang sulung, Marina ada pemikiran sendiri dan sedikit mengikut jejak langkah ayahnya. Berdikari dan tegas dalam pendirian. Yang kedua, Mirzan lebih minat pada kewangan dan pandai uruskan bidang tersebut. Yang ketiga, Melinda pula sepenuh masa suri rumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa. Dia sangat low profile.
“Yang keempat, Mokhzani pula bijak dalam pengurusan dan kini bekerja dalam industri minyak dan gas. Dia ada karakter seorang pengurus yang cekap baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga. Mukhriz pula lebih menjurus kepada saya. Tetapi bab tanggungjawab dia banyak ikut jejak langkah ayahnya. Dia lembut tetapi tegas. Yang keenam Mazhar dan yang ketujuh, Maizura masih bujang dan ada cita-cita sendiri.
“Cuma, sekarang ini memandangkan yang lain ada yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, tinggal yang bongsu lebih rapat memandangkan dia masih bujang dan kebetulan tinggal bersama kami. Sebagai ibu saya sentiasa galakkan anak-anak dan demikian juga untuk yang bongsu ini. Saya bantu dan galakkan supaya dia tidak rasa ketinggalan dalam keluarga.
Saya ada tiga anak lelaki dan masing-masing ada karenah tersendiri. Kalau ikutkan anak yang paling nakal Mokhzani waktu kecil dahulu. Tetapi dia yang paling prihatin dalam banyak hal dan sangat melayan andai ada tetamu datang ke rumah. Mirzan pula pernah sekali dapat surat daripada ayahnya kerana malas belajar, selepas itu barulah dia berubah.
“Waktu kecil juga, jika ada yang membuat salah dan ayahnya mahu jatuhkan hukuman, semua anak-anak akan dipanggil supaya mereka dengar apa kesalahan dan denda yang dikenakan,” jelas Tun sambil memberitahu, dia tidak mengamalkan pilih kasih terhadap anak-anak sebaliknya bersedia bila-bila masa untuk mereka datang bercerita masalah atau sebagainya.
Kena banyak sabar
Status dan pangkat yang disandang bagaimana pun bukanlah tiket untuk anak-anaknya bermewah dan hidup seperti di dalam sangkar emas. Sebaliknya, Tun menegaskan kepada anak-anak supaya kena usaha sendiri jika mahukan sesuatu.
“Apa jua kemudahan tidak akan datang bergolek jika tidak berusaha. Ini nilai-nilai mulia yang harus diajar pada anak-anak. Yang utama, hormat kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua, kerja keras manakala yang ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu uruskan wang ringgit dengan bijak.
“Selain itu kena juga praktik kan dalam diri anak-anak amal bakti dan kebajikan supaya dalam diri terbit rasa kesedaran dan keinsafan selain bersyukur dengan apa yang kita peroleh dan lagi satu kena banyak bersabar.
“Saya berkahwin lambat. Waktu itu, umur 29 tahun tu kira lambat tetapi Alhamdulillah kami dikurniakan anak dan dapat membesarkan mereka dengan baik. Lebih membahagiakan apabila dikurniakan anak-anak yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran. Saya dan suami sudah sepakat, apabila anak-anak lulus dengan cemerlang, kami akan hadir di konvokesyen mereka dan itu kami praktik kan pada semua anak-anak.
“Zaman dulu tidak sama seperti sekarang. Dulu waktu anak-anak tengah periksa, saya tidak terbang kerana ingin berada bersama mereka supaya mereka tidak risau. Seperti menantu-menantu lakukan kini bagi anak-anak mereka.
“Kalau nak dibandingkan ibu dahulu dengan kini jauh bezanya. Saya faham situasi ibu sekarang kerana era sudah bertukar, kalau zaman saya dulu tiada internet, sosial media dan sebagainya. Anak-anak dulu tekun dengan apa yang ibu cakap. Malah minat mereka juga simple tetapi sekarang sudah bertukar ditambah pula kini zaman informasi. Tidak perlu penat mencari, segalanya boleh diperoleh hanya di hujung jari sahaja. Ibu bapa sekarang profesional dan masa untuk anak-anak terbatas
“Tetapi itu bukan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kita. Walaupun sibuk wajib ambil berat pada anak-anak. Tiada alasan sibuk dengan kerja jika sayangkan masa depan anak-anak. Sungguhpun sekarang zaman informasi, elakkan membiarkan anak-anak terperuk atau terkurung dalam bilik dan melayani komputer.
“Kalau nak tengok televisyen kena di ruang tamu atau bilik keluarga. Ini bagi mengelakkan anak-anak bersendirian di dalam bilik tanpa bergaul dengan ahli keluarga yang lain,” cerita Tun lagi sambil mengakui momen paling indah dalam hidupnya adalah sewaktu melahirkan anak-anak dengan selamat dan membesar dengan baik serta berjaya dalam bidang yang diceburi.
Suka muzik
Seperti mana wanita biasa lain, beliau juga mempunyai minat tersendiri terutama dalam bidang muzik selain suka membaca, menulis dan menonton.
“Kalau dulu saya suka bermain piano dan sebagainya. Saya suka muzik dan kebetulan dalam keluarga ada yang berdarah muzik. Sebab itu saya jatuh cinta dengan bidang ini. Kadangkala waktu reunion keluarga, kami akan berkumpul dan waktu masing-masing akan tunjukkan kebolehan masing-masing. Tetapi sekarang mata saya sudah tidak nampak jadi kuranglah nak main piano dah tak nampak ‘taugeh’ di kertas,” seloroh Tun lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Khas Hari Ibu Mei 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebak mendengar pengakuan ikhlas pelawak bernama Joey ini. Jujur mengakui, ketika sibuk dengan melawak, dia terlalai sehingga terlupa akan tanggung jawabnya.
Tiga kali berkahwin namun mengalami kegagalan, Joey yang mempunyai tiga anaknya dari perkahwinan terdahulu ditinggalkan sejak kecil lagi. Kini semuanya sudah besar dan ada yang sudah memasuki usia 20 tahun.
Biarpun tidak bersama, namun mereka masih berhubung. Namun satu kejadian membuatkan dia tersentak dan terus berfikir di sebalik kejadian tersebut.
“Pernah anak-anak kena perli oleh kawan dan juga cikgu mereka sendiri sebab kelakuan ayah sendiri yang berlakon dan bersentuh dengan orang perempuan.
“Waktu itu anak-anak masih sekolah. Mereka hubungi saya dan meminta boleh tak kalau nak berlakon jangan itu ini. Ketika itu baru sedar aku rupanya ada anak.
“Jadi, setiap kali dapat tawaran, aku meminta boleh tak tidak bersentuh melampau dengan pelakon perempuan. Waktu itu orang beranggapan aku takut bini. Sebenarnya orang tak tahu, Demi Allah aku buat kerana anak-anak.
Joey dalam pada itu turut meminta maaf kepada ketiga-tiga anaknya.
“Aku nak minta maaf pada anak-anak aku iaitu Wawa, Awin dan Zidani. Percayalah baba sayang sangat pada kamu semua. Percayalah kamu semua sentiasa ada di hati baba.
‘Sepanjang aku hidup dua perkara susah aku nak buat iaitu besarkan anak dan kerjaya sebagai pelawak. Orang nampak aku happy dan hiburkan semua orang.
“Bila aku buat benda tak kelakar akan kena kecam tapi aku terima. Tetapi yang tak boleh terima bila anak-anak kecam aku tak boleh terima kerana aku tahu aku yang bersalah.
“Ampunkan babah kerana selama ini kita tak bersama, dan alhamdulillah aku dapat berjumpa dengan mereka. Malah aku juga sudah ada cucu. Alhamdulillah AKU BERSYUKUR SANGAT kerana dapat berkumpul semula dengan anak-anak. TERIMA KASIH ALLAH kerana menemukan aku dengan anak-anak aku semula.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.