Peminat Liverpool, Klopp Sudah Pandai Ikat Tali Leher Dan Masak! Kisah Biasa Tapi Luar Biasa Jika Tak Pernah Buat.

Share

Sejak perintah Peringah Kawalan Pergerakaan atau MCO seluruh dunia menerima impaknya akibat penularan wabak bahaya iaitu covid-19 yang sehingga kini masih belum ada penemuan vaksin untuk virus ini.

Ekoran impak ini seluruh dunia mengambil tindakan untuk menghentikan sebarang yang melibatkan perhimpuanan orang ramai atas saranan WHO. Ia termasuk  perlawananan bola sepak Liga Inggeris. Antara kelab bolah sepak yang terlibat adalah Liverpool, Chealsea dan Arsenal.

Terbaharu, kisah Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akhirnya dengan sendiri berjaya mengikat tali leher. Mungkin biasa pada kita, tetapi sebaliknya bagi mereka yang tidak pernah melakukan sebegini. Malah, Klopp juga didapati telah pandai memasak masakan yang ringkas.

Dalam satu video yang dimuat naik di Twitter rasmi Liverpool, pengendali dari Jerman itu menunjukkan dia akhirnya berjaya melengkapkan satu lagi cabaran iaitu belajar mengikat tali leher.

USIA 52 TAHUN BARU TAHU IKAT TALI LEHER

“Saya berusia 52 tahun sekarang dan saya tidak boleh mengikat tali leher. Saya mungkin mengambil masa seminggu untuk mengikat tali leher,” kata Klopp ketika temu bual yang disiarkan di laman web rasmi Liverpool, dua hari lalu.

Sebelum ini, Klopp turut mendedahkan dia mempelajari perkara baharu sepanjang tempoh perintah berkurung susulan pandemik COVID-19.

“Saya melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan makanan. Saya juga memasak ‘scrambled eggs’ untuk Ulla (ister Klopp) dan dia kagum dengan masakan saya tetapi tidak membenarkan saya melakukannya lagi,” katanya. – Agensi

Sumber: Berita Harian dan Liverpool FC

 

IKLAN