Rempeyek kacang tanah dan dicampur sedikit ikan bilis telah menjadi kesukaan kuluarga sejak dahulu lagi.
Bahkan buat peminat tegar, jika tiada rempeyek seakan terasa tidak sempurna pula juadah raya.
Jika sebelum ini mudah untuk kita membeli pelbagai kuih muih, namun disebabkan PKP ini ianya agak terbatas.
Oleh itu jika ada yang kempunan, nak tak nak kenalah dimasak sendiri.
Jadi di sini dikongsikan resipi untuk yang ingin mencuba memasaknya. Jom semak.
Assalamualaikum Semua,
disini sy nak Wakaf kan Resepi Rempeyek..
Dulu Arwah Ibu yang rajin buat rempeyek ni..
Sedekahkan Al-Fatihah Buat Ibu Mertua Ima Arwahyaramah Asnah Binti Arsat. Semoga Allah menempatkan Arwahyaramah Ibu di kalangan hamba2nya yang beriman.. Aamin..
Resepi
Tepung Beras Cap Teratai – 2 Cawan
Telur 1 Biji
Santan Setengah – Kotak Kecil
Bawang Putih 2 Ulas – Tumbuk
Jintan Halus Sesudu Kecil – Tumbuk
Ketumbah Kasar Sesudu Kecil – Tumbuk
Ikan Bilis Sikit – Tumbuk
Air 2 Cawan – Agak2
Garam Secukup Rasa
Cara penyediaan :
Masuk kan Tepung Cap Teratai 2 cawan. Telur 1 Biji, Santan Setengah kotak
Masuk kan air 2 Cawan, Garam Secukup rasa. Lepas tu masuk kan ke Semua bahan yang di Tumbuk tadi Dan gaulkan jadi kan sebati.
InsyaAllah mudah untuk difaham..
Sumber : Fatimah Bivi